https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1707008894.png

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ DAN ILP ULUL ALBAB IKDAR

1 FEBRUARI 2024 HARI KHAMIS - BERTEMPAT DI INSTITUT KEMAHIRAN DARUL RIDZUAN (IKDAR), PIHAK YAYASAN ADDIN TELAH MENERIMA JEMPUTAN PIHAK IKDAR UNTUK MEMBINCANGKAN BERKENAAN PELAKSANAAN PROGRAM TAHFIZ PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) DENGAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN DAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MOHAMAD TAUFIQ SHAMSUMIAH TELAH HADIR KE PROGRAM TERSEBUT. DIMANA, PERBINCANGAN DIKETUAI OLEH REKTOR IKDAR, DR. MUHAMMAD FAIZAL BIN TAHIRUDDIN DENGAN JUGA DIHADIRI KETUA-KETUA UNIT IKDAR. ILP IPOH PULA HADIR DENGAN DIKETUAI OLEH PENGARAH ILP IPOH TS. AZMI BIN MAT, KETUA JAWATAN MEKANIKAL PENGELUARAN TS. ZAMRI BIN HUSIN, PENOLONG PENGARAH COMMUNITY EMPLOYMENT SUPPORT SERVICE (CESS) TS. NOOR AMIZAN BIN ABD RAHMAN, EN. MOHD RIZZUAN BIN YUSOF DAN USTAZ MOHAMMAD ASRI BIN TAHIRUDDIN. PIHAK PEMATAP DIHADIRI OLEH PENGERUSI, YBHG. DATO' HAJI MOHD AZLAN BIN HAJI SUHAIMI BESERTA TIMBALAN PENGERUSI, USTAZ ABDUL HALIM BIN MAJID.

KERJASAMA INI ADALAH SALAH SATU CABANG KEMAHIRAN LAIN YANG DAPAT MELUASKAN LAGI PEMILIHAN BIDANG KEMAHIRAN DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN VOKASIONAL (MTQAV). TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN YANG JUGA MERUPAKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN TAHFIZ TVET KEBANGSAAN TELAH MENCADANGKAN PELBAGAI USUL DALAM MENJAYAKAN KERJASAMA INI. 

SEMOGA USAHA INI MEMBAWA KEPADA PENGHASILAN PELAJAR TAHFIZ YANG BUKAN SAHAJA BERJIWA AL-QURAN, MALAH PAKAR DALAM BIDANG KEMAHIRAN SEKALIGUS MENGHASILKAN HUFFAZ TEKNOKRAT. 

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_049_1706688520.png

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEMESTER 2

SEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN, PIHAK YAYASAN ADDIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEMESTER KE-2 KEPADA SEMUA PELAJAR MTQ ADDIN MENENGAH RENDAH DI SETIAP CAWANGAN.

SEMOGA DIBERIKAN KELANCARAN SERTA KEMUDAHAN MENJAWAB DENGAN CEMERLANG. SETERUSNYA, SEMOGA SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN DAPAT MEMPEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

MOHON IBU-BAPA, GURU-GURU DAN KAKITANGAN POHONKAN DOA KEPADA PARA PELAJAR AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN MEREKA DALAM MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN.

بالتوفيق والنجاح

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_049_1706688351.png

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2023, PIHAK YAYASAN ADDIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR MTQ ADDIN MENENGAH ATAS DAN MTQ ADDIN VOKASIONAL DI SETIAP CAWANGAN.

SEMOGA DIBERIKAN KELANCARAN SERTA KEMUDAHAN MENJAWAB DENGAN CEMERLANG. SETERUSNYA, SEMOGA SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN DAPAT MEMPEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

MOHON IBU-BAPA, GURU-GURU DAN KAKITANGAN POHONKAN DOA KEPADA CALON SPM 2023 AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN MEREKA DALAM MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN.

