https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1652414336.jpg

7 PELAJAR LULUS UJIAN PERSIJILAN KHATAM DAN PRA SYAHADAH ADDIN BULAN APRIL

 

ALHAMDULILLAH 

TERLAKAR LAGI 1 SEJARAH BERMAKNA BUAT MAAHAD TAHFIZ ALQURAN WAL QIRAAT ADDIN APABILA PELAJAR - PELAJAR DARI CAWANGAN MTQ ADDIN YAITU :

( LULUS UJIAN PERSIJILAN KHATAM ADDIN )

 
~KLIK NAMA UNTUK LIHAT GAMBAR~
 
( LULUS UJIAN PERSIJILAN KHATAM ADDIN )

WALAUPUN KITA BERADA DI DALAM TEMPOH MENCABAR , TETAPI TETAP MEREKA MENYELESAI HAFALAN KESELURUHAN ALQURAN DAN LULUS UJIAN PRA SYAHADAH PERINGKAT ADDIN.
 
DOAKAN AGAR TAHFIZ KAMI DAPAT MELAHIRKAN LEBIH RAMAI LAGI HAFIZ QURAN PROFESIONAL YANG BERTAQWA DAN BERAMAL DENGAN AL QURAN. DALAM KESIBUKAN ANAK-ANAK MUDA MENGHABISKAN MASA LEKA DENGAN GADJET, DI TAMAN2 PERMAINAN DAN DI SHOPPING KOMPLEKS, TETAPI ANAK2 TAHFIZ INI SIBUKKAN DIRI UTK MENGHAFAL QURAN DEMI IBUBAPA DAN AKHIRAT TERCINTA.


 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1652246012.jpg

KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH

PADA HARI SELASA , 10 MEI 2022 , TELAH BERLANGSUNGNYA KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) NEGERI SABAH BERTEMPAT DI INSTITUSI KEMAHIRAN ISLAM DARUL RIDZUAN ( IKDAR ) YANG DIHADIRI OLEH PENGARAH SENDIRI IAITU PN. TIANINUN, KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN: PN. ZARINA MUSTAFA, KETUA UNIT PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN: DR. TETTY RUZIYATI A. HAMID, KETUA UNIT KEUSAHAWANAN: PN. HARYATI MUSTAPHA, DAN KETUA UNIT TENAGA KERJA: PN. REGINA MARRY SIKAIN. MAJLIS DIPENGERUSIKAN OLEH REKTOR: DR. MUHAMMAD FAIZAL TAHIRUDDIN. TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI AHLI LEMBAGA PENASIHAT IKDAR IAITU DR, MUHAMMAD HAFIZ SALLEH DAN TUAN HAJI MOHD SABRI NORDIN (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN).

HASIL DARI KUNJUNGAN HORMAT INI DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG KEMAHIRAN DENGAN TAJAAN PENUH DARI JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA ( JPSM ) NEGERI SABAH SAMA ADA PELAJAR SEMENANJUNG KE SABAH ATAU PELAJAR SABAH DATANG KE SEMENANJUNG.

ANTARA KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH ADALAH :

1- PEMANDU PENYELAM ( DIVEMASTER )

2- RIGGING & SLINGING ( ADVANCE ) AND BLASTER PAINTER LEVEL 1 & 2

3- PEMANDU KENDERAAN BAS BESAR PSV

4- ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA ( KAP )

5- KURSUS PERKAPALAN

6- KURSUS CITY & GUILDS DIPLOMA KEMAHIRAN PENYEDIAAN MAKANAN DAN MASAKAN

 

SEMOGA USAHA INI DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN PELAJAR-PELAJAR KITA SAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1651715623.jpg

UCAPAN HARI RAYA DARI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 ..... تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻

SEMOGA ALLAH MENERIMA SELURUH AMAL IBADAH KITA SEPANJANG BULAN RAMADHAN YANG LALU.

RAMADHAN TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA. NAMUN LAMBAIAN SYAWAL PULA SEDANG KITA LALUI.

DENGAN LUHUR HATI IKHLAS KEMAAFAN, SEMOGA SILAP DAN SALAH MOHON DI AMPUNI.

KAMI AMAT MENGHARGAI SOKONGAN DAN DOKONGAN ANDA SEMUA SELAMA INI.

