https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1692935627.jpg

SEKALUNG TAHNIAH BUAT JOHAN QARI ANTARABANGSA 2023

QARI DARI MALAYSIA, MUHAMMAD QAYYIM NIZAR SARIMI, 25, DINOBAT SEBAGAI JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 1445 H / 2023 M YANG DIADAKAN DI DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA (WTC), DI SINI MALAM INI.

BELIAU MERUPAKAN QARI BAGI GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) PENGLIHATAN DARI KELANTAN. MUHAMMAD QAYYIM YANG JUGA JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI, MEMPEROLEH MARKAH SEBANYAK 94.96 PERATUS.

SARA BELMAMOUN DARI MAGHRIBI PULA DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN TILAWAH KATEGORI QARIAH, MANAKALA DITANGGA KEDUA DISANDANG RAUDDAH SUPIAN (INDONESIA) DAN KETIGA, SABAHA PATO SALIK (FILIPINA).

SEMENTARA ITU, OMAR TOURE DARI GUINEA DAN TEBANI CHEYMA ENFAL DARI ALGERIA DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN BAGI KATEGORI HAFAZAN LELAKI DAN WANITA.

SEMUA PEMENANG MEMBAWA PULANG HADIAH TAJAAN EMAS SUMBANGAN YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM), WANG TUNAI DARI KERAJAAN, PIALA IRINGAN DAN SIJIL.

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN TANIAH KEPADA ADIK MUHAMMAD QAYYIM NIZAR BIN SARIMI DIATAS KEMENANGAN INI. SEMOGA IANYA MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT DAN MENJADI INSPIRASI BUAT ANAK ANAK TAHFIZ DIBAWAH YAYASAN ADDIN.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN YAYASAN ADDIN

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_052_1692071699.png

KIBARKAN JALUR GEMILANG!

KIBARKAN JALUR GEMILANG!

TAHUKAH ANDA, CARA MENGGANTUNGKAN BENDERA MALAYSIA DENGAN BETUL?

BENDERA ADALAH LAMBANG KEPIMPINAN, SIMBOL PENGHORMATAN, MARTABAT, KEKUASAAN DAN KEDAULATAN BAGI SESEBUAH NEGARA. JALUR GEMILANG MESTILAH DIKIBARKAN SECARA TERTIB SEBAGAI LAMBANG KEBESARAN DAN KEDAULATAN NEGARA.

 

CARA & ETIKA YANG BETUL MEMASANG BENDERA :

1) BENDERA HENDAKLAH DIPASANG SECARA MELINTANG SAHAJA. TIDAK BOLEH DIPASANG SECARA MENEGAK SEKIRANYA BERKEDUDUKAN STATIK ATAU TIDAK BERKIBAR. WALAUBAGAIMANAPUN DIBOLEHKAN MEMASANG SECARA MENEGAK SEKIRANYA BENDERA DISAMBUNG DALAM KUANTITI YANG BANYAK (FLAGLINE).

2) BENDERA SAIZ BIASA TIDAK BOLEH DIGANTUNG SEPERTI GEGANTUNG.

3) MENGIBARKAN BENDERA YANG TELAH UZUR SEPERTI TELAH PUDAR WARNA DAN KOYAK ADALAH SATU KESALAHAN ATAU KETIDAKWAJARAN.

4) SUSUNAN BENDERA DI GEDUNG KEDAI / RUMAH HENDAKLAH DIKIBARKAN PADA TIANG YANG DICONDONGKAN KE ARAH JALAN RAYA. DI DERETAN GUDANG / KEDAI PULA, JIKA DUA BENDERA DIPASANGKAN IAITU BENDERA MALAYSIA DAN BENDERA NEGERI, MAKA BENDERA MALAYSIA MESTILAH DIKIBARKAN DI SEBELAH KIRI DAN BENDERA NEGERI YANG SATU LAGI DI SEBELAH KANAN PADA TIANG YANG DICONDONGKAN KE ARAH JALAN RAYA. 

5) PENGGUNAAN BENDERA DALAM BENTUK PELBAGAI SEPERTI PAKAIAN DAN SEBAGAINYA PERLU DIELAKKAN KECUALI SEMASA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN JANGKA MASA PENGGUNAANNYA ADALAH TERHAD.

6) TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN BENDERA DALAM PERKARA YANG DITAFSIRKAN SEBAGAI MERENDAHKAN MARTABAT JALUR GEMILANG SEPERTI ALAS MEJA, KAIN TUDUNG, PAYUNG, SONGKOK, TOPI, TUALA MANDI, ALAS KUSYEN DAN SEBAGAINYA.

7) PENGGUNAAN BENDERA DALAM PELBAGAI GAYA DAN BENTUK SEPERTI IKLAN DALAM TUJUAN MEMPROMOSI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DIBENARKAN ASALKAN KREATIVITI TERSEBUT TIDAK DITAFSIRKAN SEBAGAI MENGHINA BENDERA.

 

PANDUAN MENGIBARKAN JALUR GEMILANG

 

SEMPENA BULAN KEBANGSAAN INI, KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA KEMEGAHAN NEGARA KITA.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

 

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_052_1691639371.png

LAWATAN PENAZIRAN YAYASAN ADDIN KE CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN

USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN, DENGAN DIIRINGI OLEH USTAZ MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN PEGAWAI PENAZIRAN KOKURIKULUM DAN DISIPLIN DAN USTAZ MOHD DANIAL BIN MOHD FUZI PEGAWAI PENAZIRAN MADAH SERTA USTAZ SYAFIQ RAMADHAN BIN AMER PEGAWAI PEMBANGUNAN DAN HARTANAH DIIKUTI PUAN NOR MAIZATUL ADILAH BT ANUAR PEGAWAI PENDAFTARAN DAN KEWANGAN TELAH MENGADAKAN LAWATAN PEMANTAUAN KE DUA BUAH CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN 16 BATU GAJAH DAN 09 CHOPIN PADA 1 OGOS 2023 ( SELASA ).

USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN, DENGAN DIIRINGI OLEH USTAZ MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN PEGAWAI PENAZIRAN KOKURIKULUM DAN DISIPLIN DAN USTAZ MOHD DANIAL BIN MOHD FUZI PEGAWAI PENAZIRAN MADAH TELAH MENGADAKAN LAWATAN PEMANTAUAN KE DUA BUAH CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN 20 BAGAN DATUK DAN 01 SG KELI PADA 8 OGOS 2023 ( SELASA ).

TUJUAN LAWATAN INI IALAH BERKAITAN DENGAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN KELAS AL-QURAN, KELAS MADAH, SISTEM SEKOLAH, PENGURUSAN KEWANGAN, STRUKTUR PEMBANGUNAN DAN KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DAN PANTAUAN KETERAMPILAN GURU-GURU SERTA TUGASAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK.

PEMANTAUAN JUGA DIBUAT SECARA BERKALA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH BAGI MEMASTIKAN PENDIDIKAN DAN KESELESAAN PARA PELAJAR TERJAMIN, DAN JUGA MEMASTIKAN KETELUSAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK.

SEMOGA DENGAN PEMANTAUAN INI DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN.

 

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 16 BATU GAJAH