https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1705057049jpeg

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN ASASI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH KE YAYASAN ADDIN

12 JANUARI 2024, BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT PEJABAT YAYASAN ADDIN. PIHAK YAYASAN ADDIN TELAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN ASASI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH YANG DIKETUAI OLEH DEKAN PUSAT BAHASA PENGAJIAN ASASI DR ROSLAN ABDUL RAHIM, PENYELARAS ASASI USTAZAH NUR FADHLINA BINTI JAMALUDIN, USTAZAH HAWA BINTI ALIAS DAN DUA ORANG PENSYARAH PUSAT BAHASA PENGAJIAN ASASI TUAN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ROSLI DAN TUAN AHMAD ADIB BIN MOHAMMAD SOFIAN. MANAKALA YAYASAN ADDIN DIWAKILI OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN AF. TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN, KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI (DIPLOMA) USTAZ NIZAMUDDIN DAN PEGAWAI PENAZIRAN MADAH USTAZ DANIAL.

KUNJUNGAN HORMAT INI BERTUJUAN UNTUK MEMBINCANGKAN TENTANG PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM PENGAJIAN ASASI DAN SPM FAST TRACK SERTA PROGRAM KERJASAMA ANTARA PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN ASASI (PBPA) DENGAN YAYASAN ADDIN. SEMOGA SEGALA YANG DIBINCANGKAN AKAN BERJALAN LANCAR DAN MAMPU MENAIK TARAF SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ YAYASAN ADDIN.

PROGRAM BERAKHIR DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN AF. TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN KEPADA DEKAN PUSAT BAHASA PENGAJIAN ASASI DR ROSLAN ABDUL RAHIM SERTA PARA TETAMU LAIN DARI PBPA USAS, KEMUDIAN SESI BERGAMBAR BERAMAI RAMAI. 

 

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_028_1705024476jpeg

HARI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MTQ ADDIN SESI 2024/2025

13 JANUARI 2024 / SABTU

 

HARI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MTQ ADDIN SESI 2024/2025

 

MTQ ADDIN AKAN MENGADAKAN SESI TEMUDUGA BAGI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2024/2025.

 

SEHUBUNGAN ITU, PARA IBU BAPA YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN ANAK KE MTQ ADDIN, BOLEH MEMBUAT SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA DI LINK :

 

SEKOLAH RENDAH

HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN4/

 

MENENGAH BAWAH (TINGKATAN 1-3)

HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN/

 

MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)

HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN2/

 

KBD & STAM ( TINGKATAN 1- 6 )

HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/KBD/

 

SEMOGA SEGALA URUSAN SESI TEMUDUGA DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_049_1704168190.png

TARIKH-TARIKH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023

TARIKH-TARIKH PENTING PELAKSANAAN SPM 2023 – 2024

BERIKUT DIKONGSIKAN TARIKH TERKINI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), TAHUN 2023 YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA BULAN JANUARI HINGGA MAC TAHUN 2024

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) UNTUK MAKLUMAN SEMUA, KHUSUSNYA CALON-CALON PELAJAR MAHAD TAHFIZ ADDIN YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1704076479.jpg

SELAMAT TAHUN BARU 2024

“MEMPERINGATI HARI-HARI BERSEJARAH TERTENTU BUKANLAH SATU HARI RAYA YANG BERBENTUK KEAGAMAAN. IA HANYALAH SATU SISTEM DUNIAWI YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MEMPERINGATI DAN MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADA SEJARAH SERTA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH. BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA LAKUKAN DAN DALAM MASA YANG SAMA IA JUGA DILAKUKAN OLEH AHLI AGAMA LAIN MAKA IA MENJADI HARAM. TIDAK. YANG HARAM ADALAH MENURUT MEREKA DENGAN NIAT (AL-TASHABBUH) BUKANNYA SEMATA-MATA WUJUD PERSAMAAN (AL-MUSHāBAHAH) ABū YūSUF PERNAH DISOAL TENTANG PEMAKAIAN SELIPAR YANG SAMA DENGAN SELIPAR AGAMA ORANG KRISTIAN. BELIAU MENJAWAB: NABI MUHAMMAD PERNAH MEMAKAI SELIPAR YANG BERBULU YANG MENYERUPAI GOLONGAN RAHIB. MAKNANYA AL-MUSHāBAHAH TIDAK SAMA DENGAN AL-TASHABBUH. NABI TIDAK MEMAKAI SELIPAR ITU DENGAN NIAT UNTUK MENYERUPAI MEREKA, BAHKAN IA HANYALAH SATU BENTUK PERSAMAAN BIASA SAHAJA,” SYEIKH ABDULLAH BIN BAYYAH HAFIZAHULLAH

