BATU GAJAH, 27–28 OKTOBER 2026 - Alhamdulillah, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 16 Batu Gajah sedang menyertai Program Pembangunan Kemahiran PSH TVET Tahfiz@Kolej Komuniti menerusi kursus Microsoft Certified Skills Assessment (MCSA) Microsoft Excel yang berlangsung pada 27 dan 28 Oktober 2026.
Penyertaan ini merupakan satu inisiatif bermakna dalam usaha memperluas penguasaan kemahiran digital dalam kalangan pelajar tahfiz, khususnya dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang penting untuk pengurusan data, penyediaan maklumat dan pelbagai urusan pentadbiran.
Program ini juga mencerminkan komitmen dalam memperkasa pendidikan tahfiz melalui pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agar pelajar bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran, malah turut dilengkapi kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan semasa.
Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat ADDIN Perak (Yayasan ADDIN) merakamkan penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti atas peluang dan kerjasama yang diberikan dalam memperkasa pembangunan kemahiran pelajar tahfiz.
Yayasan ADDIN turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar MTQ ADDIN 16 Batu Gajah yang menyertai program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya serta menjadi nilai tambah dalam membina masa depan yang lebih cerah.
Semoga usaha ini melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja berpegang teguh kepada al-Quran, malah berkemahiran, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah.
Bersama Memartabatkan AL-Quran
BKPYA
DR004







