https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589343845.jpg

PENGUMUMAN TERKINI PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA 2020

MAKLUMAT MEDIA BERKENAAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT SESI 2020-2023

SELARAS DENGAN PERINTAH PERGERAKAN PERGERAKAN (PKP) KETIKA INI, JADUAL PERGERAKAN BAGI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT SESI 2020-2023 TELAH DIPINDA SEBAGAIMANA MAKLUMAT DI BAWAH. WALAU BAGAIMANAPUN, IANYA MASIH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN MENGAMBIL KIRA SITUASI SEMASA YANG BERLAKU DALAM NEGARA.

CALON DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA MENYEMAK MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN PROSES PENGAMBILAN INI MELALUI PENGUMUMAN DI LAMAN SESAWANG RASMI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (MTQ ADDIN 4 TAPAH)
HTTPS://MAAHADTAHFIZADDIN.EDU.MY/DIPLOMA/

TARIKH : 25 APRIL 2020
HARI : SABTU
JAM : 8.30 PAGI
TEMPAT : PERKARANGAN LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN MTQ ADDIN 4 TAPAH KAMPONG JALAN KACHU 31400 TAPAH PERAK

SEBARANG PERSOALAN, SILA HUBUNGI PENDAFTAR KAMI

0136463776 – NURUL FATHYN HUSNA BINTI IDRIS

SEKIAN.

LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN MTQ ADDIN 4 TAPAH

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589343781.jpg

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (DALAM NEGARA) BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2020/2023

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (DALAM NEGARA) BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2020/2023 DI LOKASI TAMBAHAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 4 TAPAH PERAK

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

I. BERAGAMA ISLAM
II. WARGANEGARA MALAYSIA
III. BERUMUR TIDAK MELEBIHI 21 TAHUN PADA TARIKH PENDAFTARAN DAN BELUM BERKAHWIN.
IV. LULUS SPM DENGAN SYARAT MINIMUM GRED ‘C’ DALAM MATA PELAJARAN BERIKUT:

A) BAHASA MELAYU
B) BAHASA ARAB / AL-ADAB WA AL-BALAGHAH / AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH / TURATH BAHASA ARAB;
C) PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH / PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH / PENDIDIKAN ISLAM / TASAWWUR ISLAM / USULUDDIN / TURATH AL-QURAN DAN SUNNAH / AL-SYARIAH / MANAHIJ AL-ULUM AL-ISLAMIAH / TURATH DIRASAT ISLAMIAH / MAHARAT AL-QURAN / MANAHIJ ULUM AL-ISLAMIYAH DAN;
D) LULUS BAHASA INGGERIS
E) LULUS UJIAN BERTULIS (BAHASA ARAB DAN TAJWID)
F) LULUS TEMUDUGA
G) MEMPUNYAI TAHAP KESIHATAN YANG BAIK.
ATAU

V. KELAYAKAN KHAS YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA MASALAH PENGLIHATAN (OKUMP) DAN SIJIL ASAS TAHFIZ DI DARUL QURAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

A) LULUS MATAPELAJARAN BAHASA ARAB DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SEKURANG-KURANGNYA MENDAPAT GRED ‘C’ SEBELUM TAMAT PENGAJIAN DIPLOMA / GRADUASI; DAN
B) LULUS DENGAN MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA PANGKAT MAQBUL DALAM PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN / SIJIL TAHFIZ AL-QURAN DARUL QURAN BAGI OKUMP.
SECARA KESELURUHANNYA , MTQ ADDIN 4 ADALAH TEMPAT TERBAIK UNTUK MENGHANTAR ANAK2 ANDA MENYAMBUNG PROGRAM DIPLOMA .

LEBIH BAIK , JIKA ANAK ANDA LEPASAN TAHFIZ . DISINI MEREKA BERPELUANG MENDALAMI ILMU AL QURAN DALAM BIDANG QIRAAT DAN ILMU ILMU YANG BERKAITAN .

7 SEBAB MENGAPA ANDA DIGALAKKAN MEMILIH SIJIL DIPLOMA TAHFIZ DI MTQ ADDIN 4 .

SECARA KESELURUHANNYA , MTQ ADDIN 4 ADALAH TEMPAT TERBAIK UNTUK MENGHANTAR ANAK2 ANDA MENYAMBUNG PROGRAM DIPLOMA .

LEBIH BAIK , JIKA ANAK ANDA LEPASAN TAHFIZ . DISINI MEREKA BERPELUANG MENDALAMI ILMU AL QURAN TERUTAMANYA DALAM BIDANG QIRAAT .

