27 & 28 JULAI 2024 TELAH BERLANGSUNG PROGRAM KULIAH PENGABDIAN MASYARAKAT (KPM) DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU DARIPADA PELAJAR UNIVERSITAS IAIN AR-RANIRY PONOROGO INDONESIA.
UNIVERSITAS IAIN AR-RANIRY PONOROGO INDONESIA TELAH MEMILIH MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU MENJADI TEMPAT PRAKTIKAL KPM SELAMA 2 HARI, PELAJAR UNIVERSITAS IAIN AR-RANIRY PONOROGO INDONESIA TERSEBUT TELAH TIBA DI MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU PADA 27 JULAI 2024 JAM 9.45 PAGI HARI SABTU DAN BERAKHIR PADA 28 JULAI 2024.
PROGRAM DIMULAI DENGAN UCAPAN DARI AF USTAZ FADZIL BIN ALIAS IAITU KETUA YADIM PULAU PINANG SEKALIGUS MERASMIKAN PROGRAM, KEMUDIAN USTAZAH JANNAH BINTI YAHYA IAITU GURU AL-QURAN MERANGKAP WARDEN DI MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU MEMBERI UCAPAN DAN TAKLIMAT MENGENAI PENGURUSAN DAN AKTIVITI.
PADA SEBELAH MALAMNYA PULA, AF USTAZ MUHAMMAD ZAKI BIN KASSIM IAITU PENGETUA MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU MENYAMPAIKAN KISAH YANG BERTAJUK CERITA ORANG KAMPUNG BERKAITAN SUSUR GALUR ASAL KETURUNAN, SUMBER PENDAPATAN, MAKANAN TRADISI DAN ADAT-ADAT MASYARAKAT SETEMPAT. SETERUSNYA AF USTAZ MUHAMMAD ZAKI BIN KASSIM MEMBENTANGKAN SILIBUS PENDIDIKAN DAN PROGRAM YANG SUDAH DIRANCANG.
AKTIVITI PADA 28 JULAI 2024 PULA BERMULA SEAWAL 5.30 PAGI DAN BERAKHIR PADA JAM 3.00 PETANG DENGAN UCAPAN PENUTUP DARIPADA AF USTAZ FADZIL BIN ALIAS DAN BERAKHIR DENGAN SESI FOTOGRAFI. AKTIVITI YANG SUDAH DISUSUN IALAH ;
1) MALAYSIA - INDONESIA CERGAS = BERSENAM DAN BERJOGING PUSING KAMPUNG.
2) LESTARI ALAM = MENANAM POKOK DURIAN DAN CEMPEDAK DI SEKOLAH ALAM UTHMANIAH.
3) DAPUR ORANG KAMPUNG = GOTONG ROYONG MEMASAK UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAHARI.
MOGA DENGAN PROGRAM SEPERTI INI, ORANG RAMAI LEBIH MENGENALI MTQ ADDIN DAN AKAN TERUS MENYOKONG SERTA MEMBANTU MTQ ADDIN UNTUK MELAHIRKAN HUFFAZ YANG BERKEJAYA DALAM PELBAGAI BIDANG, BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
 
 
 
 
#
 
 
 
 
#