ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ
PROGRAM SIMULASI HAJI DAN UMRAH TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 18 OGOS 2022 IAITU PADA HARI KHAMIS YANG TELAH DIBIMBING OLEH USTAZ JALAL BIN SALIM BERSAMA-SAMA GURU-GURU MTQ ADDIN 6 PADANG RENGAS. TUJUAN PROGRAM INI ADALAH KHUSUS UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 OLEH KERANA MEREKA MEMPELAJARI TOPIK HAJI DAN UMRAH DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH. HAL INI UNTUK MEMPERTINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PELAJAR-PELAJAR DALAM PELAJARAN SYARIAH ISLAMIAH AGAR IA DAPAT DIGUNAKAN PADA MASA YANG SESUAI.
SETIAP AMALAN DAN IBADAH YANG DIJALANKAN NIAT KERANA ALLAH PASTI AKAN MEMBERIKAN HIKMAH DAN MANFAAT BAGI SESEORANG YANG MELAKSANAKANNYA. BEGITU JUGA APABILA KITA SEBAGAI UMAT ISLAM MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH, BANYAK HIKMAH YANG BOLEH KITA PEROLEHI DAN IA MEMBERI MAKNA KEPADA KITA. SELAIN ITU, IA DAPAT MENINGKATKAN KEIMANAN SESEORANG KERANA TELAH DIA MENEPATI JANJI ALLAH UNTUK DATANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH KE BAITULLAH KAABAH. BUKAN ITU SAHAJA, UMAT ISLAM JUGA DAPAT MENGINGAT PERJUANGAN DAN JIHAD RASULLAH SAW DAN SAHABAT SEWAKTU MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DAHULU.
SEBAHAGIAN ULAMA BERPENDAPAT BAHAWA HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH UMRAH ADALAH WAJIB ATAU FARDU BAGI ORANG YANG BELUM MELAKSANAKAN SEMENTARA DIA MAMPU UNTUK MELAKSANAKANNYA.
FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 196;
وَأَتِمُّوا۟ ٱلْحَجَّ وَٱلْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ
“DAN SEMPURNAKANLAH IBADAH HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH”
YAYASAN ADDIN BERHARAP SEMUA PELAJAR DI MTQ 6 PADANG RENGAS GUNAKAN ILMU YANG TELAH DIKONGSIKAN ITU DENGAN SEBAIKNYA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELAJAR, GURU SERTA KAKITANGAN MTQ 6 YANG TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN YANG SEPENUH KEPADA PROGRAM INI. SEMOGA AKTIVITI-AKTIVITI SEPERTI YANG TELAH DILAKSANAKAN DALAM PROGRAM INI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA YANG AKAN DATANG.