https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1593046721.jpg

TEMUDUGA KEMASUKAN DIPLOMA TAHFIZ SESI 2020

ALHAMDULILLAH.

SEDANG BERLANGSUNG TEMUDUGA PELAJAR BAHARU BAGI "DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN" SECARA DALAM TALIAN YANG DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT JPM ADDIN BERMULA 24 JUN HINGGA 25 JUN 2020.
SERAMAI 20 PELAJAR TELAH TERPILIH UNTUK SESI TEMUDUGA KALI INI. MUDAH-MUDAHAN ADA REZEKI BUAT ANAK ANAK YANG TERPILIH

 

 

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1592361252.jpg

MUSYAWWARAH PENUBUHAN SEKRETARIAT PENUBUHAN GABUNGAN INSTITUSI TAHFIZ NEGARA

ALHAMDULILLAH..

SEDANG BERLANGSUNG PAGI INI 17/6/2020 RABU, MUSYAWWARAH PENUBUHAN SEKRETARIAT PENUBUHAN GABUNGAN INSTITUSI TAHFIZ NEGARA & FINAL SOP PEMBUKAAN MAAHAD TAHFIZ SWASTA DI MA'AHAD AN-NOER.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KETUA PENYELARAS TAHFIZ ADDIN ALFADHIL USTAZ MOHAMED DHIA' ADDIN BIN MOHAMED ZAIN KERANA TERPILIH MEWAKILI PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ MALAYSIA (PERMATA) DALAM PERBINCANGAN TERSEBUT.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1592360567.jpg

PERBINCANGAN SOP PENGURUSAN COVID-19 DI INSTITUSI TAHFIZ

ALHAMDULILLAH SEMALAM PADA TARIKH 16/6/2020 (SELASA), ALFADHIL USTAZ MOHAMED DHIA' ADDIN BIN MOHAMED ZAIN TELAH MEWAKILI INSTITUSI TAHFIZ-TAHFIZ PERAK (PERMATA) BAGI PERBINCANGAN "SOP PENGURUSAN COVID-19 DI INSTITUSI TAHFIZ/MADRASAH DAN SEKOLAH AGAMA", BERTEMPAT DI PWTC ANJURAN PENGERUSI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA.

ALHAMDULILLAH SEGALANYA BERJALAN LANCAR DAN DIPERMUDAHKAN ALLAH.
SEMOGA SEGALA JIHAD, PENGORBANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG DILAKSANAKAN DIREDHAI ALLAH.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1592202620jpeg

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO KEMBARA INSANIAH 2020

PERTANDINGAN MENCIPTA
VIDEO KEMBARA INSANIAH 2020

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!

SYARAT PENYERTAAN

TERBUKA KEPADA
:SELURUH PELAJAR ADDIN(YANG MASIH BELAJAR)

TEMPOH PENYERTAAN :
15 JUN- 30 JUN 2020

KANDUNGAN VIDEO
: KEBAIKAN-KEBAIKAN YANG DILAKUKAN KEPADA KELUARGA,MASYARAKAT DAN LAIN - LAIN DI DALAM TEMPOH PKP

SETIAP VIDEO YANG DIHASILKAN PERLU DIHANTAR
KEPADA URUSETIA
(WHATAPP 0102016064)
DAN DISERTAKAN BERSAMA BUTIRAN DI BAWAH;

NAMA PENUH
NO. KAD PENGENALAN
ALAMAT
NO TELEFON
CAWANGAN

DURASI VIDEO :3 MINIT

SETIAP PELAJAR : 1 PENYERTAAN SAHAJA

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI FACEBOOK PAGE YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN ADDIN PERAK

@ HUBUNGI UST FARISS NAIM
URUSETIA DI TALIAN 0102016064

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1591944440jpeg

PENYERAHAN MEMORANDOM PERSEDIAAN MAAHAD TAHFIZ MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19

12 JUN 2020, JUMAAT - SEKRETARIAT KHAS PANDEMIK COVID-19 INSTITUSI TAHFIZ NEGARA YANG DIANGGOTAI OLEH CEO MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG, PRESIDEN PERMATA AL QURAN, PRESIDEN PINTA KEBANGSAAN, PENGERUSI PITAS, PENGERUSI PEMATAP, PRESIDEN PESHA TELAH MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BAGI MEMBINCANGKAN ISU BERKENAAN MAAHAD TAHFIZ DAN MENYERAHKAN MEMORANDOM TENTANG PERSEDIAAN MAAHAD TAHFIZ SELURUH NEGARA BAGI MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19.

