https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_045_1683009837jpeg

PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 1 2023

PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 1 2023

💥 DARUL QURAN JAKIM MEMPELAWA CALON-CALON YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON MENDUDUKI
PEPERIKSAAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 1 TAHUN 2023

💥 PENGENALAN
SIJIL TAHFIZ MALAYSIA MERUPAKAN SIJIL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM BAGI MEMBERI PERAKUAN KEPADA PENGHAFAZ AL-QURAN DI MALAYSIA.

 

💥 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
WARGANEGARA MALAYSIA;
BERUMUR 17 TAHUN DAN KE ATAS;
TELAH MENGHAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN; DAN
MENGEMUKAKAN SURAT PENGESAHAN / REKOD HAFAZAN 30 JUZUK DARIPADA INSTITUSI ATAU GURU TASMI’.


▪️ 𝑀𝑎𝑘𝑙𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑙𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡, 𝑠𝑖𝑙𝑎 𝑙𝑎𝑦𝑎𝑟𝑖:
HTTPS://WWW.DARULQURAN.GOV.MY/XS/PAGE.PHP?ID=770


💥SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERKAITAN STM, SILA HUBUNGI URUS SETIA PADA WAKTU PEJABAT MELALUI TALIAN 019-9350857 (USTAZAH FATHIN NADHIRAH BINTI SAADON)/ 019-2424543 (USTAZ MOHD ZAINUDIN BIN WAN YUSOFF)/ 013-5095249 (USTAZ ABDUL HAKIM BIN MOHAMAD NADZRI)

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_045_1682944371.jpg

SELAMAT HARI PEKERJA 2023

SELAMAT HARI PEKERJA 2023
 
"SESUNGGUHNYA ALLAH AZZA WA JALLA MENCINTAI SESEORANG YANG APABILA DIA MENGERJAKAN SESUATU KERJA, DIA LAKSANAKAN DENGAN CEMERLANG"
(RIWAYAT AL-TABARANI)
 
"SETINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU-GURU, KAKITANGAN MTQ ADDIN DAN YAYASAN ADDIN SAMADA BKP, BPY, BPE, DAN BPH ATAS USAHA DAN KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MEMASTIKAN PRESTASI PERKHIDMATAN DALAM LANDASAN YANG TERBAIK"
  •  
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_048_1681975543.jpg

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444 H

RAMADAN BAKAL BERLALU PERGI MENINGGALKAN KITA.
DIDOAKAN SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SENTIASA BERSYUKUR
DAN DITERIMA AMALAN KITA SEPANJANG BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.

KINI, LAMBAIAN SYAWAL PULA MENJELMA.
AIDILFITRI HADIR TANDA KEMENANGAN, DISAMBUT DENGAN HATI GEMBIRA.

DIKESEMPATAN INI, YAYASAN ADDIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
كل عام و أنتم بخير

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_045_1681718036.png

PENAZIRAN BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN KE MTQ ADDIN 06 PADANG RENGAS

LAWATAN PENAZIRAN BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN KE MAAHAD TAHFIZ ADDIN 06 PADANG RENGAS

USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN DENGAN DIIRINGI OLEH USTAZ DHIA ADDIN BIN MOHD ZAIN , PEGAWAI PENAZIRAN (KO-KU, SUMUR, KEMBARA INSANIAH, IMAM MUDA) TELAH MENGADAKAN LAWATAN PEMANTAUAN KE MAAHAD TAHFIZ ADDIN 06 PADANG RENGAS PADA 17 APRIL 2023 (ISNIN).

TUJUAN LAWATAN INI IALAH BERKAITAN DENGAN PENAZIRAN SISTEM FAIL KEWANGAN, KOKURIKULUM DI MTQ 06 PADANG RENGAS. SELAIN ITU, PEMANTAUAN PELAKSANAAN KELAS AL-QURAN, REKOD HAFAZAN DAN TAHRIRI, KELAS MADAH, SISTEM SEKOLAH, KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DAN PANTAUAN KETERAMPILAN GURU-GURU JUGA DIBUAT PENAZIRAN SERTA TUGASAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK. 

PEMANTAUAN DIBUAT SECARA BERKALA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH BAGI MEMASTIKAN PENDIDIKAN DAN KESELESAAN PARA PELAJAR TERJAMIN, DAN JUGA MEMASTIKAN KETELUSAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK

SEMOGA DENGAN PEMANTAUAN INI DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_045_1681370542.png

MESYUARAT KONVOKESYEN ADDIN

MESYUARAT KONVOKESYEN ADDIN DIPEJABAT YAYASAN ADDIN

USTAZ MOHD DHIA ADDIN BIN MOHD ZAIN, PEGAWAI PENAZIRAN (KO-KU, SUMUR KEMBARA INSANIAH, IMAM MUDA) MERANGKAP PENGARAH MAJLIS KONVOKESYEN ADDIN DIIRINGI OLEH USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN TELAH MENGADAKAN MESYUARAT KONVOKESYEN ADDIN KALI KE-3 PADA 13 APRIL 2023 (KHAMIS).

TUJUAN MESYUARAT INI IALAH UNTUK MENGETAHUI BIDANG PEMBAHAGIAN TUGAS, PERJALANAN GERAK KERJA DAN PROSEDUR MENERANGKAN TATACARA PENGURUSAN MAJLIS KONVOKESYEN ADDIN DILAKSANAKAN. MESYUARAT INI MERANGKUMI SEMUA TATACARA PENGURUSAN MAJLIS KONVOKESYEN IAITU PERANCANGAN, PERSEDIAAN, PELAKSANAAN, PENILAIAN SEMULA DAN PENAMBAHBAIKAN MAJLIS KONVOKESYEN ADDIN.

