https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_044_1619572900.png

SALAM NUZUL QURAN 1442H

BULAN RAMADAN MERUPAKAN PENGHULU SEGALA BULAN, PADANYA KEMULIAAN YANG SANGAT BESAR KERANA DITURUNKAN AL-QURAN KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW MELALUI MALAIKAT JIBRAIL ALAIHISSALAM. ANTARA KEMULIAAN AL-QURAN IALAH SUMBER HUKUM UTAMA YANG MENJADI PETUNJUK SERTA KETERANGAN-KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK DAN MENJELASKAN ANTARA YANG BENAR DAN YANG SALAH KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA.

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN INI ADA DIRAKAMKAN DI DALAM SURAH AD-DUKHAN AYAT KE-3, IAITU ALLAH SWT BERFIRMAN, MAKSUDNYA: "SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AL-QURAN ITU PADA MALAM YANG BERKAT, (KAMI BERBUAT DEMIKIAN) KERANA SESUNGGUHNYA KAMI SENTIASA MEMBERI PERINGATAN DAN AMARAN (JANGAN HAMBA-HAMBA KAMI DITIMPA AZAB).

ULAMA MENAFSIRKAN "MALAM YANG BERKAT" ITU IALAH MALAM AL-QADR IAITU MANA-MANA MALAM DALAM BULAN RAMADAN AL MUBARAK YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT UNTUK DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA DAN MENTADABBUR AL-QURAN AGAR IA MENJADI SATU AMALAN KEBIASAAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SERTA DAPAT BERAMAL DENGAN SEGALA ISI KANDUNGANNYA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_044_1617683936.png

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

1 APRIL 2021 - PADA HARI KHAMIS YANG LALU, TELAH BERLANGSUNG SATU PERTEMUAN ANTARA YAYASAN ADDIN DAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DI DEWAN SYURA A, BLOK A, KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA. WAKIL PIHAK JAKIM YANG HADIR DALAM PERTEMUAN TERSEBUT IALAH TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR) JAKIM, USTAZAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF, PENGARAH PENDIDIKAN JAKIM, USTAZ AMINUDIN BIN MOHAMAD DAN USTAZ ROSTAM.

TUJUAN KUNJUNGAN INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMPERKENALKAN YAYASAN ADDIN DI SAMPING BEBERAPA PERBINCANGAN, PERKONGSIAN BUAH FIKIRAN DUA HALA DALAM MEMARTABATKAN INSTITUSI TAHFIZ DI NEGARA INI BERSESUAIAN DENGAN ARUS PERDANA.

PERTEMUAN INI BERAKHIR DENGAN UCAPAN PENGHARGAAN DARIPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KENANG-KENANGAN. SEMOGA KERJASAMA DAN UKHUWAH YANG TERJALIN INI DAPAT DIPERKUKUH DAN MEMBERIKAN MANFAAT YANG LEBIH BESAR KEPADA MASYARAKAT PADA MASA AKAN DATANG.

SEKIAN, TERIMA KASIH.