https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1655455861.png

MAJLIS PENYERAHAN WAKAF

YAYASAN ADDIN INGIN  MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA HAJI AZAHARI BIN HAJI HUSSIN YANG TELAH MEWAKAFKAN HOMESTAY KG BUAIA KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 13 KG BUAIA TERMASUK SEMUA PERALATAN YANG DISAKSIKAN OLEH USTAZ HAJI AZIZI.

SEGALA JASA BUDI PEKERTI TUAN TIDAK TERBALAS SERTA DIDOAKAN SEMOGA SEGALA SUMBANGAN IKHLAS YANG TELAH DIBERIKAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 13 KG BUAIA AKAN DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH SERTA MENDAPAT KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA SERTA AKHIRAT.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_038_1655432731.jpg

BENGKEL TEKNIKAL IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN

16 JUN 2022 - BENGKEL TEKNIKAL IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-8 TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN SECARA HIBRID ANTARA PEGAWAI-PEGAWAI DARUL QURAN DAN LOKASI-LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ).

KEHADIRAN AHLI SECARA BERSEMUKA DIADAKAN DI DEWAN PERPUSTAKAAN DARUL QURAN MELIBATKAN PEGAWAI-PEGAWAI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK, INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR), INSTITUT PENGAJIAN ISLAM KEMAMAN(INSPI), MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG, INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN), MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ADDIN DAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK. SEMENTARA PEGAWAI-PEGAWAI KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI MELAKA (KAQSA) DAN INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SABAH (ITQAS) TERLIBAT SECARA DALAM TALIAN.

TUJUAN BENGKEL INI DILAKSANAKAN ADALAH UNTUK MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA TEKNIKAL BAGI SEMUA ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN DALAM IHTIFAL HUFFAZ YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 18 HINGGA 23 JULAI 2022. DALAM IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-8 INI, SEBANYAK 14 ACARA ILMI DAN 10 ACARA SUKAN BAKAL DIPERTANDINGKAN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1655103509.png

HALA TUJU PENDIDIKAN SELEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

KEMANAKAH HALA TUJU PENDIDIKAN ANAK ANDA SELEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

DISINI KAMI LAMPIRKAN LINK INSTITUSI YANG ADA KOLABORATIF DENGAN YAYASAN ADDIN SEBAGAI PEMUDAH CARA ANAK-ANAK LEPASAN ADDIN BOLEH BUAT PILIHAN UNTUK SAMBUNG PELAJARAN SETELAH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM KELUAR NANTI.

 

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

USAS : ONLINE APPLICATION

 

 

DARUL QURAN

LAMAN SESAWANG DARUL QURAN JAKIM

 

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR

 

KOLEJ PROFESIONAL BAITUMAL KUALA LUMPUR (KPBKL.EDU.MY)

 

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPS)

 

INSTITUSI KEMAHIRAN MARA (IKM) LUMUT