https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1698394027.png

AGIHAN ZAKAT YAYASAN ADDIN FASA DUA 2023

ZAKAT IALAH SALAH SATU DARI RUKUN ISLAM, DIWAJIBKAN KE ATAS SETIAP UMAT ISLAM, SELARAS DENGAN AYAT 43 SURAH AL-BAQARAH YANG BERMAKSUD: “DAN DIRIKANLAH SOLAT DAN KELUARKANLAH ZAKAT”.

MELALUI AMALAN ZAKAT SERTA AGIHANNYA, KEPERLUAN ASNAF DAPAT DIPENUHI YANG DAPAT MENGURANGKAN JURANG ANTARA GOLONGAN KAYA DAN MISKIN. AMALAN BERZAKAT MENCETUSKAN SIFAT PRIHATIN – MENGHIDUPKAN SIFAT IHSAN, INGIN MENOLONG GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.


FIRMAN ALLAH SWT, AYAT 77 SURAH AL-QASAS:

BERMAKSUD: DAN CARILAH PAHALA DAN KEBAHAGIAAN HARI AKHIRAT DENGAN HARTA KEKAYAAN YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADA MU, TETAPI JANGAN KAMU LUPAKAN BAHAGIAN MU (KEPERLUAN DAN BEKALAN MU) DI DUNIA DAN BERBUAT BAIKLAH (KEPADA ORANG LAIN) SEBAGAIMANA ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA MU (DENGAN PEMBERIAN NIKMAT NYA YANG MELIMPAH RUAH). JANGANLAH KAMU BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN.

AYAT 77 SURAH AL-QASAS DIATAS, MENUNJUKKAN HARTA YANG DIKURNIAKAN PERLU DIMANFAATKAN SEBAIKNYA AGAR MENDAPAT KEBERKATAN DAN MEMPEROLEH KEBAHAGIAAN AKHIRAT. AHLI TAFSIR AL-RAZI MENJELASKAN HARTA SEHARUSNYA DIGUNAKAN PADA JALAN INFAK BAGI MEMENUHI BAHAGIAN FAKIR MISKIN AGAR MEREKA MAMPU MENERUSKAN KEHIDUPAN. UMMAT ISLAM WAJAR MENGUTAMAKAN SEMANGAT DAN AMALAN TOLONG MENOLONG UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI. UMAT ISLAM SEPATUTNYA MENJADI UMMAH YANG HEBAT EKONOMINYA, BERUPAYA MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN PADA BARANGAN YANG DIHASILKAN OLEH ORANG LAIN, SEBALIKNYA TERUS BERIKHTIAR UNTUK MENGHASILKAN PRODUK DAN CIPTAAN SENDIRI.

ALHAMDULILLAH, MULAI 23 OKTOBER 2023 BAHAGIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT YAYASAN ADDIN SEDANG MENYALURKAN AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF GHORIMIN, MUALAF DAN FI SABILILLAH YANG LAYAK DAN DILULUSKAN UNTUK MENERIMA AGIHAN ZAKAT KALI INI MELALUI MTQ ADDIN MASING-MASING.

KAMI TELAH MENYEMPURNAKAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KAMI MELALUI CAWANGAN MTQ ADDIN. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBAYAR ZAKAT YANG TELAH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA MELALUI KAMI. KAMI DOAKAN SEMUA PEMBAYAR ZAKAT DIBERKATI ALLAH, DIMURAHKAN REZEKI YANG HALAL SERTA DIGANDAKAN LIMPAHAN REZEKI BUAT ANDA SEMUA, MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN DAPAT LAGI BERSAMA-SAMA KAMI MEMARTABATKAN PENDIDIKAN TAHFIZ MELALUI BAYARAN ZAKAT ANDA. TERIMA KASIH

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_052_1697764031.png

KHATAM ALQURAN 30 JUZUK

SETINGGI TINGGI KESYUKURAN DIPANJATKAN KEHADRAT ALLAH AZZA WAJALLA YANG TELAH MEMBERIKAN NIKMAT DAN ANUGERAHNYA YANG MELIMPAH RUAH KEPADA KITA SEMUA.. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR KAMI YANG TELAH MENAMATKAN HAFALAN AL QURAN BAGI BULAN OKTOBER SETAKAT INI.

INI ADALAH DETIK PENUH BERMAKNA BAGI PELAJAR-PELAJAR KAMI BERIKUT:

PELAJAR PERTAMA :
NAMA : NUR WAHIDA BINTI MOHD SHAHID
TARIKH : 20 OKTOBER 2023
MASA : 10.00 PAGI
GURU : MUHD TAUFIK BIN ABDUL RAZAK

PELAJAR KEDUA :
NAMA : SITI KHADIJAH BINTI ZAMZURI
TARIKH : 20 OKTOBER 2023
MASA : 9.45 PAGI
GURU : MUHD TAUFIK BIN ABDUL RAZAK

PELAJAR KETIGA :
NAMA : NUR SYABILA BINTI MOHAMAD FAIROS
TARIKH : 20 OKTOBER 2023
MASA : 10.05 PAGI
GURU : MUHD TAUFIK BIN ABDUL RAZAK

PELAJAR KEEMPAT :
NAMA : MUHAMMAD AMAR SYAHIRAN BIN MAZERI
TARIKH : 16 OKTOBER 2023
MASA : 9.15 PAGI
GURU : MUHD TAUFIK BIN ABDUL RAZAK

PELAJAR KELIMA :
NAMA : NUR IFFAH ALEYA BINTI MOHD NAZRI
TARIKH : 13 OKTOBER 2023
MASA : 10.10 PAGI
GURU : ABDUL GHANI BIN ABDUL MANAS

PELAJAR KE ENAM :
NAMA : NUR ATIQAH NAJWA BINTI ABDUL HALIM
TARIKH : 13 OKTOBER 2023
MASA : 9.50 PAGI
GURU : ABDUL GHANI BIN ABDUL MANAS

PELAJAR KE TUJUH :
NAMA : NUR AYUNI ZAHIDAH BINTI AZLAN
TARIKH : 6 OKTOBER 2023
MASA : 8.10 PAGI
GURU : ABDUL GHANI BIN ABDUL MANAS

PELAJAR KE LAPAN :
NAMA : MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN MOHD ROPI
TARIKH : 23 OKTOBER 2023
MASA : 10.15 PAGI
GURU :AMIRUL ASHRAFF BIN ANUAR

SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN KEPADA BELIAU UNTUK TERUS ISTIQAMAH DAN MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM HATI SETERUSNYA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK BERAMAL DENGANNYA SERTA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AL-QURAN. TAHNIAH KAMI UCAPKAN.