MESYUARAT DIBUAT SECARA BERKALA KEPADA CAWANGAN-CAWANGAN ADDIN BAGI MEMASTIKAN PERANCANGAN, PERSEDIAAN, PELAKSANAAN, DAN PENAMBAHBAIKAN DAPAT DICAPAI.

SEMOGA DENGAN MESYUARAT INI DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_045_1681264906.png

PENAZIRAN BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN KE MTQ ADDIN 10 SUNGAI KATI

LAWATAN PENAZIRAN BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN KE MAAHAD TAHFIZ ADDIN 10 SUNGAI KATI

USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN DENGAN DIIRINGI OLEH USTAZ MOHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD FUZI, PEGAWAI PENAZIRAN (MADAH) TELAH MENGADAKAN LAWATAN PEMANTAUAN KE MAAHAD TAHFIZ ADDIN 10 SUNGAI KATI PADA 11 APRIL 2023 (SELASA).

TUJUAN LAWATAN INI IALAH BERKAITAN DENGAN PENAZIRAN SISTEM FAIL KEWANGAN, KURIKULUM DI MTQ 10 SUNGAI KATI. SELAIN ITU, PEMANTAUAN PELAKSANAAN KELAS AL-QURAN, KELAS MADAH, SISTEM SEKOLAH, KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DAN PANTAUAN KETERAMPILAN GURU-GURU JUGA DIBUAT PENAZIRAN SERTA TUGASAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK. 

PEMANTAUAN DIBUAT SECARA BERKALA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH BAGI MEMASTIKAN PENDIDIKAN DAN KESELESAAN PARA PELAJAR TERJAMIN, DAN JUGA MEMASTIKAN KETELUSAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK

SEMOGA DENGAN PEMANTAUAN INI DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_045_1681096680jpeg

PERANG BADAR (PERANG PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM)

PERANG BADAR (ARAB: ØºØ²ÙˆØ© بدر), BERLAKU PADA 17 RAMADAN TAHUN KEDUA HIJRAH (2 H) (17 MAC 624 M) DI HIJAZ, DI BAHAGIAN BARAT SEMENANJUNG ARAB (KINI ARAB SAUDI). IA PERTEMPURAN PENTING DALAM ZAMAN AWAL ISLAM DAN MERUPAKAN TITIK PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN MUHAMMAD SAW DENGAN PIHAK LAWANNYA DI KALANGAN QURAISY DI MAKKAH. PERTEMPURAN INI TELAH DITURUNKAN DALAM SEJARAH ISLAM SEBAGAI KEMENANGAN MUKTAMAD DISEBABKAN CAMPUR TANGAN KETUHANAN ATAU KEPINTARAN MUHAMMAD. WALAUPUN IA SALAH SATU DARIPADA SEDIKIT PERTEMPURAN YANG DISEBUT KHUSUS DALAM KITAB SUCI ISLAM AL-QURAN, HAMPIR KESEMUA PENGETAHUAN SEMASA MENGENAI PERANG DI BADAR BERASAL DARIPADA KETERANGAN TRADISIONAL ISLAM, KEDUA-DUA HADIS DAN SIRAH MUHAMMAD, DITULIS BERDEKAD SELEPAS PERTEMPURAN TERSEBUT.

SEBELUM PERTEMPURAN TERSEBUT, TELAH BERLAKU BEBERAPA PERTEMPURAN KECIL ANTARA PIHAK MUSLIM DAN MAKKAH PADA LEWAT TAHUN 623 M DAN AWAL TAHUN 624, OLEH SEBAB GHAZAWAT MUSLIM MENJADI LEBIH KERAP. WALAU BAGAIMANAPUN BADAR MERUPAKAN PERTEMPURAN SKALA BESAR PERTAMA ANTARA DUA PIHAK INI. SELEPAS MARA KE KEDUDUKAN PERTAHANAN, SAHABAT MUHAMMAD YANG BERDISIPLIN KUAT BERJAYA MEMECAHKAN BARISAN PUAK MAKKAH DAN MEMBUNUH BEBERAPA KETUA QURAISY TERMASUK SATU DARIPADA MUSUH UTAMA MUHAMMAD, AMRU BIN HISHAM. UNTUK MUSLIM AWAL, PERTEMPURAN INI AMAT PENTING KERANA IA MERUPAKAN TANDA PERTAMA YANG MENGGAMBARKAN KEMUNGKINAN AKHIRNYA MEREKA DAPAT MENGALAHKAN MUSUH MEREKA DI MAKKAH. MAKKAH PADA MASA ITU MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KOTA JAHILILYAH YANG PALING KAYA DAN PALING BERKUASA DI SEMENANJUNG ARAB, YANG MENGHANTAR SEPASUKAN TENTERA TIGA KALI LEBIH BESAR DARI PIHAK MUSLIM. KEMENANGAN MUSLIM JUGA MEMBERI ISYARAT KEPADA SUKU LAIN BAHAWA KUASA BARU TELAH BANGKIT DI SEMENANJUNG ARAB DAN JUGA MENGUATKAN KUASA MUHAMMAD SEBAGAI KETUA MASYARAKAT MADINAH YANG SERING BERTELAGAH SEBELUMNYA. SUKU ARAB TEMPATAN MULA MEMELUK ISLAM DAN BERPAKAT DENGAN MUSLIM DARI MADINAH DAN DENGAN DEMIKIANLAH PERKEMBANGAN ISLAM BERMULA.

LAGI

Page 19 of 60