https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1611302463.jpg

MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DAN PELAKSANAAN PDP

BERIKUTAN PERKEMBANGAN SITUASI SEMASA PKP YANG DILAPORKAN OLEH PIHAK MKN, KKM DAN KPM BARU-BARU INI, SEMUA CAWANGAN MTQ ADDIN DIARAHKAN UNTUK MELAKSANAKAN OPERASI PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA.

OLEH ITU, PIHAK YAYASAN ADDIN INGIN MEMAKLUMKAN BEBERAPA PERKARA SEPERTI BERIKUT:-

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2021

1. PELAJAR TINGKATAN 1, TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 TAHUN 2021 DIKEHENDAKI MELAKUKAN PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN.

2. CADANGAN TAKLIMAT IBU BAPA SECARA DALAM TALIAN:


• TARIKH: 23 JANUARI 2021 (SABTU)
• MASA: 10.00 AM - 12.45 PM
• APLIKASI: GOOGLE MEET/ ZOOM
• TENTATIF:

10.00 AM - 10.15 AM (KATA ALU-ALUAN)

10.15 AM - 11.00 AM (BAHAGIAN PENTADBIRAN)

11.10 AM - 11.50 AM (BAHAGIAN AKADEMIK)

12.00 PM - 12.40 PM (BAHAGIAN PENDAFTAR & HAL EHWAL PELAJAR)

 

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)


1. PELAJAR YANG BERADA DI RUMAH TIDAK DIBENARKAN PULANG KE ASRAMA DAN PERLU MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA DALAM TALIAN.
2. BAGI GURU YANG TINGGAL DI LUAR DAN PELAJAR TINGGAL DI ASRAMA, KELAS DIJALANKAN SECARA DALAM TALIAN.
3. KELAS SECARA BERSEMUKA HANYA DIJALANKAN BAGI PELAJAR DAN GURU YANG TINGGAL DALAM KAWASAN ASRAMA SAHAJA.
4. TARIKH MULA KELAS DALAM TALIAN INI IALAH PADA 25/1/2021 (ISNIN).
5. PENYUSUNAN JADUAL KELAS DAN PELAKSANAAN MODUL MENGAJAR BAGI SETIAP CAWANGAN ADALAH MENGIKUT KETETAPAN MASING-MASING BERDASARKAN BEBERAPA GARIS PANDUAN YANG TELAH DIBERIKAN.
6. OLEH ITU, SEMUA GURU DIMINTA MELAKUKAN PERSIAPAN YANG LENGKAP SEPERTI MENYEDIAKAN ALAT BANTU / BAHAN BANTU MENGAJAR SEBELUM KELAS DALAM TALIAN DIJALANKAN.
7. PEMAKLUMAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SEHINGGA PENGUMUMAN LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.
جزاكم الله خيرا جزاء


MOHD SABRI BIN NORDIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN ADDIN

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1609644690.jpg

انا لله وانا اليه راجعون

HILANG SATU DI ANTARA PERMATA DUNIA.
PAGI INI, KAMI MENDAPAT PERKHABARAN PEMERGIAN USTAZ AMINUDDIN BIN ABD HAMID KE RAHMATULLAH. BELIAU MERANGKAP PENGERUSI JEMAAH PENGURUSAN MTQ4 JUGA MERUPAKAN ORANG YANG SANGAT BERJASA DI MTQ ADDIN TAPAH DARI AWAL PENUBUHAN SEHINGGA KINI.
SUNGGUHNYA JASA DAN PENGORBANAN BELIAU AMAT TIDAK TERBALAS. TIADA LAGI KETEGASAN BELIAU, TIADA LAGI IDEA BERNAS DARI BELIAU. SEMOGA ALLAH SWT MENEMPATKAN BELIAU DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. HUSNUL KHOTIMAH YAA RABB YAA ALLAH YAA ARHAMARROHIMIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1609469313.jpg

MAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR ADDIN SESI 2021

MAKLUMAN TARIKH KEMASUKAN PELAJAR ADDIN BAGI SESI 2021 ADALAH SEPERTI TERTERA DI ATAS. KEMASUKAN BAGI PELAJAR BARU (LELAKI DAN PEREMPUAN) TINGKATAN 1 SESI 2021 MASIH LAGI DIBUKA. PERMOHONAN ADALAH SECARA ATAS TALIAN DI LINK WEB RASMI KAMI DISINI . SEGALA PERTANYAAN DAN PERSOALAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 05 5060223 / 0195749612

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_041_1609466820.jpg

CAWANGAN MTQ ADDIN YANG CEMERLANG DALAM PENGGUNAAN ASIS ALQURAN SEPANJANG TAHUN 2020

BERITA PENAZIRAN ALQURAN TERKINI

SETELAH MENILAI MARKAH KESELURUHAN DALAM PENGGUNAAN ASIS ALQURAN SEPANJANG TAHUN, 4 CAWANGAN MTQ ADDIN TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI CAWANGAN YANG TERBAIK.