JUSTERU, DALAM KITA MENYAMBUT TAHUN BARU, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DALAM LAINNYA DENGAN MENGHADIRKAN DIRI KE MASJID DAN KELAS-KELAS PENGAJIAN AGAMA UNTUK BELAJAR TENTANG SOLAT, BERZIKIR BERSOLAT DAN BERDOA SERTA BERMUNAJAT AGAR TAHUN BARU YANG MENDATANG INI LEBIH DIBERKATI DAN JUGA SEBAGAI TITIK PERUBAHAN BUAT KITA KE ARAH YANG LEBIH BAIK. ELAKKAN SAMA SEKALI AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMBAZIRKAN MASA, MAKSIAT DAN JUGA MENIRU CARA ORANG-ORANG YANG LALAI KETIKA MENYAMBUT TAHUN BARU. INGATLAH BAHAWASANYA WAKTU YANG KITA MILIKI INI AMAT TERHAD DAN TERBATAS. MARILAH KITA ISIKANNYA DENGAN PERKARA-PERKARA DAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG AKAN DIPAHALAKAN OLEH ALLAH SWT DALAM MIZAN HASANAT KITA KELAK. INGATLAH JUGA FIRMAN ALLAH SWT:

 يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ

MAKSUDNYA: “HARI YANG PADANYA HARTA BENDA DAN ANAK-PINAK TIDAK DAPAT MEMBERIKAN PERTOLONGAN SESUATU APAPUN,”KECUALI (HARTA BENDA DAN ANAK-PINAK) ORANG-ORANG YANG DATANG MENGADAP ALLAH DENGAN HATI YANG SELAMAT SEJAHTERA (DARI SYIRIK DAN PENYAKIT MUNAFIK); (AL-SYU’ARA’: 88-89)

DOA AWAL TAHUN ISLAM

 اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
 
ERTINYA: “YA TUHANKU, ENGKAU YANG ABADI, QADIM, DAN AWAL. ATAS KARUNIAMU YANG BESAR DAN KEMURAHANMU YANG MULIA, ENGKAU MENJADI PINTU HARAPAN. TAHUN BARU INI SUDAH TIBA. AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI PUJUKAN IBLIS DAN PARA WALINYA DI TAHUN INI. AKU PUN MENGHARAP PERTOLONGANMU DALAM MENGATASI NAFSU YANG KERAP MENDORONGKU BERLAKU JAHAT. KEPADAMU, AKU MEMOHON BIMBINGAN AGAR URUSAN KESEHARIAN MENDEKATKANKU PADA RAHMATMU. WAHAI TUHAN PEMILIK KEBESARAN DAN KEMULIAAN.”
 
“MARILAH KITA SAMBUT TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN POSITIF DALAM HIDUP KITA DAN DI SEKELILING KITA. SELAMAT TAHUN BARU, SEMOGA KITA MENJADI SUMBER INSPIRASI BAGI ORANG LAIN.”
 