بالتوفيق والنجاح

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1706585529.png

MAJLIS SERAHAN CEK PEMBANGUNAN

PADA MALAM 27 JANUARI 2024, HOTEL CASUARINA IPOH- DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN  SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR BERKENAN BERANGKAT KE MALAM PEMASYHURAN PRESIDEN KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG YANG DINAUNGI BAGINDA. TURUT HADIR MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI SAARANI MOHAMAD, AHLI-AHLI KELAB DAN PARA JEMPUTAN. PIHAK YAYASAN ADDIN JUGA TURUT HADIR DENGAN DIWAKILI OLEH TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI YAYASAN ADDIN AF. USTAZ MOHAMAD NASIR BIN HASSAN. MALAM PEMASYHURAN INI ADALAH MALAM PELANTIKAN PRESIDEN KELAB YANG BAHARU, TAHNIAH BUAT SAUDARA MUHAMMAD HAMZAH BIN DATO' HAMDAN.
 
PADA MALAM INI JUGA, KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG TELAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA BEBERAPA ORGANISASI DENGAN DISAKSIKAN SENDIRI OLEH DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DAN DISAMPAIKAN OLEH MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI SAARANI MOHAMAD. PIHAK YAYASAN YANG DIWAKILI OLEH TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI YAYASAN ADDIN AF. USTAZ MOHAMAD NASIR BIN HASSAN TELAH MENERIMA CEK SUMBANGAN PEMBANGUNAN BERNILAI RM 40,000.00 (RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH RIBU SAHAJA) UNTUK MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN SG. ULAR KG. KEPAYANG. 
 
RIBUAN TERIMA KASIH BUAT KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG ATAS SUMBANGAN INI, DIMANA AKAN MEMBANTU MENAMPUNG KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYIAPKAN PRASARANA MTQ ADDIN SG. ULAR INI. SEMOGA PRASARANA YANG BARU DAN LEBIH SELESA MAMPU MELAHIRKAN HUFFAZ YANG UNGGUL DAN BERKUALITI UNTUK JAMINAN MASA DEPAN NEGARA. BUAT MAKLUMAN PARA PEMBACA, MTQ ADDIN INI ADALAH MAAHAD TAHFIZ UNTUK PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1,2 DAN 3 SAHAJA. 
 
#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#ADDINDIHATI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1706498131jpeg

HALA TUJU TAHFIZ SPM VS TAHFIZ TVET

27 JANUARI 2024 HARI SABTU BERTEMPAT DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 10 SUNGAI KATI, IAITU CAWANGAN YANG DIHUNI OLEH PELAJAR TAHFIZ LELAKI DARI TINGKATAN 1 HINGGA 3. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DI DEWAN MUSOLLA MTQ ADDIN 10 DAN MELIBATKAN SEMUA PELAJAR NYA DARI TINGKATAN 1 HINGGA 3, PENERANGAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH. PROGRAM YANG BERMULA DARI JAM 2.30 PETANG INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENJELASKAN SECARA TERPERINCI BERKENAAN HALA TUJU PELAJAR DI TAHFIZ ADDIN SELEPAS MEREKA MENAMATKAN PENGAJIAN TAHFIZ DI MENENGAH RENDAH ATAU TINGKATAN 3. KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH DALAM PENERANGANNYA TELAH MEMAKLUMKAN BAHAWA ADA 2 ALIRAN YANG PARA PELAJAR TAHFIZ ADDIN INI BOLEH PILIH, SAMAADA HENDAK KE TAHFIZ SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ATAU TAHFIZ PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET). 

TAHFIZ SPM ADALAH PARA PELAJAR DI MTQ ADDIN MENENGAH RENDAH BOLEH MENERUSKAN PENGAJIAN DI 4 CAWANGAN MENENGAH ATAS TAHFIZ ADDIN IAITU MTQ ADDIN00 MALIM NAWAR, MTQ ADDIN04 TAPAH, MTQ ADDIN06 PADANG RENGAS DAN MTQ ADDIN17 AIR KUNING (KURIKULUM BERSEPADU DINI - KBD). DIMANA KESEMUA CAWANGAN INI ADA MENAWARKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN LANJUTAN PENGAJIAN KE PERINGKAT DIPLOMA DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN MTQ ADDIN TAPAH (LTDQ). PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN MTQ ADDIN TAPAH (LTDQ) ADALAH DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT DAN SIJIL DIPLOMA LTDQ INI DIIKTIRAF OLEH DARUL QURAN JAKIM. SELEPAS PENGAJIAN DIPLOMA, PARA PELAJAR BOLEH MEMILIH PULA UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM. 