TAHNIAH DIUCAPKAN ATAS KEJAYAAN YANG DICAPAI, PASTINYA KEJAYAAN INI ADALAH KERJASAMA PENGETUA BESERTA PASUKANNYA DALAM MENGURUSKAN SEKOLAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN.PIHAK PENAZIRAN ALQURAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN BAGI CAWANGAN LAIN YANG TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI CAWANGAN YANG TERBAIK, MOGA TERUS MENAMBAH BAIK DAN MEMPERBAIKI SEGALA KEKURANGAN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1608082041.jpg

BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021

PERMOHONAN DIBUKA- SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 MULA DIBUKA PADA 15 DISEMBER 2020 SEHINGGA 31 JANUARI 2021.

𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡𝐢 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐈𝐏𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤.

TERUSKAN BERSAMA MAIPK, ANDA BERSAMA KAMI BERERTI ANDA MEMBANTU ASNAF. MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN ZAKAT LAYARI : WWW.MAIAMP.GOV.MY

SUMBER: ZAKAT PERAK-MAIPK

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_034_1607486266.jpg

JOM BELI DAN WAKAF AL-QURAN!

SETIAP TAHUN, YAYASAN ADDIN AKAN BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN LEBIH KURANG 400 NASKHAH AL-QURAN BAGI KEGUNAAN HAFAZAN PARA PELAJAR BAHARU MTQ ADDIN. INI BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN AL-QURAN YANG DIGUNAKAN ADALAH SELARAS DI SELURUH DI SELURUH MAAHAD KELOLAAN YAYASAN ADDIN. 

     WALAU BAGAIMANAPUN, KOS KESELURUHAN UNTUK PENYEDIAAN AL-QURAN SECARA PERCUMA INI TIDAKLAH SEDIKIT. DENGAN HARGA PASARAN SEBANYAK RM40.00 BAGI SENASKHAH AL-QURAN SAIZ A5 BERSERTA TERJEMAHAN, DIANGGARKAN YAYASAN ADDIN MEMERLUKAN SEBANYAK RM16,000.00 SETAHUN UNTUK HASRAT INI.

     OLEH ITU, YAYASAN ADDIN MELALUI SYARIKATNYA ADDIN GLOBAL ENTERPRISE INGIN MEMPELAWA PARA DERMAWAN AGAR SUDI MEMBANTU HASRAT MURNI INI, DENGAN MENYUMBANG SEBERAPA SAHAJA NILAI WANG YANG TERMAMPU. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERBELANJA UNTUK SAHAM AKHIRAT, SEBAGAI PEMBERAT TIMBANGAN AMALAN KITA DI SANA KELAK. INSYAALLAH.

SALURKAN SUMBANGAN ANDA DENGAN HANYA KLIK PADA PAUTAN BERIKUT --> HTTPS://REBRAND.LY/MMAFM

ATAU, MELALUI AKAUN BANK:

MAYBANK: ADDIN GLOBAL ENTERPRISE

NOMBOR AKAUN: 5582 8431 0481

 

JOM BERWAKAF!

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1606968524.jpg

AGIHAN ZAKAT BAGI BULAN SEPT DAN OKTOBER 2020

ALHAMDULILLAH, KUTIPAN ZAKAT BAGI BULAN SEPT DAN OKT 2020 TELAH SELAMAT KAMI AGIHKAN MENGIKUT ASNAF YANG TELAH DITENTUKAN MELALUI MTQ ADDIN YANG TELAH DIPUTUSKAN.

BERIKUT KAMI KONGSIKAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT CAWANGAN BAGI TAHUN 2020 (BULAN SEPTEMBER-OKTOBER).

 

SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN, TERDAPAT 26 BUAH MAAHAD TAHFIZ ADDIN DIBAWAH KELOLAAN KAMI DAN ALHAMDULILLAH MTQ ADDIN YANG TERSENARAI TELAH MENERIMA MANFAAT AGIHAN ZAKAT TERSEBUT MELALUI ASNAF FAKIR MISKIN, ASNAF FI SABILILLAH DAN ASNAF GHORIMIN SERTA AMIL.

KAMI MENDOAKAN AGAR PARA PENYUMBANG BUDIMAN SEKALIAN TERUS DIMURAHKAN REZEKI DILIMPAHRUAHKAN REZEKI YANG HALAL LAGI BAIK SERTA KAMI MENGHARAPKAN AGAR TERUS MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK ANAK TAHFIZ DI BAWAH KELOLAAN KAMI.

KAMI MENGALU-ALUKAN TUAN/PUAN MEMBAYAR ZAKAT MELALUI KAMI AGAR DAPAT KAMI MEMBANTU PENGURUSAN MTQ ADDIN SERTA PARA PELAJAR YANG LAYAK. ZAKAT YANG TUAN / PUAN KELUARKAN LAYAK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI 100%.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, TUAN/PUAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN
019-5752956/0195909612

 

TUAN/PUAN BOLEH LAYARI LAMAN WEB DI BAWAH UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN:

ZAKAT ADDIN ONLINE

TERIMA KASIH.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA SEMUA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

 

LAGI

Page 45 of 58