SELAMAT TAHUN BARU 2024 DARIPADA WARGA YAYASAN ADDIN
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1702353258jpeg

FESTIVAL SUKAN & KESENIAN ISLAM 2023 YAYASAN ADDIN

9 DISEMBER 2023 BERTEMPAT DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SERI ISKANDAR PERAK TELAH BERLANGSUNGNYA FESTIVAL SUKAN DAN KESENIAN ISLAM 2023 YAYASAN ADDIN. PROGRAM YANG MELIBATKAN KAKITANGAN IBU PEJABAT YAYASAN ADDIN, MTQ ADDIN, MTQ ADDIN VOKASIONAL, LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN JAKIM (MTQ ADDIN TAPAH) DAN PARA PELAJAR. FESTIVAL YANG BERMULA SEAWAL 7.30 PAGI DAN BERAKHIR JAM 5.00 PETANG INI DI KETUAI OLEH TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MEGAT FIRDAUS MEGAT BASRI MERANGKAP PENGARAH FESTIVAL. FESTIVAL DIJAYAKAN DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN BELIA SUKAN MALAYSIA DAN SUMBANGAN ORANG RAMAI.

FESTIVAL INI BERTUJUAN MELAHIRKAN PELAJAR TAHFIZ YANG BUKAN SAHAJA BERJAYA DALAM KURIKULUM TETAPI JUGA BERJAYA DALAM KO-KURIKULUM, DENGAN MENUNJUKKAN BAKAT DALAM PENYERTAAN UNTUK SETIAP ACARA YANG DIPERTANDINGKAN. USAHA PARA GURU DALAM MELATIH PARA PELAJAR AMATLAH DIBANGGAKAN DAN DIRAIKAN MELALUI FESTIVAL INI. ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH BOLA SEPAK PADANG, FUTSAL, BOLA TAMPAR, SEPAK TAKRAW, BOLA JARING, BADMINTON DAN PING PONG. SETIAP ACARA DIADILI OLEH PARA PENGADIL YANG PROFESIONAL DARI ADDIN DAN JEMPUTAN LUAR. BUAT PARA PEMENANG TEMPAT PERTAMA, MEREKA AKAN MEWAKILI TAHFIZ ADDIN KE PROGRAM IHTIFAL HUFFAZ KEBANGSAAN TAHUN HADAPAN.

KEMUNCAK PROGRAM ADALAH MAJLIS PERASMIAN PENUTUP YANG DIRASMIKAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN AF. TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN DENGAN DIIRINGI  KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ TAUFIQ SHAMSUMIAH, KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN YAYASAN ADDIN USTAZ KAMARUZAMAN DAUD DAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PEMBANGUNAN EKONOMI YAYASAN ADDIN USTAZ MUHAMMADBAZLI AMINMOKHSIN AMINUDDIN. PERASMI DALAM UCAPANNYA MENGATAKAN KESUNGGUHAN DAN KERJASAMA SEMUA PIHAK DALAM ADDIN PENTING UNTUK MENJAYAKAN FESTIVAL INI. KERJASAMA SERTA SUMBANGAN KEWANGAN DARI PIHAK KEMENTERIAN BELIA SUKAN MALAYSIA DAN PARA PENYUMBANG TELAH MEMBANTU DALAM MELESTARIKAN FESTIVAL INI. PERASMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA ADDIN, KEMENTERIAN BELIA SUKAN MALAYSIA DAN PARA PENYUMBANG ATAS KEJAYAAN FESTIVAL KALI INI.

PENYAMPAIAN MEDAL DAN SIJIL KEPADA PARA PEMENANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH KPE YAYASAN ADDIN DENGAN DIIRINGI OLEH KPO BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN. PEMENANG KESELURUHAN FESTIVAL SUKAN DAN KESENIAN ISLAM 2023 YAYASAN ADDIN BAGI KATEGORI MTQ BANIN DAN BANAT PULA TELAH PULANG DENGAN MEMBAWA PIALA PUSINGAN DAN PEMENANGNYA ADALAH MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR DAN MTQ ADDIN 13 KG. BUAIA. BUAT PARA PELAJAR YANG KURANG BERNASIB BAIK, TERUSKAN USAHA UNTUK KEJAYAAN MASA AKAN DATANG. 

SEKALUNG TAHNIAH DAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA ADDIN YANG BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN FESTIVAL TERSEBUT. 