 

MEWAKILI YAYASAN ADDIN ADALAH KETUA PENYELARAS TAHFIZ ADDIN AF USTAZ MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN YANG MENGGALAS AMANAH SEBAGAI SETIAUSAHA PERMATA AL QURAN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1591943449jpeg

PERSIDANGAN KHAS PENGETUA PENGETUA MTQN PERINGKAT KEBANGSAAN

ALHAMDULILLAH PADA 12 JUN 2020 TELAH BERLANGSUNG PERSIDANGAN KHAS PENGETUA MTQN PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI MEMBINCANGKAN BEBERAPA ISU BERKAITAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DAN PEMBUKAAN SEMULA DARUL QURAN SERTA LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN NEGERI NEGERI TERMASUK LTDQ MTQ ADDIN TAPAH. LTDQ MTQ ADDIN DI WAKILI OLEH PENGARAHNYA USTAZ MOHAMAD HANIF BIN ABDUL MALEK.

ISU -ISU BERKAITAN SOP, TEMUDUGA, PEPERIKSAAN DAN LAIN LAIN JUGA TELAH DIBINCANG DALAM PERSIDANGAN INI.

INSYAALLAH KHABAR BAIK BAKAL DIUMUMKAN DALAM SEDIKIT MASA LAGI BAGI PELAJAR PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN QIRAAT SAMA ADA BAKAL PELAJAR DAN JUGA PELAJAR SEMESTER 3 DAN 5 SEDIA ADA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1591938316jpeg

PENGUMUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN MENENGAH ATAS DALAM WAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)


(1) UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SETELAH MENGAMBIL KIRA PANDANGAN DAN NASIHAT KKM SERTA PENGUMUMAN YANG DIBUAT OLEH MENTERI PENDIDIKAN, YAYASAN ADDIN TELAH MENETAPKAN BAHAWA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH HANYA MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 DI CAWANGAN MTQ ADDIN MALIM NAWAR, MTQ ADDIN TAPAH, MTQ ADDIN PADANG RENGAS, MTQ ADDIN AIR KUNING DAN MTQ ADDIN VOKASIONAL BAGAN DATUK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM IAITU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) ADALAH BERTARIKH 27 & 28 JUN 2020 (SECARA BERPERINGKAT);


(2) MANAKALA BAGI LAIN-LAIN CAWANGAN MTQ ADDIN AKAN DIMAKLUMKAN SETELAH MENDAPAT PENGUMUMAN RASMI DAN ARAHAN DARI PIHAK KERAJAAN;


(3) YAYASAN ADDIN TELAH MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH YANG MENEPATI PERATURAN DAN KEPERLUAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KKM (IBU BAPA BOLEH MEMUAT TURUN DARI IBU BAPA ONLINE);


(4) DALAM HAL INI, KAMI AMAT BERHARAP AGAR IBU BAPA ATAU PENJAGA DAPAT MEMASTIKAN BAHAWA ANAK-ANAK YANG SIHAT SAHAJA DIHANTAR KE SEKOLAH.


(5) GURU-GURU YANG BERTUGAS AKAN MEMERIKSA SUHU BADAN PELAJAR DI PINTU MASUK SEKOLAH. PEMERIKSAAN SUHU BADAN JUGA AKAN DIBUAT KEPADA GURU, WARGA SEKOLAH DAN INDIVIDU YANG MEMPUANYAI URUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH;


(6) SESIAPA YANG MENCATATKAN SUHU BADAN MELEBIHI 37.5"C ATAU BERGEJALA TIDAK AKAN DIBENARKAN MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH,


(7) SEWAKTU DI SEKOLAH, PELAJAR-PELAJAR AKAN DIINGATKAN UNTUK SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI TERUTAMANYA AMALAN MENCUCI TANGAN DENGAN KERAP. IBU BAPA HENDAKLAH MEMBEKALKAN HAND SANITIZER DAN FACE MASK YANG MENCUKUPI UNTUK ANAK-ANAK SEPANJANG BERADA DI ASRAMA;


(8) SELAIN DARIPADA PENGAWASAN GURU DI SEKOLAH, KAMI MOHON JASA BAIK IBU BAPA ATAU PENJAGA SUPAYA SENTIASA BERPESAN KEPADA ANAK-ANAK AGAR MENGAMALKAN PENJARAKAN SOSIAL DAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI PADA SETIAP MASA;


(9) IBU BAPA BOLEH BERHUBUNG DENGGAN PIHAK SEKOLAH MASING-MASING BAGI MENDAPATKAN JADUAL LENGKAP PENGHANTARAN ANAK-ANAK;


(10) KAMI DI YAYASAN ADDIN AMAT BERHARAP AGAR PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH MULAI 27 & 28 JUN 2020 INI BERJALAN DENGAN LANCAR BAGI MEMBOLCHKAN ANAK-ANAK DAPAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN DALAM KEADAAN SELAMAT.

SEKIAN TERIMA KASIH.

TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN ADDIN
11 JUN 2020

LAGI