https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_028_1727831380.png

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN (MTQ ADDIN)

PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN :
❇ UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
❇ KHATAM AL-QURAN
❇ SYAHADAH TAHFIZ AL-QURAN
❇ ASAS AKADEMIK
❇ SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
❇ SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
❇ SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 & 3 (SKM)
❇ DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT JAKIM

TAHAP PENDIDIKAN :
🔸 SEKOLAH RENDAH ( TAHUN 1-6 )
🔸 MENENGAH BAWAH ( TINGKATAN 1-3 )
🔸 MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 & 5 )
🔸 TAHFIZ VOKASIONAL
🔸 KBD & STAM ( TINGKATAN 1-6 )

SYARAT KELAYAKAN :
1️⃣ LELAKI & PEREMPUAN.
2️⃣ BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK.
3️⃣ LULUS TEMUDUGA KHAS (AL-QURAN/TAJWID/FARDHU AIN).
4️⃣ MEMPUNYAI MINAT DAN KOMITMEN YANG TINGGI UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN.
5️⃣ BERSEDIA TINGGAL DI ASRAMA.
6️⃣ BERSEDIA UNTUK DITEMPATKAN DI MANA-MANA CAWANGAN MTQ ADDIN.
7️⃣ TIDAK MEROKOK DAN BERAKHLAK MULIA. SANGGUP MEMATUHI SEGALA PERATURAN MTQ ADDIN.

🔶KEISTIMEWAAN🔶
🔹PENDIDIKAN SUBJEK ARUS PERDANA BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM.
🔹BERPELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN TAHFIZ VOKASIONAL DENGAN KERJASAMA GIATMARA & KOLEJ KOMUNITI.
🔹BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PROGRAM DIPLOMA AL QURAN & QIRAAT DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN ADDIN, YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM.
🔹TERDAPAT SEBANYAK 26 BUAH CAWANGAN MTQ ADDIN.
🔹TAJAAN ZAKAT BAGI YANG BERKELAYAKAN.

𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀‼️ 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀‼️

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍:

▶️ SEKOLAH RENDAH
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN4/

▶️ MENENGAH BAWAH (TINGKATAN 1-3)
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN/

▶️ MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN2/

▶️ TAHFIZ VOKASIONAL
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/ADDIN3/

▶️ KBD & STAM ( TINGKATAN 1- 6 )
HTTPS://ADDIN.AWFATECH.COM/KBD/

 

HUBUNGI KAMI:
📱019-5749612 (PEJABAT)
📱011-63542156 (USTAZ MOHAMAD TAUFIQ - KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN)
📱013-9789685 (USTAZ MEGAT FIRDAUS- TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN)
05-5060223 (PEJABAT)
🌐 HTTPS://MAAHADTAHFIZADDIN.EDU.MY/

#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#SATUKELUARGASEORANGHAFIZBERKEMAHIRAN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1727769751webp

KETUA PENGARAH JAKIM BAHARU

1 OKTOBER 2024 BERSAMAN 27 RABIUL AWWAL 1446H YBHG. DATO' DR SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE, 57 TAHUN TELAH DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

BELIAU BERKELULUSAN IJAZAH SARJANA MUDA (SYARIAH & UNDANG-UNDANG) DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), IJAZAH SARJANA SAINS TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) DAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (SAINS KOMPUTER), UNIVERSITY OF SOUTH AUSTRALIA (UNISA).

YBHG. DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM PADA 2 JANUARI 1992 SEBAGAI PENOLONG PENGARAH (DAKWAH) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. BELIAU JUGA PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI PENGARAH KANAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM, PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL JAKIM DAN JUGA SEBAGAI SETIAUSAHA PERTAMA (HALAL), SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI CANBERRA, AUSTRALIA. JAWATAN TERAKHIR BELIAU SEBELUM DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH JAKIM ADALAH SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR), JAKIM.

PELANTIKAN YBHG. DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE ADALAH SATU USAHA MEMPERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM SEIRING DENGAN AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM DAN MEMPERKUKUH JAKIM SEBAGAI JABATAN PENERAJU HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA.

SEMOGA DENGAN PELANTIKAN INI DAPAT MEMACU JAKIM KE ARAH MENGANGKAT KEMULIAAN AGAMA ISLAM DAN MEMARTABATKAN JAKIM SEBAGAI AGENSI HAL EHWAL ISLAM DI PERINGKAT PERSEKUTUAN YANG KOMPETITIF SERTA BERDAYA SAING DI PERSADA GLOBAL.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_038_1727072164.png

HEBAHAN TARIKH PENTING SEMESTER 2 MTQ ADDIN SESI 2024/2025

MAKLUMAN TARIKH PEMBELAJARAN SEMESTER 2 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN TAHUN 2024.

 

HEBAHAN

DENGAN HORMATNYA, KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MENGENAI TARIKH PENTING BAGI SEMESTER 2 SESI 2024/2025.

 

TARIKH PENTING

KAMI BERHARAP SEMUA PIHAK DAPAT MENGAMBIL MAKLUMAN INI DENGAN SERIUS DAN BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN YANG BARU.

 

CATATAN
SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI LAMAN WEB DAN MEDIA SOSIAL RASMI YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1726729267.png

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

YAYASAN ADDIN TURUT BERDUKACITA ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM. SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN DIRAHMATI ALLAH.

PEMERGIAN BELIAU PASTI DIRASAI OLEH KELUARGA, RAKAN-RAKAN, DAN SEMUA YANG MENGENALI BELIAU, TERMASUK WARGA MTQ ADDIN MALIM NAWAR YANG PERNAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHIDUPANNYA. ALLAHYARHAM TELAH MENCAPAI BANYAK KEJAYAAN DALAM HIDUPNYA SEBAGAI SEORANG PEGUAM SYARIAH DAN LULUSAN UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR. 

