https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1612497235.jpg

4 PELAJAR LULUS UJIAN PERSIJILAN KHATAM DAN UJIAN PRA SYAHADAH ADDIN DENGAN CEMERLANG PADA BULAN JANUARI

BERITA TERKINI PENAZIRAN AL QURAN
 
TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN BAGI MTQ ADDIN 13 KG BUAIA KERANA PELAJAR MEREKA YANG BERNAMA :
 
1. FATIN FARZANA BINTI RUSDAN
2. NADILA SARI BINTI SAMSUL
3. NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMAD RAHMAT
4. SHARIFAH SAKINAH BINTI SYED YUSUF
 
LULUS DENGAN JAYANYA UJIAN PERSIJILAN KHATAM ADDIN,WALAUPUN DALAM TEMPOH PKPB TETAP TERUS BERUSAHA DAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG MENGHARUNGI UJIAN PRA SYAHADAH 6 JUZUK DAN UJIAN PERSIJILAN KHATAM ADDIN. MOGA SELURUH WARGA ADDIN TERUS DIPERMUDAHKAN DAN DIBANTU ALLAH DALAM MELAHIRKAN PARA HUFFAZ YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT .TERIMA KASIH JUGA BUAT PENYUMBANG - PENYUMBANG YANG TERUS MEMBANTU KAMI. MOGA SETIAP SUMBANGAN TUAN/PUAN MENJADI SAHAM AKHIRAT DAN DITERIMA ALLAH.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1612153844.jpg

121 PELAJAR KHATAM DAN 37 PELAJAR LULUS PRA SYAHADAH TAHUN 2020

ALHAMDULILLAH , PADA TAHUN 2020 SELURUH 23 CAWANGAN ADDIN TELAH MELAHIRKAN 121 PELAJAR KHATAM DAN 37 PELAJAR LULUS UJIAN PRA SYAHADAH , WALAUPUN KELAS DIADAKAN SECARA ONLINE , GURU - GURU TETAP MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK DALAM USAHA UNTUK MELAHIRKAN PENGHAFAZ - PENGHAFAZ AL-QURAN.

MOGA ALLAH SWT TERUS MEMBANTU PIHAK KAMI DALAM MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PARA HUFFAZ WALAUPUN DALAM KEADAAN KITA DIUJI DENGAN COVID - 19.TERIMA KASIH JUGA BUAT PENYUMBANG YANG TERUS MEMBANTU KAMI SECARA LANSUNG DAN TIDAK LANSUNG. MOGA ALLAH MENERIMA DAN MENJADIKAN SUMBANGAN ANDA SEBAGAI SAHAM DI HARI AKHIRAT KELAK .

BERIKUT ADALAH SENARAI CAWANGAN DAN JUMLAH PELAJAR MENGIKUT KATEGORI :

(KLIK DISINI)

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1611738042jpeg

PENDAFTARAN PELAJAR DAN TAKLIMAT SESI 2021

ALHAMDULILLAH TELAH BERLANGSUNG PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2021 BAGI PELAJAR TINGKATAN 1, TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 2021 SECARA ATAS TALIAN.

CAWANGAN MTQ ADDIN YANG TELAH MENGADAKAN TAKLIMAT INI IALAH :

  1. MTQ ADDIN MALIM NAWAR.
  2. MTQ ADDIN 6 PADANG RENGAS.
  3. MTQ ADDIN 9 CHOPIN KANAN.
  4. MTQ ADDIN 13 KG BUAIA PADANG RENGAS.
  5. MTQ ADDIN 15 KG KLAN SLIM RIVER.
  6. MTQ ADDIN 23 SEMENYIH.

BAGI LAIN LAIN CAWANGAN MTQ ADDIN AKAN DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT.

TAKLIMAT KHAS KEPADA IBU BAPA JUGA DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN:


• TARIKH: 23 JANUARI 2021 (SABTU)
• MASA: 10.00 AM - 12.45 PM
• APLIKASI: GOOGLE MEET/ ZOOM
• TENTATIF:

10.00 AM - 10.15 AM (KATA ALU-ALUAN)

10.15 AM - 11.00 AM (BAHAGIAN PENTADBIRAN)

11.10 AM - 11.50 AM (BAHAGIAN AKADEMIK)

12.00 PM - 12.40 PM (BAHAGIAN PENDAFTAR & HAL EHWAL PELAJAR)

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1611302463.jpg

MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DAN PELAKSANAAN PDP

BERIKUTAN PERKEMBANGAN SITUASI SEMASA PKP YANG DILAPORKAN OLEH PIHAK MKN, KKM DAN KPM BARU-BARU INI, SEMUA CAWANGAN MTQ ADDIN DIARAHKAN UNTUK MELAKSANAKAN OPERASI PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA.

OLEH ITU, PIHAK YAYASAN ADDIN INGIN MEMAKLUMKAN BEBERAPA PERKARA SEPERTI BERIKUT:-

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2021

1. PELAJAR TINGKATAN 1, TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 TAHUN 2021 DIKEHENDAKI MELAKUKAN PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN.