TERUSKANLAH MENYOKONG KAMI MEMARTABATKAN AL QURAN DIHATI MASYARAKAT.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗮𝗳 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘁𝗶𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠 | 𝟭𝟰𝟰𝟯𝗛.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS :
HJ MOHD SABRI NORDIN SERTA WARGA YAYASAN ADDIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1651124080.jpg

PROGRAM WORLD QURAN HOUR 2022

PADA 26 APRIL 2022 BERSAMAAN 24 RAMADHAN 1443H , ALHAMDULILLAH, TELAH BERLANGSUNG PROGRAM WORLD QURAN HOUR PERINGKAT YAYASAN ADDIN SEMALAM PADA JAM 9:30 PAGI DENGAN JAYANYA DI SEMUA CAWANGAN MTQ ADDIN. WORLD #QURANHOUR TAHUN INI MENGANGKAT DAN BERINTERAKSI DENGAN SURAH AL-SAJDAH YANG MENSASARKAN MISI DUNIA BERSUJUD DAN MEMBENTUK INSAN BERSUJUD.

SEMOGA KEMULIAAN AL-QURAN SENTIASA MENGHIASI AKHLAK DAN PERIBADI PELAJAR-PELAJAR MTQ ADDIN JUGA KITA SELURUHNYA, KEKAL MENERANGI HATI NURANI DAN MENJADI SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK. AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.

SINOPSIS SURAH AS-SAJDAH : 

SURAH AS-SAJDAH (سورة السجدة) ADALAH SURAH KE-32 DALAM AL-QURAN . SURAH INI BERMULA AYAT 1 HINGGA 30 , BERMULA DARI  MUKA SURAT 415 HINGGA MUKA SURAT 417 DAN TERMASUK GOLONGAN SURAH MAKKIYYAH SERTA DITURUNKAN SESUDAH SURAH AL-MU’MINUN. DINAMAKAN AS SAJDAH KERANA PADA AYAT YANG KE-15 DALAM SURAH INI TERDAPAT AYAT SAJDAH(SUJUD).

SURAH AS-SAJDAH:15 

 ۩ اِنَّمَا يُؤْمِنُ بِاٰيٰتِنَا الَّذِيْنَ اِذَا ذُكِّرُوْا بِهَا خَرُّوْا سُجَّدًا وَّسَبَّحُوْا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُوْنَ 

  1. ORANG-ORANG YANG BERIMAN DENGAN AYAT-AYAT KAMI, HANYALAH ORANG-ORANG YANG APABILA DIPERINGATKAN DENGANNYA (AYAT-AYAT KAMI), MEREKA MENYUNGKUR SUJUD DAN BERTASBIH SERTA MEMUJI TUHANNYA, DAN MEREKA TIDAK MENYOMBONGKAN DIRI.

KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI DALAM SURAH AS-SAJDAH :

1.KEUTAMAAN BERSUJUD  

SUJUD SAJDAH MERUPAKAN ANTARA PERKARA YANG PENTING DALAM SURAH INI. SUJUD IALAH SATU PERBUATAN YANG SANGAT DISUKAI ALLAH. BETAPA INDAHNYA SUJUD, IALAH KETIKA SEORANG HAMBA MENYEDARI KELEMAHAN DIRI DAN MELETAKKAN KEPALANYA KE TANAH, KEMUDIAN BERDOA DAN MELETAKKAN PENGHARAPAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH YANG MAHA TINGGI.

DARI ABU HURAIRAH RA, RASULULLAH SAW BERSABDA:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ، وَهُوَ سَاجِدٌ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

“WAKTU YANG PALING DEKAT ANTARA SEORANG HAMBA DENGAN TUHANNYA ADALAH KETIKA SUJUD, MAKA PERBANYAKLAH DOA.”

