https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_038_1621683242.jpg

MAKLUMAN PELAKSANAAN PDP DI RUMAH (PKP 3.0)

MEMO
TARIKH : 17 MEI 2021
KEPADA : SELURUH CAWANGAN MTQ ADDIN
PERKARA : MAKLUMAN PELAKSANAAN PDP DI RUMAH

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1621527793jpeg

ستاتيستيک ڤلاجر ختم القرءان دان ڤرا شهادة 2020

 

ALHAMDULILLAH , PADA TAHUN 2020 SELURUH 23 CAWANGAN ADDIN TELAH MELAHIRKAN 121 PELAJAR KHATAM DAN 37 PELAJAR LULUS UJIAN PRA SYAHADAH , WALAUPUN KELAS DIADAKAN SECARA ONLINE , GURU - GURU TETAP MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK DALAM USAHA UNTUK MELAHIRKAN PENGHAFAZ - PENGHAFAZ AL-QURAN.

MOGA ALLAH SWT TERUS MEMBANTU PIHAK KAMI DALAM MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PARA HUFFAZ WALAUPUN DALAM KEADAAN KITA DIUJI DENGAN COVID - 19.TERIMA KASIH JUGA BUAT PENYUMBANG YANG TERUS MEMBANTU KAMI SECARA LANSUNG DAN TIDAK LANSUNG. MOGA ALLAH MENERIMA DAN MENJADIKAN SUMBANGAN ANDA SEBAGAI SAHAM DI HARI AKHIRAT KELAK .


BERIKUT ADALAH SENARAI CAWANGAN DAN JUMLAH PELAJAR MENGIKUT KATEGORI :

 

 

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_038_1621524006.JPG

(ASIS) لاڤورن بهاݢين ماده ڤڠݢوناءن سيستم

تهنيئه كڤد چاوڠن معهد تحفيظ القرءان والقرا‌ءات الدين منڠه رنده يڠ چمرلڠ دالم

كحاضيرن سوبجيك (ASIS) ڤڠݢوناءن سيستم

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1621223507.jpg

PUASA 6

PUASA ENAM MENAMPUNG KEKURANGAN
===========
1. ANTARA HIKMAH DISYARIATKAN PUASA ENAM IALAH SUPAYA AMALAN SUNAT INI MEMBANTU MENAMPUNG KEKURANGAN YANG BERLAKU DALAM IBADAH FARDU PUASA RAMADAN. MEREKA YANG BERPANDANGAN SEBEGINI MERUJUK KEPADA HADIS YANG MENYEBUTKAN TENTANG KEKURANGAN SOLAT FARDU AKAN DITAMPUNG DENGAN AMALAN SOLAT SUNAT. RASULULLAH BERSABDA:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“PERKARA PERTAMA YANG AKAN DIHITUNG OLEH ALLAH PADA HARI KIAMAT NANTI ADALAH SOLAT. ALLAH BERKATA KEPADA MALAIKAT: PERHATIKAN SOLAT HAMBAKU, APAKAH IANYA SEMPURNA ATAU ADA KEKURANGAN. SEKIRANYA SOLATNYA SEMPURNA, MAKA TULISKAN BAGINYA PAHALA YANG SEMPURNA. NAMUN SEKIRANYA ADA KEKURANGAN, MAKA LIHATLAH ANDAI SEKIRANYA HAMBAKU ADA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT. SEKIRANYA DIA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT, MAKA SEMPURNAKANNYA PAHALA SOLAT FARDUNYA ITU TADI DENGAN PAHALA SOLAT SUNAT KEMUDIAN AMBILLAH PAHALA AMALAN TERSEBUT DAN BERIKANLAH GANJARAN. (HR ABU DAUD).
 
2. DALAM MENJELASKAN MENGENAI PERKARA INI AL-IMAM IBN RAJAB MENJELASKAN:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
"SESUNGGUHNYA PUASA ENAM DAN PUASA SYAABAN ADALAH SEPERTI AMALAN SOLAT SUNAT RAWATIB SEBELUM DAN SESUDAH SOLAT FARDU. AMALAN SUNAT INI MENAMPUNG KEKURANGAN YANG ADA PADA AMALAN FARDU TERSEBUT SEKIRANYA BERLAKU KELOMPONGAN PADA AMALAN FARDU." (LATAIF MAARIF)
 
3. SELAIN ITU, PUASA ENAM TURUT DIKATAKAN MENYEMPURNAKAN PAHALA AMALAN BERPUASA SELAMA SETAHUN. INI BERDASARKAN HADIS NABI YANG MENYEBUTKAN:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“BARANGSIAPA YANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN ENAM HARI DI BULAN SYAWAL, IANYA BERSAMAAN DENGAN BERPUASA SEPANJANG TAHUN.” (HR MUSLIM)
 