2. CADANGAN TAKLIMAT IBU BAPA SECARA DALAM TALIAN:


• TARIKH: 23 JANUARI 2021 (SABTU)
• MASA: 10.00 AM - 12.45 PM
• APLIKASI: GOOGLE MEET/ ZOOM
• TENTATIF:

10.00 AM - 10.15 AM (KATA ALU-ALUAN)

10.15 AM - 11.00 AM (BAHAGIAN PENTADBIRAN)

11.10 AM - 11.50 AM (BAHAGIAN AKADEMIK)

12.00 PM - 12.40 PM (BAHAGIAN PENDAFTAR & HAL EHWAL PELAJAR)

 

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)


1. PELAJAR YANG BERADA DI RUMAH TIDAK DIBENARKAN PULANG KE ASRAMA DAN PERLU MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA DALAM TALIAN.
2. BAGI GURU YANG TINGGAL DI LUAR DAN PELAJAR TINGGAL DI ASRAMA, KELAS DIJALANKAN SECARA DALAM TALIAN.
3. KELAS SECARA BERSEMUKA HANYA DIJALANKAN BAGI PELAJAR DAN GURU YANG TINGGAL DALAM KAWASAN ASRAMA SAHAJA.
4. TARIKH MULA KELAS DALAM TALIAN INI IALAH PADA 25/1/2021 (ISNIN).
5. PENYUSUNAN JADUAL KELAS DAN PELAKSANAAN MODUL MENGAJAR BAGI SETIAP CAWANGAN ADALAH MENGIKUT KETETAPAN MASING-MASING BERDASARKAN BEBERAPA GARIS PANDUAN YANG TELAH DIBERIKAN.
6. OLEH ITU, SEMUA GURU DIMINTA MELAKUKAN PERSIAPAN YANG LENGKAP SEPERTI MENYEDIAKAN ALAT BANTU / BAHAN BANTU MENGAJAR SEBELUM KELAS DALAM TALIAN DIJALANKAN.
7. PEMAKLUMAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SEHINGGA PENGUMUMAN LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.
جزاكم الله خيرا جزاء


MOHD SABRI BIN NORDIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN ADDIN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1609644690.jpg

انا لله وانا اليه راجعون

HILANG SATU DI ANTARA PERMATA DUNIA.
PAGI INI, KAMI MENDAPAT PERKHABARAN PEMERGIAN USTAZ AMINUDDIN BIN ABD HAMID KE RAHMATULLAH. BELIAU MERANGKAP PENGERUSI JEMAAH PENGURUSAN MTQ4 JUGA MERUPAKAN ORANG YANG SANGAT BERJASA DI MTQ ADDIN TAPAH DARI AWAL PENUBUHAN SEHINGGA KINI.
SUNGGUHNYA JASA DAN PENGORBANAN BELIAU AMAT TIDAK TERBALAS. TIADA LAGI KETEGASAN BELIAU, TIADA LAGI IDEA BERNAS DARI BELIAU. SEMOGA ALLAH SWT MENEMPATKAN BELIAU DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. HUSNUL KHOTIMAH YAA RABB YAA ALLAH YAA ARHAMARROHIMIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1609469313.jpg

MAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR ADDIN SESI 2021

MAKLUMAN TARIKH KEMASUKAN PELAJAR ADDIN BAGI SESI 2021 ADALAH SEPERTI TERTERA DI ATAS. KEMASUKAN BAGI PELAJAR BARU (LELAKI DAN PEREMPUAN) TINGKATAN 1 SESI 2021 MASIH LAGI DIBUKA. PERMOHONAN ADALAH SECARA ATAS TALIAN DI LINK WEB RASMI KAMI DISINI . SEGALA PERTANYAAN DAN PERSOALAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 05 5060223 / 0195749612

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1609466820.jpg

CAWANGAN MTQ ADDIN YANG CEMERLANG DALAM PENGGUNAAN ASIS ALQURAN SEPANJANG TAHUN 2020

BERITA PENAZIRAN ALQURAN TERKINI

SETELAH MENILAI MARKAH KESELURUHAN DALAM PENGGUNAAN ASIS ALQURAN SEPANJANG TAHUN, 4 CAWANGAN MTQ ADDIN TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI CAWANGAN YANG TERBAIK.

TAHNIAH DIUCAPKAN ATAS KEJAYAAN YANG DICAPAI, PASTINYA KEJAYAAN INI ADALAH KERJASAMA PENGETUA BESERTA PASUKANNYA DALAM MENGURUSKAN SEKOLAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN.PIHAK PENAZIRAN ALQURAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN BAGI CAWANGAN LAIN YANG TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI CAWANGAN YANG TERBAIK, MOGA TERUS MENAMBAH BAIK DAN MEMPERBAIKI SEGALA KEKURANGAN.

LAGI

Page 24 of 36