https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1608082041.jpg

BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021

PERMOHONAN DIBUKA- SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 MULA DIBUKA PADA 15 DISEMBER 2020 SEHINGGA 31 JANUARI 2021.

𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡𝐢 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐈𝐏𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤.

TERUSKAN BERSAMA MAIPK, ANDA BERSAMA KAMI BERERTI ANDA MEMBANTU ASNAF. MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN ZAKAT LAYARI : WWW.MAIAMP.GOV.MY

SUMBER: ZAKAT PERAK-MAIPK

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_034_1607486266.jpg

JOM BELI DAN WAKAF AL-QURAN!

SETIAP TAHUN, YAYASAN ADDIN AKAN BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN LEBIH KURANG 400 NASKHAH AL-QURAN BAGI KEGUNAAN HAFAZAN PARA PELAJAR BAHARU MTQ ADDIN. INI BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN AL-QURAN YANG DIGUNAKAN ADALAH SELARAS DI SELURUH DI SELURUH MAAHAD KELOLAAN YAYASAN ADDIN. 

     WALAU BAGAIMANAPUN, KOS KESELURUHAN UNTUK PENYEDIAAN AL-QURAN SECARA PERCUMA INI TIDAKLAH SEDIKIT. DENGAN HARGA PASARAN SEBANYAK RM40.00 BAGI SENASKHAH AL-QURAN SAIZ A5 BERSERTA TERJEMAHAN, DIANGGARKAN YAYASAN ADDIN MEMERLUKAN SEBANYAK RM16,000.00 SETAHUN UNTUK HASRAT INI.

     OLEH ITU, YAYASAN ADDIN MELALUI SYARIKATNYA ADDIN GLOBAL ENTERPRISE INGIN MEMPELAWA PARA DERMAWAN AGAR SUDI MEMBANTU HASRAT MURNI INI, DENGAN MENYUMBANG SEBERAPA SAHAJA NILAI WANG YANG TERMAMPU. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERBELANJA UNTUK SAHAM AKHIRAT, SEBAGAI PEMBERAT TIMBANGAN AMALAN KITA DI SANA KELAK. INSYAALLAH.

SALURKAN SUMBANGAN ANDA DENGAN HANYA KLIK PADA PAUTAN BERIKUT --> HTTPS://REBRAND.LY/MMAFM

ATAU, MELALUI AKAUN BANK:

MAYBANK: ADDIN GLOBAL ENTERPRISE

NOMBOR AKAUN: 5582 8431 0481

 

JOM BERWAKAF!

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1606968524.jpg

AGIHAN ZAKAT BAGI BULAN SEPT DAN OKTOBER 2020

ALHAMDULILLAH, KUTIPAN ZAKAT BAGI BULAN SEPT DAN OKT 2020 TELAH SELAMAT KAMI AGIHKAN MENGIKUT ASNAF YANG TELAH DITENTUKAN MELALUI MTQ ADDIN YANG TELAH DIPUTUSKAN.

BERIKUT KAMI KONGSIKAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT CAWANGAN BAGI TAHUN 2020 (BULAN SEPTEMBER-OKTOBER).

 

SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN, TERDAPAT 26 BUAH MAAHAD TAHFIZ ADDIN DIBAWAH KELOLAAN KAMI DAN ALHAMDULILLAH MTQ ADDIN YANG TERSENARAI TELAH MENERIMA MANFAAT AGIHAN ZAKAT TERSEBUT MELALUI ASNAF FAKIR MISKIN, ASNAF FI SABILILLAH DAN ASNAF GHORIMIN SERTA AMIL.

KAMI MENDOAKAN AGAR PARA PENYUMBANG BUDIMAN SEKALIAN TERUS DIMURAHKAN REZEKI DILIMPAHRUAHKAN REZEKI YANG HALAL LAGI BAIK SERTA KAMI MENGHARAPKAN AGAR TERUS MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK ANAK TAHFIZ DI BAWAH KELOLAAN KAMI.

KAMI MENGALU-ALUKAN TUAN/PUAN MEMBAYAR ZAKAT MELALUI KAMI AGAR DAPAT KAMI MEMBANTU PENGURUSAN MTQ ADDIN SERTA PARA PELAJAR YANG LAYAK. ZAKAT YANG TUAN / PUAN KELUARKAN LAYAK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI 100%.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, TUAN/PUAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN
019-5752956/0195909612

 

TUAN/PUAN BOLEH LAYARI LAMAN WEB DI BAWAH UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN:

ZAKAT ADDIN ONLINE

TERIMA KASIH.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA SEMUA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1606898450.jpg

2 PELAJAR LULUS DENGAN CEMERLANG UJIAN PERSIJILAN KHATAM PADA BULAN NOVEMBER

ALHAMDULILLAH 

PADA BULAN NOVEMBER 2 PELAJAR DARI MTQ AIR KUNING DAN MTQ BATU KURAU  TELAH LULUS UJIAN PERSIJILAN KHATAM AL-QURAN BAGI SESI 2020 . UNTUK MAKLUMAT SEMUA , PELAJAR YANG TELAH KHATAM DI SELURUH CAWANGAN MTQ ADDIN AKAN MENDUDUKI UJIAN PERSIJILAN KHATAM UNTUK MELAYAKKAN DIRI UNTUK MENERIMA SIJIL KHATAM . CALON AKAN DISOAL SEBANYAK 2 SOALAN BAGI SETIAP JUZUK 1 - 5 & 30 . MOGA - MOGA MEREKA SEMUA TERUS BERJAYA DUNIA AKHIRAT .

