https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1638574227.jpg

SELAMAT DATANG KEPADA CALON TEMUDUGA PELAJAR ADDIN 2022

TEMUDUGA KEMASUKKAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2022 AKAN DIADAKAN PADA 04 DISEMBER 2021 HARI SABTU JAM 9.00 DI SELURUH CAWANGAN MTQ ADDIN. TEMUDUGA INI AKAN DIJALANKAN SECARA BERSEMUKA DENGAN MEMATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KKM.

 

FORMAT ASAS TEMUDUGA MTQ ADDIN

1. MEMBACA TEXT JAWI

2. MEMBACA TEXT ARAB

3. SOALAN PENULISAN JAWI & ARAB

4. MEMBACA AL-QURAN SECARA MELIHAT AL-QURAN DARI AYAT.....HINGGA KE AYAT.....(AKAN DIBERITAHU PADA HARI TEMUDUGA MELALUI PEMILIHAN SET SOALAN).

5. MEMBACA AL-QURAN SECARA HAFAZAN DARI AYAT.....HINGGA KE AYAT.....(AKAN DIBERITAHU PADA HARI TEMUDUGA MELALUI PEMILIHAN SET SOALAN).

TEMPOH YANG DIBERIKAN UNTUK MENGHAFAZ ADALAH 30 MINIT.

BACAAN PERLU TERANG DAN JELAS KERANA IANYA MEMPENGARUHI MARKAH AL-QURAN

CALON DIKEHENDAKI MEMBUAT PERSEDIAAN YANG RAPI TERUTAMA KELANCARAN & TAJWID AL-QURAN.

 

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN
KETUA PENDAFTAR

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1637972403.jpg

KECEMERLANGAN ALUMNI ADDIN DI DARUL QURAN



==BERITA ALUMNI ADDIN===

TAHNIAH BUAT ADIK OMAR BIN ABD AZIZ KERANA BERJAYA MENGKHATAMKAN HAFAZAN 30 JUZUK HARI INI WALAUPUN KULIAH SEMESTER 2 BARU BERJALAN SELAMA 5 HARI.

UNTUK MAKLUMAT, BELIAU MERUPAKAN BEKAS PELAJAR DI MTQ ADDIN CAWANGAN MALIM NAWAR DAN MENYAMBUNG PENGAJIANNYA DI DARUL QURAN JAKIM KUALA KUBU BHARU SELANGOR.

TAHNIAH JUGA KEPADA IBU BAPANYA; USTAZ ABD AZIZ ABD SAMAT DAN USTAZAH NORHAYATI AB LATEH; KEDUA-DUANYA PEGAWAI DARUL QURAN JAKIM.

DIDOAKAN MOGA BELIAU DAN SELURUH PELAJAR - PELAJAR ADDIN TERUS SUKSES DUNIA AKHIRAT DAN DIBANTU ALLAH UNTUK MENYEBARKAN SYIAR ISLAM. MUBARAK!


LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1637895513.jpg

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA (MOU) ANTARA UPSI DAN YAYASAN ADDIN .

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN (MOU) KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM PERAK DAN YAYASAN ADDIN .


🌿JUMAAT
🌿12 NOVEMBER 2021
🌿BERTEMPAT DI DEWAN SRI TANJUNG, KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, UPSI


ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH "MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)" ANTARA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BERSAMA :
🍂JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
🍂YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN PERAK

TUJUAN UTAMA MOU INI ADALAH UNTUK MENJALINKAN KERJASAMA DALAM BIDANG AKADEMIK, PENYELIDIKAN DAN LATIHAN SERTA MENINGKATKAN PROFESIONALISME BAIK DIPIHAK YAYASAN, JABATAN MAHUPUN UNIVERSITI.


DENGAN TERMETERAINYA MOU TERSEBUT, MAKA SAMA-SAMALAH KITA BERDOA DAN BERGANDING BAHU AGAR INSTITUSI PENDIDIKAN TAHFIZ BERTAMBAH KUKUH DAN LEBIH BAIK DI MASA AKAN DATANG DALAM MELAHIRKAN HUFFAZ YANG BENAR-BENAR HAFIZ DAN PROFESIONAL.

 

 

 

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1637728722.jpg

AGIHAN ZAKAT BAGI BULAN JANUARI HINGGA OGOS 2021

ALHAMDULILLAH, HASIL KUTIPAN ZAKAT BAGI BULAN JANUARI 2021 HINGGA OGOS 2021 TELAH BERJAYA DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF YANG SEDANG BELAJAR DI MTQ ADDIN MELALUI SEKOLAH MASING-MASING. AGIHAN KALI INI ADALAH BAGI TUJUAN MEMBANTU PELAJAR MEMBAYAR YURAN SERTA TUNGGAKAN YURAN KHASNYA GOLONGAN ASNAF, BANTUAN PENGAJIAN PELAJAR KE LUAR NEGARA DAN IBUBAPA YANG TERKESAN DENGAN PANDEMIK COVID-19.