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG-NYA KE ATAS ROH ARWAH, MENGANGKAT DARJATNYA DI SISI PARA SOLIHIN, DAN MENGURNIAKAN KETABAHAN KEPADA KELUARGA SERTA SEMUA YANG MENGENALI DAN MENYAYANGINYA.

SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMAL KEBAJIKANNYA DAN MENEMPATKAN BELIAU DI KALANGAN HAMBA-HAMBA-NYA YANG BERIMAN, MOGA SEGALA AMAL BAIK DAN ILMU YANG DISEBARKANNYA MENJADI PAHALA YANG BERTERUSAN BUATNYA.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DAN SEMOGA MEREKA DIBERI KEKUATAN DALAM MENGHADAPI UJIAN INI.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1726040929.png

SELAMAT HARI MALAYSIA

HARI MALAYSIA DISAMBUT SETIAP TAHUN PADA 16 SEPTEMBER UNTUK MEMPERINGATI PENUBUHAN MALAYSIA PADA TAHUN 1963. IA ADALAH HARI PENTING DI MANA RAKYAT MALAYSIA BERSATU UNTUK MERAIKAN PERPADUAN DAN KEPELBAGAIAN BUDAYA YANG MENJADI KEKUATAN NEGARA KITA.

HARI MALAYSIA ADALAH HARI YANG PENUH DENGAN MAKNA DAN KEBANGGAAN BAGI SETIAP RAKYAT MALAYSIA. DENGAN UCAPAN HARI MALAYSIA YANG IKHLAS, KITA JUGA BOLEH BERSAMA-SAMA MERAIKAN HARI BERSEJARAH INI DENGAN PENUH SEMANGAT DAN KEINSAFAN.

HARI MALAYSIA ADALAH HARI UNTUK MERAIKAN KEKUATAN KITA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG BERSATUMENGENANG JASA-JASA PEMIMPIN TERDAHULU YANG TELAH BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN DAN PENUBUHAN NEGARA KITA. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBINA NEGARA YANG LEBIH BAIK UNTUK GENERASI AKAN DATANG.

SEMOGA KITA TERUS MAJU DAN BERJAYA DALAM SEGALA BIDANG, MOGA HARI MALAYSIA INI MEMBAWA LEBIH BANYAK KEMAKMURAN DAN KEBAHAGIAAN KEPADA KITA SEMUA. TERUSKAN BERUSAHA UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH BAGI MALAYSIANEGARA MALAYSIA TERUS AMAN DAN MAKMUR SELAMANYA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1726197680.png

SALAM MAULIDUR RASUL

16 SEPTEMBER 2024 BERSAMAAN 12 RABIUL AWWAL MERUPAKAN TARIKH YANG PALING BERMAKNA BUAT UMAT ISLAM KERANA KALAHIRAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. DI MALAYSIA, SETIAP 12 RABIUL AWWAL YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI MAULIDUR RASUL MERUPAKAN CUTI UMUM BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.

BERSEMPENA DENGAN BULAN MAULID PENUH BARAKAH INI, MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN UCAPAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW.

SABDA NABI ;

( مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ )

SESIAPA YANG MENGUCAPKAN SELAWAT KEPADAKU SATU KALI MAKA ALLAH AKAN BERSELAWAT BAGINYA SEPULUH KALI, DAN DIGUGURKAN SEPULUH KESALAHAN (DOSA)NYA, SERTA DITINGGIKAN BAGINYA SEPULUH DARJAT / TINGKATAN (DI SYURGA KELAK).”

(AN-NASA’I NO. 1297, AHMAD, SAHIH)

FIRMAN ALLAH S.W.T ;

( إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا )

SESUNGGUHNYA ALLAH DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT KE ATAS NABI (MUHAMMAD S.A.W). WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSELAWATLAH KAMU KE ATASNYA SERTA UCAPKANLAH SALAM DENGAN PENGHORMATAN.”

(AL-AHZAB : 56)

SEMOGA KITA SENTIASA MEMANTAPKAN KEYAKINAN, MENINGKATKAN KECINTAAN, MENCONTOHI PERLAKUAN DAN MENGHAYATI AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW. MOGA DENGAN SURI TAULADAN YANG DITONJOLKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW MENJADI PEDOMAN BUAT KITA SEMUA DAN SEMOGA KITA MEMPEROLEH SYAFAAT AGUNG BAGINDA DI AKHIRAT KELAK. INSYA-ALLAH, AMIIN.

أَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1725868658.jpg

بالتوفيق والنجاح

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2024
 
FIRMAN ALLAH SWT:
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا
 
MAKSUDNYA: "WAHAI TUHAN KAMI! KURNIAKANLAH KAMI RAHMAT DARIPADA SISI-MU, DAN BERILAH KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SERTA PIMPINAN KEPADA KAMI UNTUK KESELAMATAN AGAMA KAMI."
(SURAH AL-KAHFI: AYAT 10)
 
SEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM, PIHAK YAYASAN ADDIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2024 KEPADA SEMUA PELAJAR MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR, MTQ ADDIN 02 PARIT, MTQ ADDIN 04 TAPAH, MTQ ADDIN 06 PADANG RENGAS & MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 BAGAN DATO.
 
SEMOGA DIBERIKAN KELANCARAN SERTA KEMUDAHAN MENJAWAB DENGAN CEMERLANG. SETERUSNYA, SEMOGA SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN DAPAT MEMPEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
امين 🤲🏻
بالتوفيق والنجاح.
LAGI