PENGAJIAN TAHFIZ PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) ADALAH MELIBATKAN PENGAJIAN TAHFIZ DAN KEMAHIRAN. YAYASAN ADDIN MENAWARKAN 6 CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN VOKASIONAL (MTQAV), ANTARANYA MTQAV 05 PENGKALAN HULU, MTQAV 18 BATU KURAU, MTQAV 19 LEKIR, MTQAV 20 BAGAN DATUK, MTQAV SUNGAI TIRAM /AISH HAMIDA DAN MTQAV DARUL RAHMAH SELEBOH. MENAWARKAN SIJIL KEMAHIRAN TAHAP 1, 2 DAN 3. SETIAP CAWANGAN BERBEZA BIDANG PENGAJIAN DAN ANTARANYA, MTQ05 MENAWARKAN KURSUS PENGAJIAN KITAB THURATH SEBANYAK 13 DAN FOKUS KEPADA MENAMATKAN HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN.  MTQAV 18 PULA BERKOLABORATIF DENGAN EZZANY COLLECTION (MARA) DALAM KURSUS JAHITAN DAN MASAKAN SEJUK BEKU, CAWANGAN INI UNTUK PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA. MTQAV 19 PULA BERKOLABORATIF DENGAN GIAT MARA LUMUT DALAM 3 KURSUS DAN UNTUK PELAJAR LELAKI SAHAJA, ANTARA KURSUSNYA ADALAH TEKNOLOGI BINAAN, TEKNOLOGI MOTOSIKAL SERTA PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA. MTQAV 20 PULA MENAWARKAN 6 KURSUS BUAT PELAJAR LELAKI DENGAN KOLOBORATIF GIATMARA DAN KOLEJ KOMUNITI. KURSUS TERDIRI DARIPADA KURIKULUM KSSM, TEKNOLOGI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI, KOMPUTER & RANGKAIAN, TEKNOLOGI AUTOMOTIF, BAIK PULIH & MENGECAT KENDERAAN DAN TEKNOLOGI KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM. PELAJAR YANG MENAMATKAN PENGAJIAN SELEPAS SIJIL, BOLEH MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT DIPLOMA KEMAHIRAN DI KOLEJ PROFESIONAL BAITULAMAL, INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT DAN TEMPAT LAIN.

SEMOGA PENERANGAN USTAZ TAUFIQ JELAS BUAT KEFAHAMAN PARA PELAJAR MTQ ADDIN 10 DAN MTQ ADDIN LAIN DALAM MERANCANG MASA DEPAN DALAM BIDANG TAHFIZ INI. PIHAK YAYASAN ADDIN AKAN MENERUSKAN PROGRAM BEGINI KE SEMUA CAWANGAN TAHFIZ ADDIN DALAM MEMBANTU PARA PELAJAR BERJAYA CEMERLANG DALAM KHATAM HAFAZAN AL QURAN DAN KERJAYA.

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1706493921.png

WAKAF AL QURAN DAN CEK SUMBANGAN

26 JANUARI 2023 HARI JUMAAT, PEJABAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN EKONOMI YAYASAN ADDIN / ADDIN GLOBAL ENTERPRISE DAN SEKOLAH RENDAH TAHFIZ ADDIN AL ITTIHADIAH TELAH DIKUNJUNGI OLEH TETAMU DARI SUNGAI BESAR. MEREKA ADALAH 15 ORANG KAKITANGAN DARI CAWANGAN AMJAD MILENNIUM SDN BHD YANG DIKETUAI OLEH ENCIK ALIF, KEHADIRAN MEREKA DISAMBUT OLEH PEGAWAI PEMASARAN UNIT PEMBANGUNAN EKONOMI YAYASAN ADDIN USTAZ AMINNUR SYAFIQ, USTAZAH ROKIYAH, USTAZAH IZZAN LIYANA DAN TENAGA PENGAJAR SRTA AL ITTIHADIAH USTAZ WAHAB, CIKGU NADIAH SERTA PARA PELAJAR SRTA AL ITTIHADIAH.

