https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1666754381jpeg

JASAMU DIKENANG

SELAMAT BERSARA YBHG. DATO' HJ. MOHD YUSOP BIN HJ. HUSIN, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.

WARGA YAYASAN ADDIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA KHIDMAT BAKTI YANG DICURAHKAN.

KAMI JUGA MENDOAKAN SEMOGA YBHG. DATO' DIRAHMATI ALLAH SWT HENDAKNYA, DIMURAHKAN REZEKI, DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN BERBAHAGIA DISAMPING KELUARGA TERCINTA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_027_1666164895.jpg

TAHNIAH KEPADA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN DALAM PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI PERAK

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR ATAS NIKMAT KURNIAAN-NYA.

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DARI YAYASAN ADDIN BUAT ADIK MUHAMMAD ADZFAR ZIKRI BIN MASTOR DARI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN MALIM NAWAR DAN ADIK MOHAMAD HARRIS MUAZ BIN MOHAMAD NOR AZHAR DARI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 09 CHOPIN.

UNTUK MAKLUMAN, ADIK MUHAMMAD ADZFAR ZIKRI BIN MASTOR MENDAPAT JOHAN DALAM PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK DAN AKAN MEWAKILI NEGERI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 21-23 OKTOBER 2022. MANAKALA ADIK MOHAMAD HARRIS MUAZ BIN MOHAMAD NOR AZHAR MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT.

SENARAI NAMA PESERTA YANG MENGIKUTI ACARA MEMANAH :

  • MTQ ADDIN MALIM NAWAR
  1. MUHAMMAD ADZFAR ZIKRI BIN MASTOR
  2. MUHAMMAD KHAIRUL AZIMAN BIN MOHD KHALILULLAH
  3. MUHAMMAD ZUNNUR FARHAN BIN MUHAMMAD HAZIZI
  4. MUHAMMAD MUKHLIS BIN AZHAR
  • MTQ ADDIN 09 CHOPIN
  1. MOHAMAD HARRIS MUAZ BIN MOHAMAD NOR AZHAR
  2. MUHAMMAD FAKHRUL BIN RUSLI
  3. MUHAMMAD THAQIF ZIHNI BIN MOHD ASRI
  4. MUHAMMAD RAZIQ SHAH BIN MOHD RIZAL
  5. MUHAMMAD WAFRI NIFAIL IFFAD BIN MOHD AZRUL
  6. MUHAMMAD WAFI IMAN BIN MOHD AZRUL

SEMOGA KONTINJEN NEGERI PERAK MENDAPAT KEJAYAAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ

#ALQURANDIHATI

#AKADEMIKCEMERLANG

#KOKOTERHEBAT

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_049_1665550424jpeg

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN ( SPM 2022 )

UJIAN BUKANLAH UNTUK MENGUKUR KEPANDAIAN ,TAPI UNTUK MENGENAL KEPATUHAN KEPADA PROSES BELAJAR. YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM 2022. SEMOGA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. DOA KAMI MENGIRINGI PERJUANGAN PELAJAR-PELAJAR MTQ ADDIN SEKALIAN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_047_1665240438.jpg

SALAM MAULIDUR RASUL 1444 HIJRAH

SALAM MAULIDUR RASUL 1444 HIJRIAH

“SESUNGGUHNYA ALLAH DAN MALAIKATNYA BERSELAWAT (MEMBERI SEGALA PENGHORMATAN DAN KEBAIKAN) KEPADA NABI (MUHAMMAD SAW); WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSELAWATLAH KAMU KEPADANYA SERTA UCAPKANLAH SALAM SEJAHTERA DENGAN PENGHORMATAN YANG SEPENUHNYA.”
AL-AHZAB: 56

MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI TANDA CINTA DAN KASIH KEPADA BAGINDA RASULULLAH.

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

TARIKH YANG PALING BERMAKNA BUAT UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA IAITU 12 RABIULAWAL KERANA TANGGAL 12 HARIBULAN DALAM BULAN INILAH JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW DIPUTERAKAN.

TARIKH PENTING INI ADALAH SATU PERINGATAN PERISTIWA PALING BERSEJARAH YANG DIKENALI SEBAGAI MAULIDUR RASUL DAN DISAMBUT SEBAGAI SATU BENTUK KESYUKURAN TERHADAP RAHMAT ALLAH YANG MENGUTUSKAN SEORANG MANUSIA KE ALAM SEMESTA INI UNTUK MERUBAH SUASANA DAN KEADAAN KEHIDUPAN MANUSIA SEJAGAT KE ARAH KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

SEMOGA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI DAPAT MEMUPUK RASA CINTA DAN SAYANG KEPADA BAGINDA RASULULLAH SAW DI SAMPING MEMPELAJARI KISAH HIDUP BAGINDA DAN MENGIKUTI AJARAN YANG DITUNJUKKAN OLEH BAGINDA DI DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN.

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN 𝖲𝖾𝗅𝖺𝗆𝖺𝗍 𝖬𝖾𝗇𝗒𝖺𝗆𝖻𝗎𝗍 𝖧𝖺𝗋𝗂 𝖬𝖺𝗎𝗅𝗂𝖽𝗎𝗋 𝖱𝖺𝗌𝗎𝗅 𝟣𝟦𝟦4𝖧/𝟤𝟢𝟤𝟤 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗅𝗎𝗋𝗎𝗁 𝗎𝗆𝖺𝗍 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆, 𝗄𝗁𝗎𝗌𝗎𝗌𝗇𝗒𝖺 𝖽𝗂 𝖬𝖺𝗅𝖺𝗒𝗌𝗂𝖺.
𝖡𝖾𝗋𝗍𝖾𝗆𝖺𝗄𝖺𝗇 "𝖪𝖾𝗅𝗎𝖺𝗋𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗅𝖺𝗒𝗌𝗂𝖺 𝖯𝖾𝗆𝖺𝗇𝗀𝗄𝗂𝗇 𝖪𝖾𝗆𝖺𝗄𝗆𝗎𝗋𝖺𝗇"

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_047_1665030596.png

BENGKEL PENGIRAAN ZAKAT HARTA

5HB OKTOBER 2022 (RABU) - TELAH BERLANGSUNG BENGKEL PENGIRAAN ZAKAT HARTA YANG DIANJURKAN OLEH BAHAGIAN PENGURUSAN ZAKAT YAYASAN ADDIN UNTUK SEMUA AMIL-AMIL LANTIKAN INSTITUSI DI BAWAH MAIPK. BENGKEL INI JUGA TURUT DIHADIRI OLEH PENGETUA-PENGETUA MTQ ADDIN PERAK DAN KAKITANGAN-KAKITANGAN YAYASAN ADDIN.

BENGKEL INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMANTAPKAN LAGI ILMU TERUTAMA DALAM URUSAN KIRAAN ZAKAT YANG MANA DAPAT MEMBANTU AMIL-AMIL DALAM PROSES KUTIPAN ZAKAT.

SEMOGA DENGAN MENGHADIRI BENGKEL INI DAPAT MEMBANTU AMIL-AMIL DAN KAKITANGAN YAYASAN ADDIN DALAM MEMANTAPKAN LAGI KEBERKESANAN KUTIPAN ZAKAT YANG MERUPAKAN SALAH SATU KEWAJIPAN KE ATAS ORANG ISLAM.

-BERZAKAT MEMBANGUNKAN UMMAH-