MELALUI AGIHAN INI JUGA DAPAT MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENJAGA KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN MELALUI PEMBAYARAN GAJI, BIL-BIL UTILITI, KOS PENGURUSAN DAN SEBAGAINYA. SEMOGA DENGAN BANTUAN SEBEGINI DAPAT MENINGKATKAN LAGI MUTU PENGURUSAN SEKOLAH SERTA MUTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PARA GURU.

SEHUBUNGAN ITU, KAMI MENYERU PEMBAYAR ZAKAT DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA MELALUI KAMI AGAR DAPAT KAMI MEMBANTU LAGI GOLONGAN ASNAF INI BELAJAR DENGAN LEBIH SELESA DAN CEMERLANG DIMASA HADAPAN.

BERIKUT ADALAH LAPORAN AGIHAN KALI INI

1. JUMLAH AGIHAN KESELURUHAN RM 261,821.44

2. JUMLAH AGIHAN BAGI SETIAP SEKOLAH

    2.1 MTQ ADDIN 01 = RM 2,925.00
    2.2 MTQ ADDIN 03 = RM 15,850.00
    2.3 MTQ ADDIN 04 = RM 55,345.50
    2.4 MTQ ADDIN 07 = RM 21,168.00
    2.5 MTQ ADDIN 08 = RM 15,649.50
    2.6 MTQ ADDIN 09 = RM 2,400.00
    2.7 MTQ ADDIN 10 = RM 25,173.34
    2.8 MTQ ADDIN 11 = RM 8,356.00
    2.9 MTQ ADDIN 12 = RM 4,725.00
    2.10 MTQ ADDIN 13 = RM 14,350.00
    2.11 MTQ ADDIN 15 = RM 4,643.85
    2.12 MTQ ADDIN 16 = RM 31,539.57
    2.13 MTQ ADDIN 18 = RM 3,400.00
    2.14 MTQ ADDIN 19 = RM 7,550.00
    2.15 MTQ ADDIN 20 = RM 1,750.00
    2.16 MTQ ADDIN 23 = RM 6,418.75
    2.17 MTQ ADDIN SELINSING = RM 104.00
    2.18 TAHFIZ VOKASIONAL = RM 10,670.75


3. JUMLAH AGIHAN BAGI ASNAF FI SABILILLAH, GHORIMIN DAN MISKIN
    3.1 FI SABILILLAH : RM 48,906.13
    3.2 GHORIMIN : RM 101,152.83
    3.3 MISKIN : RM 95,436.73


4. BILANGAN PELAJAR YANG MENERIMA AGIHAN BAGI SETIAP SEKOLAH
    4.1 MTQ ADDIN 03 = 13 ORANG
    4.2 MTQ ADDIN 04 = 8 ORANG
    4.3 MTQ ADDIN 07 = 19 ORANG
    4.4 MTQ ADDIN 08 = 15 ORANG
    4.5 MTQ ADDIN 09 = 3 ORANG
    4.6 MTQ ADDIN 10 = 21 ORANG
    4.7 MTQ ADDIN 11 = 5 ORANG
    4.8 MTQ ADDIN 12 = 9 ORANG
    4.9 MTQ ADDIN 13 = 11 ORANG
    4.10 MTQ ADDIN 15 = 4 ORANG
    4.11 MTQ ADDIN 16 = 14 ORANG
    4.12 MTQ ADDIN 18 = 2 ORANG
    4.13 MTQ ADDIN 19 = 7 ORANG
    4.14 MTQ ADDIN 20 = 1 ORANG
    4.15 MTQ ADDIN 23 = 4 ORANG


5. BILANGAN PELAJAR KESELURUHAN YANG MENERIMA AGIHAN BAGI ASNAF GHORIMIN DAN MISKIN 136 ORANG PELAJAR PENERIMA DARI GOLONGAN GHORIMIN DAN MISKIN


6. BILANGAN PELAJAR YANG MENERIMA SKIM GALAKAN TAHFIZ SERAMAI 6 ORANG PELAJAR DIPLOMA PENERIMA SKIM GALAKAN TAHFIZ YANG BERJUMLAH RM 9,030.00

 

BAGI IBU BAPA YANG INGIN MEMOHON BANTUAN ZAKAT INI, BOLEH BUAT PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN MELALUI LINK DIBAWAH

MOHON ZAKAT

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI PUAN AZIRA DI TALIAN 05-5060223

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1637217639.jpg

MAKLUMAN TEMUDUGA KEMASUKKAN PELAJAR BAHARU 2022

PADA 17 NOV 2021 HARI RABU, TELAH DIKELUARKAN SURAT PANGGILAN TEMUDUGA KEPADA PEMOHON YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN BAGI KEMASUKKAN PELAJAR SESI 2022. PEMOHON BOLEH MEMBUAT SEMAKKAN DI WEBSITE YAYASAN ADDIN BERMULA 17 NOV 2021 JAM 5.00 PETANG. SEBAGAIMANA YANG TELAH DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT PENGETUA YANG LALU, MESYUARAT TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR DISELARASKAN PADA 04 DISEMBER 2021 / SABTU SECARA BERSEMUKA DI CAWANGAN MTQ MASING-MASING.