https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1650259688.jpg

MAJLIS PERASMIAN PUSAT ISLAM DAN PENYERAHAN ZAKAT ASNAF

PADA SABTU , 16 APRIL 2022 , TELAH DIADAKAN MAJLIS PERASMIAN PUSAT ISLAM DAN PENYERAHAN ZAKAT ASNAF DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN-4 TAPAH. UNTUK MAKLUMAN , PUSAT ISLAM AL-SHATIBI DIWAKAFKAN OLEH KELUARGA PROF DR NAZARUDDIN BIN MOHD JALI DENGAN KOS NILAI SEBANYAK RM 1.4 JUTA.

NAMA PUSAT ISLAM AL-SHATIBI DIINSPIRASIKAN DARIPADA SALAH SEORANG TOKOH ULAMA’ AL-QURAN DALAM BIDANG QIRAAT TUJUH IAITU IMAM AL-QASIM BIN FIRRUH BIN AHMAD BIN KHALAF BIN ABU QASIM MUHAMMAD AL-SHATIBI. PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-QIRAAT DI MTQ ADDIN TAPAH ADALAH BERPANDUKAN KEPADA SILIBUS PENGAJIAN AL-QIRAAT DARIPADA KITAB MATAN AL-SHATIBI.

SELAIN ITU , DALAM MAJLIS INI JUGA DIADAKAN PENYERAHAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF.ZAKAT INI ADALAH SEBANYAK RM50,000 DAN AKAN DIAGIHKAN KEPADA DUA BAHAGIAN. BAHAGIAN PERTAMA ADALAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR DI MTQ ADDIN TAPAH SERTA CAWANGAN-CAWANGAN MTQ ADDIN YANG LAIN DENGAN JUMLAH RM41,500. SEBAHAGIAN WANG ZAKAT INI DIGUNAKAN UNTUK MENAMPUNG YURAN PENGAJIAN SELAMA SATU BULAN BERJUMLAH RM350 DAN SEBAHAGIAN LAGI BENILAI RM150 AKAN DISERAHKAN KEPADA PELAJAR. SETERUSNYA BAHAGIAN KEDUA DIAGIHKAN KEPADA ASNAF ZAKAT YANG TELAH DIPILIH OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK CAWANGAN TAPAH DIKALANGAN EMPAT KAMPUNG, IAITU KAMPUNG LUBUK KATAK, KAMPUNG DUSUN MUDA, KAMPUNG JALAN KACHU DAN KAMPUNG BATU MELINTANG DENGAN JUMLAH RM8,500. KESEMUA ZAKAT RM50,000 INI AKAN DIAGIHKAN KEPADA 100 ORANG ASNAF .

 HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=GEPX_UYAO5K&T=9S

 

 

 


L

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1650009772.jpg

KOLABORATIF YAYASAN ADDIN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK

 

PADA HARI RABU , 13 APRIL 2022 , SATU LAWATAN KUNJUNG HORMAT TELAH DIADAKAN KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK YANG DIKETUAI OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN , TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN DAN TURUT DISERTAI OLEH 5 PEGAWAI DARI YAYASAN ADDIN. KUNJUNG HORMAT INI DISAMBUT BAIK OLEH EN SALAHUDDIN BIN YUSOFF , PENGARAH KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK.

SESI KUNJUNGAN INI MEMBINCANGKAN HALATUJU DAN KESINAMBUNGAN KOLABORASI STRATEGIK DIANTARA PIHAK YAYASAN ADDIN BERSAMA PIHAK KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK. SEMOGA KERJASAMA INI AKAN MEMACU PEMERKASAAN PENDIDIKAN TVET DAN AKAN MEMBERIKAN IMPAK POSITIF KEPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK.

DENGAN KOLABORATIF YANG DIADAKAN INI , PELAJAR MAAHAD TAHFIZ ALQURAN WAL QIRAAT ADDIN VOKASIONAL TANJUNG BAYAN DAPAT MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN DALAM BIDANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DAN SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER.DI SAMPING ITU , PELAJAR-PELAJAR DIPLOMA PENYELENGGARAAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DI KOLEJ KOMUNITI DAPAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI ADDIN AUTO PARTS.

SELAIN ITU , PELAJAR-PELAJAR ADDIN LAIN JUGA DAPAT MENGIKUTI LAIN-LAIN KURSUS JANGKA PENDEK SECARA MODULAR DI KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATO.