https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1598315780.jpg

HUFFAZ CEMERLANG - TERIMA SKIM GALAKAN TAHFIZ YAYASAN ADDIN

TAPAH, 17 OGOS 2020 - YAYASAN ADDIN TELAH MENYAMPAIKAN SKIM GALAKAN TAHFIZ YAYASAN ADDIN KEPADA PARA PELAJAR DIPLOMA YANG BERKELAYAKAN.

SKIM INI BERDASARKAN KEMAJUAN AKADEMIK PELAJAR DALAM SETIAP PEPERIKSAAN SEMESTER. SETIAP SUMBANGAN YANG MASYARAKAT SALURKAN MELALUI YAYASAN ADDIN, KAMI AKAN AGIHKAN KEPADA PELAJAR DAN SEKOLAH MELALUI PELBAGAI SKIM DAN BANTUAN YANG TELAH DITETAPKAN. SEHUBUNGAN ITU, KAMI SENTIASA MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DAN BANTUAN DARI MASYARAKAT SETIAP MASA BAGI MENINGKATKAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN INSTITUSI TAHFIZ DI BAWAH PENTADBIRAN YAYASAN ADDIN.

DALAM UCAPAN PERASMIAN MAJLIS INI, KERAJAAN NEGERI PERAK MELALUI JAWATANKUASA AGAMA ISLAM DAN PENERANGAN JUGA AKAN PERTIMBANG BEBERAPA INISIATIF BAGI MEMBANTU PEMBANGUNAN TAHFIZ SWASTA TERMASUK SKIM GALAKAN TAHFIZ.

PENGERUSINYA, YB MOHD AKMAL KAMARUDIN BERKATA, SKIM TERSEBUT DIANUGERAHKAN OLEH YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN PERAK KEPADA PELAJAR DIPLOMA YANG CEMERLANG BAGI MENINGKATKAN MOTIVASI MEREKA UNTUK TERUS BERJAYA.

“MELIHAT KEPADA PENGHARGAAN YANG DIBERIKAN HARI INI UNTUK HUFFAZ YANG BERJAYA, SAYA PASTI IA AKAN MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT BAGI HUFFAZ YANG LAIN UNTUK TURUT CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG.
 
 
 
"SETAKAT INI, HANYA YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN PERAK SAHAJA YANG MELAKSANAKAN INISIATIF TERSEBUT DAN MELIBATKAN 10 PELAJAR SAHAJA BAGI SESI KALI INI" TEGASNYA SEMASA MENYAMPAIKAN SKIM GALAKAN DENGAN JUMLAH TERKUMPUL SEBANYAK RM13,000 ITU.
 
DALAM PADA ITU, MOHD AKMAL TURUT MENYAMPAIKAN AGIHAN ZAKAT PENDIDIKAN BERJUMLAH RM200,000 KEPADA 176 PENERIMA YANG TERDIRI DARIPADA ASNAF GHORIMIN, MISKIN, FISABILILLAH DAN AMIL.
 
MENURUTNYA, BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN YANG DISALURKAN ADALAH BERTEPATAN KEHENDAK HUKUM SYARAK YANG MEMENTINGKAN UMAT ISLAM SUPAYA GIGIH MENUNTUT ILMU TIDAK KIRA STATUS EKONOMI MEREKA.
 
 
 
“MENUNTUT ILMU ADALAH KEWAJIPAN BAGI SETIAP ORANG ISLAM” JELASNYA MEMETIK HADITH RIWAYAT AS-SUYUTI DAN TABRANI.
 
MENURUTNYA LAGI, KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT MELALUI SKIM DAN ZAKAT PENDIDIKAN INI MERUPAKAN FAKTOR PENTING DALAM PROJEK JANGKA PANJANG BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN.
 
YAYASAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN PERAK ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI YAYASAN ADDIN MERUPAKAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) BERTERASKAN KEBAJIKAN BAGI MEMAJUKAN WAQAF ORANG RAMAI.
 
 
 
BEROPERASI SEJAK25 TAHUN LALU, YAYASAN ADDIN KINI TURUT MENAWARKAN PENGAJIAN DI BEBERAPA PERINGKAT TERMASUK PERINGKAT MENENGAH RENDAH, MENENGAH ATAS, TAHFIZ VOKASIONAL DAN DIPLOMA DI 23 MTQ ADDIN SELURUH PERAK TERMASUK SATU DI SEMENYIH, SELANGOR.
 
TURUT HADIR DALAM MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT MAIPK - YAYASAN ADDIN, MEWAKILI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPK), MOHD HAIDI SULAIMAN, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK (JAIPK), DATO’ MOHD YUSOP HUSIN DAN PENGERUSI YAYASAN ADDIN, DATO’ SHEIKH MOHAMAD NOR MANSOR.
 
