https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1691460744.jpg

PENYERTAAN PELAJAR ADDIN DI AKADEMI HUFFAZ SIRI 3 ANJURAN INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK

ALHAMDULILLAH , PADA MINGGU INI , SEKALI LAGI WAKIL - WAKIL PELAJAR DARI BEBERAPA CAWANGAN MTQ ADDIN TELAH MENYERTAI AKADEMI HUFFAZ ANJURAN INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM) BAGI SIRI KE 3.


TERIMA KASIH JUGA KEPADA PIHAK INTIM KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA WARGA ADDIN UNTUK MENYERTAI AKADEMI HUFFAZ INI, MOGA - MOGA DENGAN PENYERTAAN AKADEMI INI, PELAJAR - PELAJAR DAPAT DIASAH BAKAT MEREKA DAN MEMANTAPKAN LAGI ILMU AL-QURAN MEREKA.

CAWANGAN (PELAJAR) YANG TELAH MENYERTAI AKADEMI HUFFAZ INI ADALAH :

PESERTA PEREMPUAN
1) M.SAYEDA NUR MASHIRA BT MOHIBULLAH
2) NUR QASEH QAZRINA BUNTI ZAMARUZAMAN
3) ZUNNURAIN MUNIRAH BINTI MOHD ZULFAUZI
: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 11 SERUAN ISLAM

4)RAUDATUL SAADAH BT AZMI
5)NUR UMAIRAH BINTI MOHD SHAHLAN
: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 13 KG.BUAIA

PESERTA LELAKI
1) MUHAMMAD HARITH FAIZ BIN MOHD PARHAN
: MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 10 KG SG KATI

 
2)MUHAMMAD ARIF IRFAN BIN MOHD RISLIDAN
3)MUHAMMAD HANIF BIN SUHAIMI
: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 04 TAPAH

4)MUHAMMAD FARHAN BIN ROSLI
: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 17 AIR KUNING

=====================================

AKADEMI HUFFAZ SIRI 3
TARIKH : 5 - 6 OGOS 2023
SASARAN PESERTA :

PESERTA HAFAZAN MTHQ NEGERI PERAK
PENCERAMAH:

A.F.TUAN HAJI RADZI BIN KAMARUL HAILAN
A.F. USTAZ FAKHRURROZI BIN BAHARUDDIN
A.F. USTAZ ABDUL HAKIM BIN RAZALI
A.F. USTAZAH NOR HAMIZAH BINTI ISMAIL

PENYELARAS KURSUS:
USTAZAH NURUL WAHIDAH BINTI AZIZAN
PEMBANTU PENYELARAS:
ENCIK MOHD HANAFI BIN SIBUN

JURU FOTO:
ENCIK SHAIRUL LATIF BINTI SALEHUDIN

 

   

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_049_1691377908.png

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEMESTER SATU

7 OGOS 2023 - 18 OGOS 2023

FIRMAN ALLAH SWT: 

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا

MAKSUDNYA: "WAHAI TUHAN KAMI! KURNIAKANLAH KAMI RAHMAT DARIPADA SISI-MU, DAN BERILAH KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SERTA PIMPINAN KEPADA KAMI UNTUK KESELAMATAN AGAMA KAMI."(SURAH AL-KAHFI: AYAT 10)

SEMPENA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, YAYASAN ADDIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEMESTER SATU KEPADA SEMUA PELAJAR MTQ ADDIN DI SELURUH CAWANGAN.

SEMOGA DIBERIKAN KELANCARAN SERTA KEMUDAHAN MENJAWAB DENGAN CEMERLANG. SETERUSNYA, SEMOGA SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN DAPAT MEMPEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

بالتوفيق والنجاح

 

 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_052_1691380508.png

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

04 OGOS 2023 - MENJELANG SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-66 BAGI TAHUN 2023 DENGAN TEMA TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN, YAYASAN ADDIN MENYERU KEPADA SEMUA WARGA ADDIN MENYATAKAN RASA CINTA DAN SEMANGAT PATRIOTIK TERHADAP TANAH AIR. MAJLIS PERASMIAN DIMULAI DENGAN ALUNAN NASYID ASMAUL HUSNA DAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU. KEMUDIAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN BACAAN SURAH AL-KAHFI DISAMPAIKAN OLEH AF USTAZ KAMARUZAMAN BIN DAUD DAN TADABBUR AYAT AL-KAHFI DIKONGSIKAN OLEH AF USTAZ MEGAT FIRDAUS DAN MEGAT BASRI. 

MAJLIS PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH AF TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN SELAKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN. ANTARA PERKONGSIAN DARI UCAPAN BELIAU IALAH: 

  • MENGAMBIL PELUANG MENGHAYATI MAKNA SEBENAR KEMERDEKAAN.
  • MEMBERI PELUANG KEPADA PARA PEMUDA DAN PEMUDI DALAM MELIBATKAN DIRI DENGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KHIDMAT BAKTI KEPADA MASYARAKAT.
  • MENJADIKAN KHALIFAH ISLAM SERTA SRIKANDI SEBAGAI CONTOH TELADAN KEPADA SEMANGAT PERJUANGAN DALAM PENGHIJRAHAN NABI KETIKA MENYEBARKAN DAKWAH ISLAM.
  • MEMBEBASKAN DIRI DARI PENJAJAHAN ERTINYA LUAS. BEBAS DAN MERDEKA HARUSLAH MELALUI PANDUAN. JARUM-JARUM BARAT YANG MENYERAP MASUK KE DALAM DIRI PEMUDA MASA KINI MELALUI MEDIA MASSA BANYAK MEROSAKKAN DAN SANGAT BERBAHAYA SERTA CARA PALING MUDAH UNTUK MENJARAH MINDA DAN JATI DIRI BANGSA.
  • MERDEKA DALAM ERTI KATA ISLAM, MERDEKANYA MANUSIA DARIPADA KESESATAN DAN KEZALIMAN KEPADA KEBENARAN DAN KEADILAN. NABI SAW MEMBAWA ISLAM MENJADIKAN IA SIMBOL KEMERDEKAAN MANUSIA DARIPADA SEGALA BENTUK BELENGGU DAN PENJAJAHAN KEPADA KEBEBASAN YANG SEBENAR AGAR MANUSIA TIDAK TUNDUK DAN TAKUT KEPADA MANA-MANA MAKHLUK ATAU KUASA SELAIN ALLAH SWT.

 

 

“KEMERDEKAAN YANG SEBENAR ADALAH KEMERDEKAAN MINDA DAN JIWA YANG DIPUPUK MENERUSI PEMBINAAN JATI DIRI YANG DIBENTUK OLEH EMPAT ASPEK UTAMA: AGAMA, BAHASA, PENDIDIKAN DAN SIKAP (AKHLAK). ASPEK TERPENTING DI ANTARA KEEMPAT-EMPAT ITU SUDAH TENTULAH AGAMA.” - PENDETA ZA’BA