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#SUKAN@ADDIN


LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1701939574.png

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SARE ANTARA YAYASAN ADDIN DAN YAYASAN WIBA PRIMA

7 DISEMBER 2023 HARI KHAMIS BERTEMPAT DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 7 TAMBUN TELAH TERMETERAI PERJANJIAN "SUPPLY AGREEMENT RENEWABLE ENERGY (SARE)" ANTARA YAYASAN ADDIN DENGAN YAYASAN WIBA PRIMA. MAJLIS INI DIHADIRI OLEH TIMBALAN PENGERUSI YAYASAN ADDIN TUAN HAJI ABDULLAH BIN HASIM, CEO YAYASAN ADDIN AF TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN, TIMBALAN CEO YAYASAN ADDIN USTAZ MOHAMAD NASIR BIN HASSAN, CEO YAYASAN WIBA PRIMA TUAN AMIRUL ISKANDAR BIN MANNAN, GENERAL MANAGE GREEN XPERTS TUAN MUHAMMAD FITRI NOR ISAHAK, DATUK NORMAH HANUM BINTI DATO' IBRAHIM, KETUA - KETUA PEGAWAI OPERASI YAYASAN ADDIN, PENGARAH LTDQ, GURU BESAR SRTA DAN PARA PENGETUA MTQ ADDIN. 

PERJANJIAN INI DITANDATANGANI OLEH TIMBALAN PENGERUSI YAYASAN ADDIN TUAN HAJI ABDULLAH BIN HASIM DENGAN CEO YAYASAN WIBA PRIMA TUAN AMIRUL ISKANDAR BIN MANNAN DAN GENERAL MANAGE GREEN XPERTS TUAN MUHAMMAD FITRI NOR ISAHAK. PROGRAM PEMASANGAN TENAGA SOLAR DI MAAHAD TAHFIZ ADDIN INI DIMULAI DENGAN 2 CAWANGAN IAITU MTQ ADDIN 06 PADANG RENGAS DAN MTQ ADDIN 14 KAYAN.

YAYASAN ADDIN MENGANJURKAN PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU MAAHAD TAHFIZ ADDIN DALAM MENGURANGKAN KOS UTILITI BAGI TENAGA ELEKTRIK DI MAAHAD TAHFIZ MEREKA. KOS PEMASANGAN JUGA ADALAH PERCUMA. 

SEMOGA PROGRAM BERJAYA DENGAN JAYANYA.

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1701911096.png

MAJLIS KONVOKESYEN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL PERINGKAT NEGERI PERAK

5 DISEMBER 2023 HARI SELASA, TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS KONVOKESYEN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) KALI KE 7 PERINGKAT NEGERI PERAK DI HOTEL TAIPING PERDANA. ALHAMDULILLAH 3 ORANG PELAJAR DARI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU (MTQAV) TELAH BERJAYA MENERIMA SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 1 DAN 2 DALAM BIDANG JAHITAN.

PARA PELAJAR TELAH MENGIKUTI BIDANG JAHITAN TERSEBUT DI KOLEKSI EZZANY KAMUNTING SELAMA 8 BULAN DENGAN JAYANYA. 3 ORANG PELAJAR YANG BERJAYA INI ADALAH TERDIRI DARIPADA:-

1) RAJA NOR ZETTY BINTI RAJA MOHD NAZAR

2) NOR BAZLA AINA BINTI ABDUL RAHMAN

3) SITI NORHAFIZAH BINTI MOHD JAMIN 

MTQAV 18 BATU KURAU ADALAH SALAH SATU TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BUAT PELAJAR PEREMPUAN. BUAT MAKLUMAN, MTQAV 18 BATU KURAU INI TELAH BERKOLOBORATIF DENGAN KEMAS DAN RESDA BAGI TEORI KEMAHIRAN SERTA MENDAPATKAN TENAGA PAKAR UNTUK TUJUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN JAHITAN DAN MASAKAN. SELAIN MTQAV 18 ADA 5 LAGI CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ VOKASIONAL DI YAYASAN ADDIN YANG MENAWARKAN PELBAGAI BIDANG KEMAHIRAN.

TAHNIAH BUAT PARA PELAJAR, GURU DAN PENGURUSAN MTQAV 18 BATU KURAU. SEMOGA TERUS MAJU JAYA. 

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#MTQAVADDIN

 

 

 

LAGI