KUNJUNGAN MEREKA ADALAH ATAS TUJUAN PROGRAM IKATAN UKHWAH FA EMPOWERMENT, DAN USTAZ AMINNUR SYAFIQ TELAH MEWAKILI PIHAK YAYASAN ADDIN BAGI MENERIMA SUMBANGAN DARI WAKIL CAWANGAN AMJAD MILENNIUM SDN BHD IAITU ENCIK ALIF. SUMBANGAN YANG PIHAK YAYASAN ADDIN TERIMA ADALAH 270 NASKHAH AL QURAN DAN CEK BERJUMLAH RM 1,000.00 (SATU RIBU RINGGIT MALAYSIA).

RIBUAN TERIMA KASIH ATAS TURUN PADANG KAKITANGAN CAWANGAN AMJAD MILENNIUM SDN BHD DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA YAYASAN ADDIN. SEMOGA KALIAN DALAM RAHMAT ALLAH SWT INSHAALLAH AMIINN

BUAT MAKLUMAN PARA PEMBACA, UNIT PEMBANGUNAN EKONOMI YAYASAN ADDIN ADA MELAKSANAKAN PROGRAM WAKAF AL QURAN BAGI MENYAMPAIKAN AL QURAN PERCUMA KEPADA SEMUA PELAJAR TAHFIZ DI SEMUA CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN, MASJID, SURAU, TAHFIZ PERSENDIRIAN DAN JUGA PROGRAM QURAN HOUR.

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#ADDINDIHATI

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_028_1706236957jpeg

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐋 𝐐𝐈𝐑

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐋 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐃𝐈𝐍 (𝐌𝐓𝐐 𝐀𝐃𝐃𝐈𝐍)


PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN:
❇ SYAHADAH TAHFIZ AL-QURAN
❇ SPM
❇ PENGAJIAN AGAMA
❇ ASAS AKADEMIK
❇ TAHFIZ VOKASIONAL


TAHAP PENDIDIKAN :
🔸 SEKOLAH RENDAH - ( TAHUN 1, 2 & 3 )
🔸 MENENGAH BAWAH - ( TINGKATAN 1-3 )
🔸 MENENGAH ATAS - ( TINGKATAN 4 & 5 )
🔸 TAHFIZ VOKASIONAL
🔸 KBD & STAM - ( TINGKATAN 1-6 )


SYARAT KELAYAKAN :
1️⃣  LELAKI & PEREMPUAN.
2️⃣  BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK.
3️⃣  LULUS TEMUDUGA KHAS (AL-QURAN/TAJWID/FARDHU AIN).
4️⃣  MEMPUNYAI MINAT DAN KOMITMEN YANG TINGGI UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN.
5️⃣  BERSEDIA TINGGAL DI ASRAMA.
6️⃣  BERSEDIA UNTUK DITEMPATKAN DI MANA-MANA CAWANGAN MTQ ADDIN.
7️⃣  TIDAK MEROKOK DAN BERAKHLAK MULIA. SANGGUP MEMATUHI SEGALA PERATURAN MTQ ADDIN.


🔶KEISTIMEWAAN🔶
🔹PENDIDIKAN SUBJEK ARUS PERDANA BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM.
🔹BERPELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN TAHFIZ VOKASIONAL DENGAN KERJASAMA GIATMARA & KOLEJ KOMUNITI.
🔹BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PROGRAM DIPLOMA AL QURAN & QIRAAT DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN ADDIN, YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM.
🔹TERDAPAT SEBANYAK 26 BUAH CAWANGAN MTQ ADDIN DI NEGERI PERAK, SELANGOR DAN PAHANG.
🔹TAJAAN ZAKAT BAGI YANG BERKELAYAKAN.


𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀‼️ 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃‼️


𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍:


▶️ SEKOLAH RENDAH
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN4/


▶️ MENENGAH BAWAH (TINGKATAN 1-3)
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN/


▶️ MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN2/


▶️ TAHFIZ VOKASIONAL
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN3/


▶️ KBD & STAM ( TINGKATAN 1- 6 )
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/KBD/


HUBUNGI KAMI:
📱019-5749612 (PEJABAT)
📱013-4055203 (USTAZ MOHAMAD TAUFIQ - KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN)
📱0139789685 (USTAZ MEGAT FIRDAUS- TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN)
☎05-5060223 (PEJABAT)


🌐 HTTPS://MAAHADTAHFIZADDIN.EDU.MY/


#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#SATUKELUARGASEORANGHAFIZBERKEMAHIRAN

LAGI

Page 8 of 60