https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_047_1658803326.png

ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM KE - 30

PADA 23 JULAI 2022 , SERAMAI 659 ORANG GRADUAN DARI SEMUA PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN TELAH DIRAIKAN DALAM MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM KE-30. MAJLIS YANG GILANG GEMILANG INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA), SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD.

SERAMAI 13 ORANG GRADUAN PELAJAR YANG BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN MEREKA SERTA MEWAKILI DARI INSTITUSI PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN YANG TERDIRI DARI PELAJAR :

I.MUMTAZ                : 1 ORANG
II.JAYYID JIDDAN        : 6 ORANG
III.JAYYID                 : 4 ORANG
IV.MAQBUL                : 2 ORANG

 SENARAI NAMA PARA GRADUAN : 

  1. BALQIS BIN BADRO DIN
  2. MUHAMMAD HAAFIZ BIN NORAZLI
  3. LUKHMAN HAKKIM BIN JAAFAR
  4. NENG ANISAH BINTI MAHDI FARID
  5. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAINAL AZIZI
  6. SAYYIDAH SUMAIYYAH BINTI MOHD AYUB @ MOHD ZAMRI
  7. AINUN MARDHIYYAH BINTI AGOS SALIM
  8. SITI AISYAH BINTI HASLIZAM
  9. AMIR RIDWAN BIN ALMALEK FAISOL
  10. NUR ILYANA AMEERA BINTI MOHD SHAMEER
  11. MUHAMMAD IHSAN BIN MOHD FARED
  12. AHMAD ZIKRY BIN MOHD SAFUAN
  13. FATINATUNNAILA BINTI LAHURI

KAMI JUGA MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN CEMERLANG KEPADA PARA GRADUAN YANG BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN MEREKA SERTA IA MENJADI KEBANGGAAN UNTUK SEMUA ORANG TERUTAMA KEPADA PARA IBU BAPA.

GUNAKAN ILMU YANG ADA SEBAIK MUNGKIN. BANGUNKAN ILMU YANG ADA DENGAN PENGALAMAN YANG BAKAL PARA GRADUAN ALAMI. ALHAMDULILLAH , SEMOGA TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT INSYAALLAH.

KAMI JUGA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG YANG MENAJA PENGANGKUTAN, BEKALAN AIR MINUMAN, MAKANAN, PAKAIAN DAN LAIN LAIN.TERIMA KASIH BUAT PENDERMA YANG TELAH MENYUMBANG UNTUK KEPADA YAYASAN KAMI.

MOGA ALLAH MENJADIKAN SUMBANGAN ANDA INI DITERIMA DAN MENJADI PAHALA YANG BERTERUSAN HINGGA HARI KIAMAT.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_047_1658736150.png

IHTIFAL HUFFAZ KEBANGSAAN 2022

 

PADA 18 JULAI HINGGA 23 JULAI 2022 YAYASAN ADDIN TELAH MENYERTAI PROGRAM IHTIFAL HUFFAZ KEBANGSAAN DAN EKSPO ISTIADAT KONVOKESYEN TELAH DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA), DATUK AHMAD MARZUK BIN SHAARY. SERAMAI 747 PESERTA DARI SEMBILAN KONTINJEN YANG MEWAKILI DARUL QURAN SERTA INSTITUSI-INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI YANG MENGADAKAN KERJASAMA AKADEMIK DENGAN DARUL QURAN DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT AKAN BERTANDING DALAM KEJOHANAN INI.


SEBANYAK 19 ACARA DIPERTANDINGKAN DALAM KEJOHANAN KALI INI YANG MELIPUTI ACARA-ACARA PERTANDINGAN ILMIAH DAN KEJOHANAN SUKAN DENGAN BERTEMAKAN GENERASI AL-QURAN PENERAJU KELUARGA MALAYSIA. ACARA-ACARA BAGI KATEGORI PERTANDINGAN ILMIAH ADALAH SEPERTI TILAWAH AL-QURAN BERQIRAAT, HAFAZAN AL-QURAN, DEBAT ALA PARLIMEN, PIDATO, NASYID DAN KHAT. MANAKALA BAGI KATEGORI KEJOHANAN SUKAN PULA ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH SEPERTI BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, BADMINTON, BOLA TAMPAR, PING PONG DAN FUTSAL. KESEMUA PERTANDINGAN INI DIADAKAN DI KOMPLEKS DARUL QURAN JAKIM, SEKITAR KUALA KUBU BHARU SERTA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI).


KONTINJEN YANG MEWAKILI YAYASAN ADDIN ADALAH SERAMAI 68 PELAJAR YANG TERDIRI DARI PERSERTA BANIN DAN JUGA BANAT DISAMPING 13 ORANG GURU PENGIRING YANG TELAH MENYERTAI PELBAGAI ACARA KEJOHANAN SUKAN DAN PERTANDINGAN ILMIAH. ANTARA CAWANGAN MTQ YANG TERLIBAT DALAM IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN IALAH MTQ 00 MALIM NAWAR , MTQ 04 TAPAH , MTQ 06 PADANG RENGAS DAN JUGA MTQ 08 AIR KUNING. ALHAMDULILLAH PROGRAM TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR SEHINGGA HARI YANG TERAKHIR.


PENYERTAAN PROGRAM INI PASTINYA MENELAN BELANJA YANG BESAR, KAMI AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG DAN PENDERMA BUDIMAN YANG SUDI MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN HARTA BAGI MELIHAT KECEMERLANGAN PELAJAR PELAJAR TAHFIZ DAPAT DIKETENGAHKAN DALAM PELBAGAI KEMAHIRAN.

KAMI JUGA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG YANG MENAJA BAS PENGANGKUTAN, BEKALAN AIR MINUMAN, MAKANAN, PAKAIAN DAN LAIN LAIN. TERIMA KASIH BUAT PENDERMA YANG TELAH MENYUMBANG UNTUK KEPADA YAYASAN KAMI.


MOGA ALLAH MENJADIKAN SUMBANGAN ANDA INI DITERIMA DAN MENJADI PAHALA YANG BERTERUSAN HINGGA HARI KIAMAT.