BERIKUTAN PERKEMBANGAN SITUASI SEMASA PKP YANG DILAPORKAN OLEH PIHAK MKN, KKM DAN KPM BARU-BARU INI, SEMUA CAWANGAN MTQ ADDIN DIARAHKAN UNTUK MELAKSANAKAN OPERASI PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA.
OLEH ITU, PIHAK YAYASAN ADDIN INGIN MEMAKLUMKAN BEBERAPA PERKARA SEPERTI BERIKUT:-
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2021
1. PELAJAR TINGKATAN 1, TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 TAHUN 2021 DIKEHENDAKI MELAKUKAN PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN.
2. CADANGAN TAKLIMAT IBU BAPA SECARA DALAM TALIAN:
• TARIKH: 23 JANUARI 2021 (SABTU)
• MASA: 10.00 AM - 12.45 PM
• APLIKASI: GOOGLE MEET/ ZOOM
• TENTATIF:
10.00 AM - 10.15 AM (KATA ALU-ALUAN)
10.15 AM - 11.00 AM (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
11.10 AM - 11.50 AM (BAHAGIAN AKADEMIK)
12.00 PM - 12.40 PM (BAHAGIAN PENDAFTAR & HAL EHWAL PELAJAR)
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
1. PELAJAR YANG BERADA DI RUMAH TIDAK DIBENARKAN PULANG KE ASRAMA DAN PERLU MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA DALAM TALIAN.
2. BAGI GURU YANG TINGGAL DI LUAR DAN PELAJAR TINGGAL DI ASRAMA, KELAS DIJALANKAN SECARA DALAM TALIAN.
3. KELAS SECARA BERSEMUKA HANYA DIJALANKAN BAGI PELAJAR DAN GURU YANG TINGGAL DALAM KAWASAN ASRAMA SAHAJA.
4. TARIKH MULA KELAS DALAM TALIAN INI IALAH PADA 25/1/2021 (ISNIN).
5. PENYUSUNAN JADUAL KELAS DAN PELAKSANAAN MODUL MENGAJAR BAGI SETIAP CAWANGAN ADALAH MENGIKUT KETETAPAN MASING-MASING BERDASARKAN BEBERAPA GARIS PANDUAN YANG TELAH DIBERIKAN.
6. OLEH ITU, SEMUA GURU DIMINTA MELAKUKAN PERSIAPAN YANG LENGKAP SEPERTI MENYEDIAKAN ALAT BANTU / BAHAN BANTU MENGAJAR SEBELUM KELAS DALAM TALIAN DIJALANKAN.
7. PEMAKLUMAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SEHINGGA PENGUMUMAN LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.
جزاكم الله خيرا جزاء
MOHD SABRI BIN NORDIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN ADDIN