SAMBUTAN ISRA MIKRAJ PADA 08 FEBRUARI 2024, 27 REJAB 1445H ADALAH SATU PERISTIWA PENTING BAGI UMAT ISLAM. PERISTIWA PALING AGUNG DALAM SEJARAH ISLAM INI, DIANGGAP SEBAGAI SATU ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT. ISRA MIKRAJ MEMPERLIHATKAN BAHAWA KEKUASAAN ALLAH SWT MENGATASI PERATURAN KEBIASAAN ALAM. BAYANGKAN, PERJALANAN YANG BIASANYA MEMAKAN TEMPOH SEBULAN PERGI DAN SEBULAN PULANG, HANYA BERLAKU PADA WAKTU SEPARUH MALAM SAHAJA. ISRA MIKRAJ BUKAN SAHAJA MEMBUKTIKAN KUASA ALLAH SWT, TETAPI TURUT MENJADI BUKTI KEPENTINGAN BAITUL MAQDIS.
ALLAH SWT MERAKAMKAN KISAH ISRA DAN MIKRAJ DALAM AL-QURAN, DALAM DUA SURAH YANG BERLAINAN, IAITU SURAH AL-ISRA DAN SURAH AL-NAJM. SURAH AL-ISRA’ MENCERITAKAN TENTANG PERISTIWA ISRA:
MAKSUDNYA: MAHA SUCI ALLAH YANG TELAH MENJALANKAN HAMBA-NYA (MUHAMMAD) PADA MALAM HARI DARI MASJID AL-HARAM (DI MAKKAH) KE MASJID AL-AQSA (DI PALESTIN), YANG KAMI BERKATI SEKELILINGNYA, UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADANYA TANDA-TANDA (KEKUASAAN DAN KEBESARAN) KAMI. SESUNGGUHNYA ALLAH JUGALAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MELIHAT. (SURAH AL-ISRA 17:1)
MENARIKNYA TENTANG MASJID AL-AQSA DAN ISRA MIKRAJ MENERUSI AYAT PERTAMA SURAH AL-ISRA, MASJID YANG MENYAKSIKAN PERISTIWA BERSEJARAH DALAM HIDUP NABI MUHAMMAD SAW MERUPAKAN PUSAT BARAKAH BERDASARKAN PERKATAAN SEKELILINGNYA.
JIKA KITA TELITI SEMULA PENGERTIAN ISRA MIKRAJ, IA MEMBAWA MAKSUD DUA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW. ISRA MERUPAKAN PERJALANAN PERINGKAT PERTAMA DI BUMI, BERMULA DARI MEKAH KE MASJID AL-AQSA (BAITUL MAQDIS). MANAKALA MIKRAJ ADALAH PERJALANAN PERINGKAT KEDUA IAITU BERMULA DARI MASJID AL-AQSA KE SIDRATUL MUNTAHA.
PERNAH TAK KITA TERFIKIR, MENGAPA RASULULLAH TIDAK DIJALANKAN DARI MASJID AL-HARAM TERUS KE SIDRATUL MUNTAHA?
BAITUL MAQDIS DIJADIKAN SEBAGAI PERSINGGAHAN KERANA ALLAH SWT MAHU MENUNJUKKAN KEPENTINGAN BAITUL MAQDIS KEPADA UMAT. DI SINILAH TERIKATNYA ROH DAN JIWA PARA NABI DAN RASUL, BEGITU JUGA PARA SAHABAT (SEBAGAI KIBLAT PERTAMA ISLAM).
PERISTIWA INI JUGA SEBAGAI HADIAH UNTUK MENGGEMBIRAKAN RASULULLAH SAW KERANA KETIKA ITU MERUPAKAN TAHUN KESEDIHAN RASULULLAH DI MANA BAGINDA KEHILANGAN ISTERI DAN BAPA SAUDARA YANG TERCINTA IAITU, ABU TALIB DAN ISTERINYA, KHADIJAH RA.
TIDAK CUKUP DENGAN ITU, KETIKA RASULULLAH SAW KE THAIF UNTUK BERDAKWAH, KEHADIRANNYA DISAMBUT DENGAN MAKIAN DAN BATU-BATU YANG DILONTAR KE ARAHNYA SEHINGGA KAKI BAGINDA BERDARAH.
KESEDIHAN DEMI KESEDIHAN YANG DIALAMI RASULULLAH SAW BEGITU MERUNTUN JIWA BAGINDA. SEHINGGA AKHIRNYA, BAGINDA MENGADU KEPADA ALLAH SWT DALAM DOANYA AGAR DIBERIKAN KEMUDAHAN DAN KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN.
SEPERTI KITA JUGA, JIKA BERLAKU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI, KITA SEDIH DAN JATUH. APABILA BERLAKU SITUASI ITU, KITA JUGA MENGAMBIL INISIATIF UNTUK PERGI BERJALAN-JALAN MENENANGKAN DIRI. BAK KATA ORANG ZAMAN SEKARANG HEALING. MAKA, SAMALAH SEPERTI RASULULLAH SAW YANG MEMERLUKAN KETENANGAN, MAKA ALLAH SWT HADIAHKAN KEPADA BAGINDA PERJALANAN INI.
PERJALANAN ISRA INI JUGA MENJADI TURNING POINT KEPADA UMAT ISLAM KERANA DI SINILAH PERHIMPUNAN NABI MUHAMMAD SAW BERSAMA PARA NABI DAN RASUL BERLAKU. PERHIMPUNAN ITU MENJADI SIMBOLIK KERANA TELAH BERLAKUNYA PENYERAHAN TAMPUK KEPIMPINAN UMMAH DAN SERUAN DAKWAH. DI SINILAH BERMULANYA SERUAN KEPADA PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS.
KESIMPULANNYA, BANYAK PENGAJARAN PENTING YANG PERLU KITA PERHATIKAN MELALUI PERISTIWA AGUNG INI DI SAMPING IA MEMBUKTIKAN BAHAWA ISU BAITUL MAQDIS INI PENTING KEPADA UMAT ISLAM.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PERINGATAN ISRA MIKRAJ DARI KAMI WARGA YAYASAN ADDIN