https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_052_1699236126jpeg

YANG DIPERTUA BAHARU PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

5 NOVEMBER 2023

BEKAS KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), DATUK WAN MOHAMAD SHEIKH ABD AZIZ, DIPILIH SEBAGAI YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) YANG BAHARU. PUM MENGADAKAN PEMILIHAN BARISAN KEPIMPINAN BAHARU BAGI SESI 2023-2025 PADA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-43, KELMARIN. SEBELUM INI, WAN MOHAMAD ADALAH TIMBALAN YANG DIPERTUA PUM UNTUK LEBIH SEDEKAD LALU, SELAIN MEMEGANG JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG DARI 1993 HINGGA 1997. BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH YANG BERGIAT AKTIF DALAM LAPANGAN DAKWAH DI TANAH AIR.

DALAM PADA ITU, BEKAS YANG DIPERTUA PUM, DATUK ABDUL HALIM ABDUL KADIR PULA DIANGKAT SEBAGAI PENASIHAT (MURSYID) PERSATUAN TERBABIT BERSANDARKAN PENGALAMANNYA DALAM DUNIA DAKWAH SELAMA INI.

DENGAN SUKACITANYA KAMI UCAPKAN TAHNIAH DI ATAS LANTIKAN BAHARU YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA MALAYSIA. UNTUK MAKLUMAN SEMUA JUGA, YAYASAN ADDIN TELAH DITUBUHKAN OLEH PUM CAWANGAN PERAK DAN TELAH SEKIAN LAMA BERNAUNG DI BAWAH PUM. DAN TELAH TERBINA CAWANGAN-CAWANGAN MTQ ADDIN DI SERATA NEGERI PERAK.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1698911636.jpg

58 PELAJAR ADDIN TEAH KHATAM ALQURAN & LULUS UJIAN PRA SYAHADAH SESI 2023 ( MAC - OKTOBER _

TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT SELURUH CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN YANG TELAH TERSENARAI SEBAGAI :

"CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN TERBAIK DALAM MELAHIRKAN PARA HUFFAZ DAN PARA PELAJAR YANG LULUS UJIAN PRA SYAHADAH SESI 2023 MAC - OKTOBER"

KATEGORI PRA SYAHADAH :

MENENGAH RENDAH

MTQ ADDIN 07 TAMBUN : 7 PELAJAR
MTQ ADDIN 03 KETIOR : 4 PELAJAR
MTQ ADDIN 11 SERUAN ISLAM : 2 PELAJAR
MTQ ADDIN 10 SG KATI : 1 PELAJAR

MENENGAH ATAS 


MTQ ADDIN 04 TAPAH  : 2 PELAJAR
MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR : 2 PELAJAR


PELAJAR KHATAM KATEGORI MENENGAH BAWAH

MTQ ADDIN 13 KG.BUAIA : 3 PELAJAR
MTQ ADDIN 14 KAYAN  : 2 PELAJAR
MTQ ADDIN SERUAN 11 ISLAM : 2 PELAJAR
MTQ ADDIN 12 CHANGKAT CERMIN : 1 PELAJAR
MTQ ADDIN 01 HUTAN MELINTANG : 1 PELAJAR

PELAJAR KHATAM KATEGORI MENENGAH ATAS

MTQ ADDIN 04 TAPAH : 13 PELAJAR
MTQ ADDIN MALIM NAWAR : 3 PELAJAR
MTQ ADDIN 08 AIR KUNING : 3 PELAJAR
MTQ ADDIN 06 PADANG RENGAS : 2 PELAJAR

PELAJAR KHATAM KATEGORI TAHFIZ VOKASIONAL

MTQ ADDIN VOKASIONAL 05 PENGKALAN HULU : 7 PELAJAR
MTQ ADDIN VOKASIONAL BAGAN DATUK : 2 PELAJAR


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU DAN MENDOAKAN, TERUTAMA SEKALI IBUBAPA DAN PARA PENDERMA YANG ISTIQAMAH MEMBANTU PIHAK MAAHAD TAHFIZ ADDIN. ALHAMDULILLAH WALAUPUN DALAM TEMPOH YANG MENCABAR, SETIAP CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN TETAP TERUS BERUSAHA UNTUK BERJAYA DENGAN CEMERLANG MELAHIRKAN PARA HUFFAZ DAN PARA PELAJAR YANG LULUS UJIAN PRA SYAHADAH.

SEMOGA SELURUH WARGA MAAHAD TAHFIZ ADDIN TERUS DIPERMUDAHKAN DAN DIBANTU ALLAH DALAM MELAHIRKAN PARA HUFFAZ YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT.