https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344697.jpg

BERSAMA BERMUNAJAT

YAYASAN ADDIN MENGALU-NGALUKAN WARGA YAYASAN ADDIN, MTQ ADDIN & TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN UNTUK BERSAMA-SAMA BERMUNAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR BALA’ WABAK PENYAKIT COVID 19 DIANGKAT OLEH ALLAH DENGAN SEGERA. BEGITU JUGA KEPADA PESAKIT COVID 19 AGAR DIBERI KESEMBUHAN DAN KESIHATAN YANG BAIK DISAMPING DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PARA BARISAN HADAPAN DAN KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA. BERIKUT DISERTAKAN DOA KHUSUS WABAK COVID 19 YANG DIKELUARKAN OLEH JAB. AGAMA ISLAM PERAK

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344650.jpg

BARISAN EXCO NEGERI PERAK YANG BAHARU 2020

AHLI JAWATANKUASA YAYASAN ADDIN MENJUNJUNG KASIH, MERAFAK SEMBAH KE BAWAH DULI YANG MAHA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH ATAS PERKENAN PEMBENTUKAN AHLI MESYUARAT KERAJAAN (EXCO) NEGERI PERAK YANG BAHARU BAGI TAHUN 2020.

YAYASAN ADDIN MENGHARAPKAN BARISAN KEPIMPINAN BAHARU YANG DIBARISI AGAMAWAN DAN PROFESIONAL INI AKAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH INTEGRITI DEMI KESEJAHTERAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KHUSUSNYA.

“SATU KELUARGA SATU HAFIZ”

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344584.jpg

UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

YAYASAN ADDIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAS PERUNTUKAN YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ( MENTERI AGAMA ) SEBANYAK RM 21 JUTA IAITU BANTUAN ONE-OFF KEPADA TAHFIZ SWASTA, PONDOK, SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN SEKOLAH AGAMA SWASTA YANG BERDAFTAR DI BAWAH JAKIM DI SELURUH NEGARA.

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

RM21 JUTA BANTUAN ONE-OFF KEPADA TAHFIZ SWASTA, PONDOK, SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN SEKOLAH AGAMA SWASTA YANG BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

1. WABAK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEHINGGA KINI MEMBERI KESAN SEDIKIT SEBANYAK KEPADA PARA GURU DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM YANG TERJEJAS TERUTAMANYA DARI SUDUT PENGURUSAN OPERASI DAN SARA DIRI.

2. PRIHATIN DENGAN HAL INI, SAYA MENGUMUMKAN RM21 JUTA BANTUAN ONE-OFF KEPADA TAHFIZ SWASTA, PONDOK, SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN SEKOLAH AGAMA SWASTA YANG BERDAFTAR DI BAWAH JAKIM DI SELURUH NEGARA. BANTUAN ONE-OFF TERSEBUT ADALAH DALAM BENTUK:

A. BANTUAN SARA HIDUP KEPADA GURU-GURU DENGAN KADAR RM800 SEORANG YANG AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA 22, 920 ORANG GURU; DAN

B. BANTUAN PENGURUSAN OPERASI BERTUJUAN MEMBIAYAI KOS PENGURUSAN, UTILITI, SEWAAN DAN LAIN-LAIN PERBELANJAAN OPERASI PADA KIRAAN RM10 PER MURID, KEPADA 2,119 BUAH INSTITUSI PENDIDIKAN DI SELURUH NEGARA

3. BANTUAN ONE-OFF INI ADALAH DARIPADA PERUNTUKAN RM100 JUTA YANG TELAH DISEDIAKAN KEPADA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DI BAWAH BAJET 2020 BERTUJUAN MEMBIAYAI PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF INSTITUSI TAHFIZ, PONDOK DAN SEKOLAH AGAMA BERDAFTAR. PENGHARGAAN DITUJUKAN KEPADA YB SENATOR TENGKU DATO SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ, MENTERI KEWANGAN MALAYSIA ATAS KELULUSAN BAGI PERUNTUKAN BERKENAAN UNTUK TUJUAN TERSEBUT.

4. BESARLAH HARAPAN SAYA AGAR BANTUAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM YANG TERJEJAS AKIBAT PKP. SEKIAN, TERIMA KASIH.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
2 APRIL 2020 BERSAMAAN 8 SYAABAN 1441H

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344531.jpg

TERIMA KASIH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

WARGA YAYASAN ADDIN INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA BARISAN HADAPAN COVID-19 YANG BEKERJA BERTERUSAN DAN MENINGKATKAN TAHAP KESIAPSIAGAAN DAN KEBOLEHUPAYAAN AGAR DAPAT MENANGANI PENULARAN COVID-19

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344476.jpg

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN SETIAUSAHA POLITIK MENTERI AGAMA

TAHNIAH KEPADA YBHG. DATO’ HAJI MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ ATAS LANTIKAN SEBAGAI SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
( HAL EHWAL AGAMA)

 SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA MERAHMATI DAN MEMBERKATI SERTA MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA YBHG. DATO’ DALAM MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI AGAMA.

AAMIIN YA RABBAL ‘ALAMIIN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344398.jpg

MAKLUMAN CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

BERIKUTAN PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI PADA MALAM INI KITA DI MTQ ADDIN JUGA TIDAK TERKECUALI DGN ARAHAN TERSEBUT.

DENGAN ITU DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA MTQ ADDIN / TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN / LOKASI TAMBAHAN DQ MTQ ADDIN 4 TAPAH AKAN DITUTUP MULAI 18.03.2020 HINGGA 31.03.2020.

SEMUA STAFF YG BERKAITAN JUGA ADALAH TERLIBAT.

SEBARANG PERUBAHAN / PINDAAN / PENAMBAHAN ARAHAN ADALAH TERTAKLUK KPD ARAHAN KERAJAAN DARI MASA KESEMASA.

TERIMA KASIH.

HJ MOHD SABRI BIN NORDIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN ADDIN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589344334.jpg

TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN MENTERI BESAR PERAK YANG KE – 13

UCAPAN TAHNIAH DARI YAYASAN ADDIN KEPADA YAB TN. AHMAD FAIZAL DATO’ AZUMU, MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN YANG BAHARU. SEMOGA DENGAN PELANTIKAN INI, DAPAT MEMAJUKAN DAN MEMARTABATKAN “NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN” SERTA MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN NEGERI PERAK. SEMOGA SEMUA AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN LEBIH HEBAT LAGI DARI SEMASA KE SEMASA.

KAMI MENDOAKAN NEGERI PERAK BERADA DALAM NAUNGAN RAHMAT & REDHA ALLAH SWT DIBAWAH KEPIMPINAN YANG BAHARU

LAGI