2.KEJADIAN MANUSIA

YANG MENCIPTAKAN TIAP-TIAP SESUATU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, DAN DIMULAKANNYA KEJADIAN MANUSIA BERASAL DARI TANAH  (7)

KEMUDIAN IA MENJADIKAN KETURUNAN MANUSIA ITU DARI SEJENIS PATI, IAITU DARI AIR (BENIH) YANG SEDIKIT DIPANDANG ORANG (8)

KEMUDIAN IA MENYEMPURNAKAN KEJADIANNYA, SERTA MENIUPKAN PADANYA: ROH CIPTAANNYA. DAN IA MENGURNIAKAN KEPADA KAMU PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN SERTA HATI (AKAL FIKIRAN), (SUPAYA KAMU BERSYUKUR, TETAPI) AMATLAH SEDIKIT KAMU BERSYUKUR. (9)

SURAH AS-SAJDAH, AYAT 7-9

MANUSIA YANG PERTAMA IAITU NABI ADAM AS DICIPTAKAN DARI TANAH, KEMUDIAN KELANGSUNGAN MANUSIA DITERUSKAN DENGAN PERSENYAWAAN ANTARA AIR MANI LELAKI DAN OVUM WANITA. SEL-SEL AKAN BERKEMBANG DALAM RAHIM IBU SEHINGGA MEMBENTUK DAGING DAN TULANG. SEHINGGALAH SAMPAI SUATU KETIKA SEKITAR 120 HARI, DITIUPKAN ROH KE DALAM BAYI ITU.

3.PENYESALAN KETIKA DI AKHIRAT TIADA BERGUNA

وَلَوْ تَرٰىٓ اِذِ الْمُجْرِمُوْنَ نَاكِسُوْا رُءُوْسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْۗ رَبَّنَآ اَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا اِنَّا مُوْقِنُوْنَ

DAN (SUNGGUH NGERI) SEKIRANYA ENGKAU MELIHAT KETIKA ORANG-ORANG YANG BERDOSA ITU MENUNDUKKAN KEPALANYA DI HADAPAN TUHAN MEREKA (DALAM KEADAAN MALU DAN HINA, SAMBIL MERAYU): “WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH MELIHAT DAN MENDENGAR DENGAN SEJELAS-JELASNYA (AKAN SEGALA YANG KAMI INGKARI DAHULU); MAKA KEMBALIKANLAH KAMI KE DUNIA SUPAYA KAMI MENGERJAKAN AMAL-AMAL YANG BAIK; SESUNGGUHNYA KAMI SEKARANG TELAH YAKIN”.

SURAH AS-SAJDAH AYAT 12

KITA SEMUA PERLU YAKIN PADA JANJI-JANJI ALLAH. SESUNGGUHNYA SYURGA ITU BENAR, NERAKA ITU BENAR. LIHATLAH APA YANG MEREKA INGINKAN JIKA DAPAT KEMBALI KE DUNIA, MEREKA HANYA INGIN MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN KERANA MEREKA TELAH MELIHAT NILAI AMAL TERSEBUT. TETAPI ADAKAH KETIKA ITU, KITA DAPAT KEMBALI KE DUNIA…

MAKA GUNAKANLAH MASA YANG SINGKAT DI DUNIA INI UNTUK MELAKUKAN AMAL SOLEH.

 4.AZAB YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA

فَذُوْقُوْا بِمَا نَسِيْتُمْ لِقَاۤءَ يَوْمِكُمْ هٰذَاۚ اِنَّا نَسِيْنٰكُمْ وَذُوْقُوْا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ

MAKA RASAKANLAH OLEHMU (AZAB INI) DISEBABKAN KAMU MELALAIKAN PERTEMUAN DENGAN HARIMU INI (HARI KIAMAT), SESUNGGUHNYA KAMI PUN MELALAIKAN KAMU DAN RASAKANLAH AZAB YANG KEKAL, ATAS APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN.”

SURAH AS-SAJDAH AYAT 14

 5.SIFAT ORANG BERIMAN

ORANG-ORANG YANG BERIMAN DENGAN AYAT-AYAT KAMI, HANYALAH ORANG-ORANG YANG APABILA DIPERINGATKAN DENGANNYA (AYAT-AYAT KAMI), MEREKA MENYUNGKUR SUJUD DAN BERTASBIH SERTA MEMUJI TUHANNYA, DAN MEREKA TIDAK MENYOMBONGKAN DIRI.