4. PARA SARJANA HADIS MENJELASKAN BAHAWA SETIAP AMALAN MANUSIA AKAN DILIPATKALI-GANDAKAN MENJADI 10 PAHALA. INI BERDASARKAN HADIS YANG MENYEBUTKAN:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“ALLAH MENJADIKAN SETIAP KEBAIKAN DENGAN SEPULUH KALIGANDA GANJARAN. MAKA PUASA SEBULAN ITU (SEKIRANYA DIGANDAKAN DENGAN SEPULUH AKAN) BERSAMAAN PUASA 10 BULAN, DAN PUASA ENAM (PAHALA YANG MENJADI 60 HARI BERSAMAAN 2 BULAN) AKAN MELENGKAPKAN BILANGAN PUASA SEPERTI PUASA SETAHUN.” (HR AL-NASA’I)
 
5. LALU SEMENTARA KITA DUDUK DI RUMAH DAN TIDAK KE MANA-MANA INI, MARILAH BERUSAHA MENUNAIKAN IBADAH PUASA ENAM. SEMOGA ALLAH MEMBIMBING KITA.
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1621223041.jpg

SELAMAT HARI GURU

JASAMU DIKENANG, BUDIMU DIJULANG. KASIHMU TAK TERBILANG.
SEMOGA SEMUA ILMU YANG CIKGU BERIKAN MENJADI PAHALA YANG MENGALIR TANPA HENTI.
MURID YANG ADA PADA HARI INI MERUPAKAN GENERASI PEWARIS MASA HADAPAN NEGARA.
OLEH HAL DEMIKIAN, ADALAH PENTING UNTUK GURU MENANAM DALAM JIWA MURIDNYA AKAN KECINTAAN DAN DAHAGA KEPADA ILMU.
KECINTAAN MEREKA KEPADA ILMU AKAN MELAHIRKAN GENERASI BAHARU YANG LEBIH GEMILANG DALAM PELBAGAI ASPEK KEHIDUPAN.
 
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK KHAS DARI KAMI :
JEMAAH PENGURUSAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN ( JPM ADDIN )
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1620015789.jpg

MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN KE AKAUN SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

TUAN / PUAN DENGAN SEGALA HORMATNYA, PERKARA DI ATAS ADALAH DIRUJUK. SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MAAHAD (JPM ADDIN) TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA : WARIS PELAJAR PERLU MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN BULANAN TERUS KE DALAM AKAUN SEKOLAH MASING-MASING. HAL INI KERANA ADA SEGELINTIR WARIS MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN KE DALAM AKAUN JPM TUALANG SEKAH / ADDIN GLOBAL ENT. YURAN PERSEKOLAHAN TAHUNAN PELAJAR ADALAH BERJUMLAH RM 4,200.00. JUSTERU ITU, IBU BAPA BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP BULAN DENGAN JUMLAH MINIMUM IAITU SEBANYAK RM 350.00 ADALAH DIHARAPKAN SEMUA STAF MENGAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN BERHUBUNG DENGAN PERKARA DI ATAS.

SEKIAN, TERIMA KASIH

YANG BENAR,

(A.F USTAZ MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN)

KETUA PEGAWAI PENYELARAS ADDIN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_044_1619572900.png

SALAM NUZUL QURAN 1442H

BULAN RAMADAN MERUPAKAN PENGHULU SEGALA BULAN, PADANYA KEMULIAAN YANG SANGAT BESAR KERANA DITURUNKAN AL-QURAN KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW MELALUI MALAIKAT JIBRAIL ALAIHISSALAM. ANTARA KEMULIAAN AL-QURAN IALAH SUMBER HUKUM UTAMA YANG MENJADI PETUNJUK SERTA KETERANGAN-KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK DAN MENJELASKAN ANTARA YANG BENAR DAN YANG SALAH KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA.

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN INI ADA DIRAKAMKAN DI DALAM SURAH AD-DUKHAN AYAT KE-3, IAITU ALLAH SWT BERFIRMAN, MAKSUDNYA: "SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AL-QURAN ITU PADA MALAM YANG BERKAT, (KAMI BERBUAT DEMIKIAN) KERANA SESUNGGUHNYA KAMI SENTIASA MEMBERI PERINGATAN DAN AMARAN (JANGAN HAMBA-HAMBA KAMI DITIMPA AZAB).

ULAMA MENAFSIRKAN "MALAM YANG BERKAT" ITU IALAH MALAM AL-QADR IAITU MANA-MANA MALAM DALAM BULAN RAMADAN AL MUBARAK YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT UNTUK DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA DAN MENTADABBUR AL-QURAN AGAR IA MENJADI SATU AMALAN KEBIASAAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SERTA DAPAT BERAMAL DENGAN SEGALA ISI KANDUNGANNYA.

LAGI