https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_047_1659409331.png

MOGA ALLAH MERAHMATI ALMARHUMAH

YAYASAN ADDIN MENERIMA KHABAR DUKA PEMERGIAN PUAN SITI HANIPAH BINTI CHE GHAZALI YANG JUGA MERUPAKAN SEORANG TUKANG MASAK DI  MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT (MTQ)  ADDIN 6 PADANG RENGAS , KUALA KANGSAR PERAK.

ALLAHYARHAM MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PADA 2 OGOS 2022 PADA PAGI SELASA ITU DI HOSPITAL KUALA KANGSAR.

SALAM TAKZIAH DARI KAMI WARGA YAYASAN ADDIN. SEMOGA ARWAH DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN DAN SOLEHAH. DAN SEMOGA SELURUH AHLI KELUARGA TABAH DAN KUAT MENGHADAPI DUGAAN ALLAH. DARINYA KITA HIDUP , DAN KEPADANYA KITA KEMBALI.

AL - FATIHAH.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1659312836.jpg

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 1444H

SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022 - AWAL MUHARAM | 1 MUHARRAM 1444H (AWAL MUHARRAM) AKAN JATUH PADA TARIKH 30 JULAI 2022 IAITU HARI SABTU. IANYA ADALAH MERUPAKAN TARIKH CUTI UMUM BUAT RAKYAT MALAYSIA. AWAL MUHARRAM ATAU MAAL HIJRAH MERUPAKAN SUATU HARI YANG PENTING BAGI UMAT ISLAM KERANA MENANDAKAN PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU DALAM SEJARAH ISLAM IAITU MEMPERINGATI PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W DARI KOTA MAKKAH KE MADINAH PADA TAHUN 622 MASIHI.

PERISTIWA BERSEJARAH ITU BERLAKU PADA 1 MUHARAM TAHUN BARU BAGI TAKWIM HIJRAH. NAMUN TAHUN HIJRAH RASULULLAH SAW DARI MEKAH KE MADINAH ITU DIAMBIL SEBAGAI PERMULAAN KIRAAN BAGI KALENDAR HIJRAH.

DI MALAYSIA HARI TERSEBUT MERUPAKAN HARI KEAGAMAAN BAGI UMAT ISLAM DENGAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT DI MASJID-MASJID DI SELURUH NEGARA. HARI MAAL HIJRAH ATAU AWAL MUHARRAM MERUPAKAN HARI CUTI UMUM DI MALAYSIA.

DAN TEMA UNTUK MAAL HIJRAH TAHUN 1444H ADALAH 'MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI'


SEMOGA KITA SEMUA BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKAN, PENUH KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT DAN NABI JUNJUNGAN KITA RASULULLAH S.A.W. JUGA KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW AGAR DAPAT DI PERKUKUHKAN.

DENGAN USIA YANG SEMAKIN MENINGKAT, DI KALA RUMAH KATA PERGI DAN KUBUR KATA MARI, ELOK KITA PERBANYAKKAN IBADAT, KURANGKAN PERKARA LAGHA MENERUSI INTERNET DAN GAJET. JANGAN SEMBERONO MENGUNDANG DOSA KERING DENGAN MEMUAT NAIK ATAU FORWARD BAHAN-BAHAN ATAU CERITA SEBELUM DIPASTIKAN KEBENARANNYA.
 
DEMIKIAN JUGA LEBIH BAIK DIAM DARIPADA BERKATA-KATA YANG TIDAK MEMBAWA MANFAAT ATAU MENGUNGKAPKAN PERKATAAN YANG ME­NYAKITI ORANG LAIN.
 
UNTUK ITU, MARI KITA PASTIKAN DIRI KITA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN HIJRAH. MARILAH KITA BERAZAM DAN BERUSAHA MENINGGALKAN SEGALA PERBUATAN YANG DILARANG OLEH ALLAH SERTA MELAZIMI PERKARA YANG DISURUH OLEH ISLAM.
 
YAYASAN ADDIN
BKP
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_047_1658895720.png

MISI BANTUAN PRIHATIN BALING , KEDAH 2.0 ( PERSATUAN KEMBARA INSANIAH PERAK )

PADA 24 JULAI 2022 YANG LALU , PERSATUAN KEMBARA INSANIAH PERAK CAWANGAN PENGKALAN HULU DIBAWAH YAYASAN ADDIN PERAK BERSAMA-SAMA DENGAN NGO WANITA PRIHATIN PERAK TURUN KE LAPANGAN UNTUK MELIHAT KEADAAN SITUASI TERKINI SAMBIL MENGHULUR BANTUAN DARI SUMBANGAN ORANG RAMAI.

KUNJUNGAN KALI INI TELAH MENYUMBANG SEBANYAK 40 NASKAH AL QURAN WAKAF KEPADA WAKIL KETUA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG.SADEK BALING DAN JUGA WANG TUNAI KEPADA 19 WAKIL AHLI KELUARGA YANG TERLIBAT BANJIR.

PERSATUAN KEMBARA INSANIAH PERAK (PKIP) TELAH DIWAKILI OLEH USTAZ YUSOF DAN 4 PELAJAR MTQ ADDIN 05 PENGKALAN HULU DAN TURUT SERTA USTAZ MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN SELAKU PENYELARAS KELAB KEMBARA INSANIAH.

PADA TEMPOH HARI , TURUT JUGA TURUN KE LAPANGAN MELAWAT KAWASAN RUMAH YANG TERJEJAS TERUK DAN BERJUMPA DENGAN WARIS UNTUK MENDENGAR SITUASI DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MEREKA. SEMOGA BANTUAN DAN SEDIKIT WANG SAKU YANG TELAH DIHULURKAN DAPAT MERINGANKAN WALAU SEKECIL-KECIL BEBANAN YANG DITANGGUNG, DAN MENENANGKAN JIWA PARA INSAN YANG DIUJI OLEH ALLAH SWT INI. TERIMA KASIH BUAT PENDERMA YANG TELAH MENYUMBANG UNTUK KEPADA YAYASAN KAMI.

MOGA ALLAH MENJADIKAN SUMBANGAN ANDA INI DITERIMA DAN MENJADI PAHALA YANG BERTERUSAN HINGGA HARI KIAMAT.