AS-SAJDAH, AYAT 15

MEREKA MERENGGANGKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR, (SEDIKIT SANGAT TIDUR, KERANA MENGERJAKAN SEMBAHYANG TAHAJJUD DAN AMAL-AMAL SOLEH); MEREKA SENTIASA BERDOA KEPADA TUHAN MEREKA DENGAN PERASAAN TAKUT (AKAN KEMURKAANNYA) SERTA DENGAN PERASAAN INGIN MEMPEROLEHI LAGI (KEREDAANNYA); DAN MEREKA SELALU PULA MENDERMAKAN SEBAHAGIAN DARI APA YANG KAMI BERI KEPADA MEREKA
AS-SAJDAH, AYAT 16

DUA AYAT INI MENCERITAKAN TENTANG SIFAT ORANG BERIMAN IAITU:

  1. MEREKA SUJUD DAN BERTASBIH KETIKA MENDENGAR AYAT-AYAT QURAN
  2. TIDAK SOMBONG DAN MERENDAH DIRI
  3. KURANG TIDURNYA KERANA MENGHIDUPKAN MALAMNYA DENGAN SOLAT TAHAJJUD DAN AMAL-AMAL SOLEH.
  4. SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH MENGHARAPKAN KEREDAANNYA.
  5. SELALU MENDERMA

 6.BALASAN ORANG BERIMAN VS ORANG FASIK

ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN, MAKA MEREKA AKAN MENDAPAT SURGA-SURGA TEMPAT KEDIAMAN, SEBAGAI PAHALA ATAS APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN. (19)

DAN ADAPUN ORANG-ORANG YANG FASIK (KAFIR), MAKA TEMPAT KEDIAMAN MEREKA ADALAH NERAKA. SETIAP KALI MEREKA HENDAK KELUAR DARINYA, MEREKA DIKEMBALIKAN (LAGI) KE DALAMNYA DAN DIKATAKAN KEPADA MEREKA, “RASAKANLAH AZAB NERAKA YANG DAHULU KAMU DUSTAKAN.” (20)

AS-SAJDAH AYAT 19 DAN 20 

7.MENSYUKURI NIKMAT TUHAN

اَوَلَمْ يَرَوْا اَنَّا نَسُوْقُ الْمَاۤءَ اِلَى الْاَرْضِ الْجُرُزِ فَنُخْرِجُ بِهٖ زَرْعًا تَأْكُلُ مِنْهُ اَنْعَامُهُمْ وَاَنْفُسُهُمْۗ اَفَلَا يُبْصِرُوْنَ

DAN TIDAKKAH MEREKA MEMPERHATIKAN, BAHWA KAMI MENGARAHKAN (AWAN YANG MENGANDUNG) AIR KE BUMI YANG TANDUS, LALU KAMI TUMBUHKAN (DENGAN AIR HUJAN ITU) TANAM-TANAMAN SEHINGGA HEWAN-HEWAN TERNAK MEREKA DAN MEREKA SENDIRI DAPAT MAKAN DARINYA. MAKA MENGAPA MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN?

TERDAPAT BANYAK PENGAJARAN SURAH AS-SAJDAH YANG KITA BOLEH TERAPKAN DALAM KEHIDUPAN. SEMOGA KITA DAPAT MENERAPKAN SERBA SEDIKIT PENGAJARAN TENTANG SURAH AS-SAJDAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA. WALLAHUA'LAM.

WORLDQURANHOUR
#ASSAJDAH
#YAYASANADDIN
#MENUJUTAQWA

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1650946909.jpg

PERASMIAN & TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM SUMUR PERINGKAT ADDIN 2022

 
 PADA 26 APRIL 2022 HARI SELASA BERLANSUNGNYA MAJLIS PERASMIAN & TAKLIMAT PROGRAM SUMUR PERINGKAT ADDIN 2022 YANG DIHADIRI OLEH WAKIL - WAKIL MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN. PROGRAM BERMULA DENGAN UCAPAN PERASMIAN UST DHIA ADDIN SEBAGAI KETUA PENYELARASAN JEMAAH PENGURUSAN ADDIN DAN DITERUSKAN DENGAN TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM SUMUR. 
 