 
 
 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1597392322.jpg

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANAK ADDIN

الحمد لله
لا حول و لا قوة إلا بالله العلي العظيم.
هذا من فضل ربي
TERLAKAR LAGI 1 SEJARAH BERMAKNA BUAT
MAAHAD TAHFIZ ALQURAN WAL QIRAAT ADDIN
APABILA SEORANG LAGI PELAJAR KAMI
🧕🏻 NUR SYAHIRAH BINTI MOHD SABRI
PADA 12 OGOS 2020, SELASA - ALHAMDULILLAH, PADA MAJLIS PENUTUPAN E-STREAM WAVES 2020 ANJURAN UTP, SALAH SEORANG PELAJAR KAMI IAITU "NUR SYAHIRAH BINTI MOHD SABRI" TERSENARAI DALAM PENERIMA HADIAH GANGSA DALAM ACARA PITCHING COMPETITION (SENIOR).
PADA BULAN JULAI YANG LALU PIHAK UTP TELAH MENGANJURKAN PROGRAM E-STREAM WAVES 2020 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK DAN ATOMIC ENERGY LICENSING BOARD.
BEBERAPA ACARA ATAU AKTIVITI TELAH DIPERTANDINGKAN SECARA ATAS TALIAN. ANTARANYA IALAH MY VOICE VIDEO COMPETITION, PITCHING VIDEO COMPETITION DAN PELBAGAI LAGI, TERBUKA KEPADA PERINGKAT RENDAH DAN MENENGAH.
BERUNTUNGLAH MEREKA YANG SENTIASA MENGHULURKAN BANTUAN BAGI MEMBANTU ANAK2 TAHFIZ INI..
INILAH SAHAM AKHIRAT KITA YANG BERPANJANGAN
SOKONGAN DAN BANTUAN DARI PIHAK TUAN/ PUAN AMAT KAMI HARAPKAN DEMI UNTUK MERIALISASIKAN IMPIAN YANG MURNI INI..
SEMOGA DENGAN BERKAT KITA MEMBANTU ANAK2 TAHFIZ INI, KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENDAPAT SYAFAAT AL QURAN DIAKHIRAT KELAK...AMIIN...
 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1597105511.jpg

MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN ZAKAT - MAIPK

INSYAALLAH YAYASAN ADDIN AKAN AGIHKAN ZAKAT KEPADA 20 BUAH MTQ ADDIN BERJUMLAH LEBIH RM200K.
DALAM MAJLIS INI JUGA AKAN DISAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO COVID-19 SERTA PENERIMA HADIAH SKIM GALAKAN TAHFIZ YAYASAN ADDIN BERNILAI RM17,430.00.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBAYAR ZAKAT MELALUI YAYASAN ADDIN.
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1596614844.jpg

TERIMA KASIH KEPADA PEWAKAF

KELEBIHAN BERWAKAF

WAKAF ADALAH SATU IBADAH MENYERAHKAN HARTA YANG KITA MILIKI UNTUK KEGUNAAN UMAT ISLAM DENGAN NIAT SEBAGAI IBADAH UNTUK MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
PARA FUQAHAH (AHLI FIQH DAN ULAMA’) BERPENDAPAT AMALAN WAKAF MERUPAKAN IBADAH YANG BERBENTUK SEDEKAH JARIAH YANG MENJANJIKAN GANJARAN PAHALA YANG BERKEKALAN DAN MENGALIR TERUS KEPADA PEWAKAF BUAT SELAMA-LAMANYA DAN SANGAT DITUNTUT DALAM AGAMA ISLAM.


IA MERUPAKAN SUATU AMAL SOLEH YANG MANA PAHALANYA AKAN DIBERIKAN SECARA BERTERUSAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TAALA KEPADA PEWAKAF SELAGI MANA HARTA ATAU AIN YANG DIWAKAFKAN ITU KEKAL DAN DIMANFAATKAN OLEH ORANG RAMAI.
KEDUDUKAN HARTA WAKAF ADALAH KEKAL SEBAGAI HAK ALLAH TAALA, DENGAN DEMIKIAN KEDUDUKAN HARTA WAQAF TIDAK BOLEH DIMILIKI, DIJUAL, DIHIBAH ( DIBERI ) , DIWARISI DAN DIPUSAKAI.

RASULULLAH S.A.W SENDIRI AMAT MENGGALAKKAN UMATNYA SUPAYA MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH JARIAH SEBAGAIMANA HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH ABU HURAIRAH R.A YANG BERMAKSUD :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

MAKSUDNYA :-

“ APABILA MATINYA SESEORANG ANAK ADAM ITU MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH JARIAH , ILMU YANG DIMANFAATKANNYA DAN ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

( HADIS RIWAYAT MUSLIM )

 

TERIMA KASIH DIUCAPKAN BUAT PUAN HAZIZAH ATAS SUMBANGAN PENAPIS AIR COWAY DI PEJABAT KAMI. SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA JASA BAIK PUAN SEISI KELUARGA, DIKURNIAKAN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT. AMEN

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN PENAPIS AIR ATAU PRODUK COWAY YANG LAIN BOLEH SEGERA HUBUNGI SAUDARA ASYRAF (0125933976) UNTUK URUSAN LANJUT.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1596613038.jpg

BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

PROGRAM MENGIBAR JALUR GEMILANG.. 
2 OGOS 2020. PROGRAM INI ANJURAN GABUNGAN NGO PRIHATIN PERAK, MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN RUKUN TETANGGA KINTA HEIGHTS BERTEMPAT DI PERKARANGAN PANGSAPURI KINTA HEIGHTS IPOH PERAK. 
YAYASAN ADDIN JUGA TIDAK KETINGGALAN DALAM MENANAMKAN SEMANGAT PATRIOTIK DI KALANGAN WARGANYA DENGAN MENGHANTAR WAKIL DALAM SETIAP PROGRAM SEBEGINI.