DENGAN INI KAMI GARISKAN 7 SEBAB MENGAPA MTQ ADDIN 4 TAPAH PILIHAN TERBAIK ANDA

1. MTQ ADDIN 4 ADALAH LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN , JAKIM .
2. YURAN PENGAJIAN PERCUMA
3. YURAN SARA DIRI MAMPU BAYAR
4. SKIM GALAKAN TAHFIZ ( KEPADA YANG LAYAK )
5. TAJAAN YURAN SARA DIRI ( BAGI PELAJAR YANG LAYAK )
6. BERPELUANG MENYAMBUNG KE PERINGKAT LEBIH TINGGI ( DALAM DAN LUAR NEGARA )
7. PEMEGANG DIPLOMA INI LAYAK UNTUK SAMBUNG IJAZAH SARJANA MUDA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT DENGAN PENDIDIKAN DI UNIVERSITI SULTAN IDRIS SHAH TANJONG MALIM PERAK

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : 0146263357 (USTAZAH HUSNA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 7 HARI SELEPAS KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN
SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA (ONLINE) : 16 MAC 2020
PROSES TEMUDUGA : 23 MAC – 03 APRIL 2020
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA : 14 – 16 APRIL 2020
TARIKH AKHIR PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN : 16 APRIL 2020
RAYUAN ONLINE : 14 – 16 APRIL 2020
KEPUTUSAN ONLINE : 20 APRIL 2020
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA : 28 APRIL 2020

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589343607.jpg

PROGRAM LESTARI PENDIDIKAN PERAK

ALHAMDULILLAH YAYASAN ADDIN DIAMANAHKAN OLEH PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK UNTUK MENGISI SLOT ADAB & NILAI DALAM DIRI PELAJAR SEKOLAH RENDAH DI DAERAH BATANG PADANG TAPAH, PERAK. TAHNIAH KEPADA AF US HANIF ABDUL MALIK & PELAJAR STAM CAWANGAN ADDIN AIR KUNING DALAM MENYUMBANGKAN TENAGA & KHIDMAT SUKARELAWAN DALAM PENDIDIKAN KHUSUSNYA DALAM NEGERI PERAK.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589342818.jpg

UJIAN SIJIL KHATAM 2020

TAHNIAH!!!!!!

ALHAMDULILLAH PADA HARI INI 3 PELAJAR DARI

MTQ BATU KURAU 18
1.KHAIRUN NADHIRAH
2.HANISAH
3.KHAIRUL BARIAH

TELAH MENJALANI UJIAN UJIAN SIJIL KHATAM

TAHNIAH DIUCAPKAN KERANA KETIGA-TIGA PELAJAR TERSEBUT TELAH LULUS DENGAN JAYANYA.

MOGA-MOGA KESELURUHAN CAWANGAN MTQ ADDIN AKAN TERUS MELAHIRKAN PARA HUFFAZ YANG BERKUALITI DAN PROFESIONAL. AMIN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589342618.jpg

MESYUARAT PENUBUHAN MAJLIS BELIA TAHFIZ MALAYSIA

ALHAMDULILLAH MESYUARAT PERANCANGAN PENUBUHAN MAJLIS BELIA TAHFIZ MALAYSIA BERSAMA KETUA BAHAGIAN PENDAFATRAN BELIA MALAYSIA BERJALAN DENGAN JAYANYA. IN SHA ALLAH DALAM KADAR SEGERA WAKIL PERSATUAN PERMATA AL-QURAN MALAYSIA DIWAKILI SU AGONG US MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN ( KETUA PENEYELARAS MTQ ADDIN PERAK ) , WAKIL DARI PITAS PU HAFIZ ( PRESIDEN PITAS ), US ZAHARUDIN ( SU AGONG PITAS ), US DAILAMI ( BENDAHARI PINTA KEBANGSAAN ) AKAN MENUBUHKAN AJK INDUK BAGI MENDAFTARKAN MAJLIS BELIA TAHFIZ MALAYSIA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589342411.jpg

LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UPSI DENGAN YAYASAN ADDIN

YAYASAN ADDIN AMAT MENGHARGAI KEHADIRAN ROMBONGAN FAKULTI SAINS KEMANUSIAN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) BAGI MENJALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN YAYASAN ADDIN.

ROMBONGAN UPSI DIKETUAI OLEH PROF MADYA DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM (DEKAN), PROF MADYA DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE KETUA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, DR MUHAMMAD AKRAMIN KAMARUL ZAMAN PENYELARAS PONDOK BITARA, DR MOHAMAD MARZUQI ABDUL RAHIM, DAN EN MOHD MUAZ ABDUL HAMID.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589342265.jpg

PROGRAM LESTARI PENDIDIKAN 2020

ALHAMDULILLAH PROGRAM BERJALAN DENGAN LANCAR ANJURAN PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK YANG DIADAKAN DI 4 BUAH ZON ( KINTA / KUALA KANGSAR / KAMPAR / TAPAH ) YAYASAN ADDIN DIAMANAHKAN UNTUK MELAKSANAKAN SLOT ADAB & NILAI. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA ATAS KOMITMEN TENAGA & IDEA KEPADA PELAJAR CAWANGAN ADDIN 07 TAMBUN & ADDIN 04 TAPAH ( DIPLOMA ) DALAM MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.

SEMOGA BAKTI YANG SEDIKIT KEPADA ANAK BANGSA SERTA MASYARAKAT DINILAI OLEH ALLAH SEBAGAI AMAL JARIAH UNTUK AGAMA..AMIIN🌹🌹🌹HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/YAYASANADDIN/

LAGI

Page 57 of 60