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1606808067.jpg

PENAZIRAN AL QURAN DALAM PENGGUNAAN ASIS BULAN OKTOBER

ASSALAMUALAIKUM,
MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI SELURUH PENGETUA , DISINI SAYA UCAPKAN :

TAHNIAH KEPADA :

A) MTQ SERUAN, MTQ TAMBUN, MTQ SEMENYIH, MTQ CHOPIN,MTQ KG KELAN, MTQ B. GAJAH & MTQ SG. KATI YANG MENDAPAT MARKAH TERTINGGI BAGI PENGGUNAAN ASIS BULAN OKTOBER DI ANTARA SELURUH CAWANGAN MENENGAH BAWAH.

B) MTQ M. NAWAR  PULA MENDAPAT MARKAH TERTINGGI BAGI MENENGAH ATAS BAGI BULAN OKTOBER .

C) MANAKALA 1 CAWANGAN DALAM PERHATIAN :

1. MTQ 02 : TIADA PENINGKATAN

HARAP KEKURANGAN DAPAT DIPERBAIKI DAN PRESTASI YANG BAIK DAPAT DITERUSKAN.

PENAZIRAN BULAN NOVEMBER AKAN DILAKUKAN INSYA ALLAH PADA 15 DISEMBER 2020


KERJASAMA PARA PENGETUA SEKALIAN DIAKHIRI DENGAN UCAPAN JZKK

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1606565869.png

PENDAFTARAN PELAJAR BARU STAM 2021

YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN MEMPELAWA CALON YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN CAWANGAN AIR KUNING KAMPAR

SYARAT PERMOHONAN:
1- WARGANEGARA MALAYSIA
2- BERUMUR TIDAK KURANG DARI 17 TAHUN
3- TELAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM (BAHASA ARAB DALAM PEPRIKSAAN PERCUBAAN SEKURANG - KURANGNYA B)
4- LULUS UJIAN KEMASUKAN STAM

CARA MEMOHON:
DAFTAR SECARA ATAS TALIAN DI WEBSITE
MAAHADTAHFIZADDIN.EDU.MY

TARIKH, WAKTU DAN TEMPAT TEMUDUGA:

13 JANUARI 2021 / 9.00 PG
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN AIR KUNING. LOT 7732, JALAN BANIR KG BARU AIR KUNING 31920 KAMPAR PERAK.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN STAM

011-24022990 (CIK AZIRA)

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1606100270jpeg

GRADUAN DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN LTDQ ADDIN TAPAH KE MESIR

ISNIN, 23 NOVEMBER 2020.
ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KEPADA GRADUAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN ADDIN TAPAH YANG TELAH BERLEPAS KE SHOUBRA, MESIR UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN PADA TENGAH MALAM 22 NOVEMBER 2020 DARI KLIA.

MEREKA IALAH:
1. MOHD 'UKKASYAH BIN MOHD NAZRI
2. ABDUL HADI BIN ASFAWANI
3. NASHREEN HAFIDZ BIN MUJNI
4. ZAFRI NAJMI BIN DZULKIFLI
5. MUHAMMAD HUSAIN BIN KHAIRUL HELMI
6. ARDINISA NAJATI BINTI NOOR RIZAL
7. ILYLIA MAISARAH BINTI MOHD KAMIL
8. A’INUL HAFIZAH BINTI ABDUL KARIM
9. SAKINAH BINTI SHAHNOM

TELAH DIADAKAN MAJLIS RINGKAS PELEPASAN DAN AMANAT AKHIR OLEH PENGARAH DARUL QURAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BERJUMLAH RM 3,747.00 UNTUK SETIAP PELAJAR HASIL SUMBANGAN PERSEORANGAN, AWFATECH SDN BHD DAN ORANG RAMAI SERTA PERUNTUKAN ZAKAT YAYASAN ADDIN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN.

SEMOGA MEREKA BAKAL MERAIH KEJAYAAN YG GEMILANG SERTA DAPAT MENYEBARKAN ILMU DI TENGAH MASYARAKAT.

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PENYUMBANG YANG MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN KOS PENGURUSAN MEREKA TERUTAMANYA ORANG NOMBOR SATU PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERAK.

WARGA YAYASAN ADDIN MERAKAMKAN UCAPAN SETINGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEJAYAAN ANDA SEMUA. KAMI DISINI MENDOAKAN AGAR ANDA SEMUA DIBERKATI DAN DILINDUNGI DARIPADA SEBARANG PENYAKIT. SELAMAT MENUNTUT ILMU DENGAN JAYANYA. SEMOGA DENGAN KEBERKATAN ILMU YANG DIPELAJARI, DAPAT ANDA SAMPAIKAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG.


في حفظ اللّه و مرضاة اللّه دآئما، إن شآء اللّه.

 

 

 

 

LAGI

Page 25 of 36