ANTARA WAKIL CAWANGAN YANG HADIR ADALAH :

1.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 07 TAMBUN
2.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 08 AIR KUNING
3.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 10 SG KATI
4.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 11 SERUAN ISLAM
5.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 12 CHANGKAT CERMIN
6.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 16 BATU GAJAH
7.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 24 TELAGA NENAS
8.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 06 PADANG RENGAS
9.MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 04 TAPAH

SEJARAH PROGRAM SUMUR PERINGKAT ADDIN

LATAR BELAKANG

 

  1. SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) ADALAH IDEA DAN HASRAT YB. DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DAN DISAMBUT BAIK OLEH YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN . HASRAT PERLAKSANAAN  PROGRAM SUMUR INI MULA DISEBUT DI MAJLIS PENUTUP KOKURIKULUM PERINGKAT ADDIN BERTEMPAT DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING , KEDAH OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN HJ MOHD SABRI BIN NORDIN PADA TAHUN 2015. SECARA RASMINYA PROGRAM SUMUR MULA DILAKSANAKAN DI PERINGKAT ADDIN BERMULA TAHUN 2016 SEHINGGALAH KINI .

 

  1. MATLAMAT MODUL INI ADALAH UNTUK; MELAHIRKAN MURID YANG MEMILIKI PERSONALITI TERPUJI DAN BOLEH DICONTOHI OLEH MURID-MURID LAIN, SENTIASA MEMBURU ILMU UNTUK KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT, MEMPRAKTIKKAN AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG CEMERLANG DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN, MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP SERTA BERUSAHA MENINGKATKAN DAYA KEPIMPINAN DAN BERSEMANGAT PATRIOTISMA.

 

 

MATLAMAT PROGRAM SUMUR

 

  1. MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMILIKI PERSONALITI TERPUJI DAN BOLEH DICONTOHI
  2. MELAHIRKAN PELAJAR YANG SENTIASA MEMBURU ILMU UNTUK KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
  3. MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPRAKTIKKAN AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG CEMERLANG
  4. MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI DAN BERUSAHA MENINGKATKAN DAYA KEPIMPINAN
  5. MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTISME YANG TINGGI

 

OBJEKTIF PROGRAM SUMUR

 

  1. PELAJAR DAPAT MENUNAIKAN SOLAT YANG BERKUALITI SERTA MENGHAFAZ AYAT LAZIM DAN MENGAMALKAN ZIKIR DAN DOA.
  2. PELAJAR MENGAMALKAN CARA BERPAKAIAN YANG SESUAI MENURUT SYARAK.
  3. PELAJAR PELAJAR MEMPUNYAI ADAB DAN BERSIKAP POSITIF DAN PROAKTIF
  4. PELAJAR MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI, SEMANGAT JUANG DAN TETAP PENDIRIAN
  5. PELAJAR MENGAMALKAN AMALAN BERBUDI BAHASA



  

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1650943063.png

PROGRAM SINGGAH SAHUR BERSAMA YAB MENTERI BELIA & SUKAN

PADA 24 APRIL 2022, AHAD , TELAH BERLANGSUNGNYA PROGRAM SINGGAH SAHUR BERSAMA YAB MENTERI BELIA DAN SUKAN. SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT DAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YAB MENTERI BELIA & SUKAN, DATO SRI MUHAMMAD FAIZAL BIN AZUMU , BARISAN MEDIA SERTA ROMBONGAN BELIA PERAK KERANA TELAH MEMILIH MTQ ADDIN 07 TAMBUN SEBAGAI DESTINASI BAGI PROGRAM SINGGAH SAHUR PADA PAGI TERSEBUT DENGAN KEHADIRAN KONVOI MOTOSIKAL SEAWAL JAM 3.30 PAGI. PROGRAM INI JUGA MELIBATKAN SEMUA WARGA PELAJAR MTQ ADDIN 7 TAMBUN. MUDAH-MUDAHAN SEGALA USAHA BAIK INI MENDAPAT PAHALA DAN BERKAT DARI ALLAH SWT.

 


LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_046_1650873516.png

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARI MARA

PADA PAGI JUMAAT , 22 APRIL 2022 , TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARI MARA KEPADA PELAJAR ASNAF.PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 9.00 PAGI DI PUSAT ISLAM AL-SHATIBI.PROGRAM DITERUSKAN DENGAN PENYERAHAN ZAKAT DARIPADA PIHAK MARA BATANG PADANG, PERAK IAITU ENCIK RIDHUAN KEPADA PELAJAR ASNAF.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK MARA. SEMOGA HUBUNGAN DIANTARA KITA AKAN BERTERUSAN.

 

 

LAGI