SEJARAH PROGRAM SYAHADAH ALQURAN YAYASAN ADDIN
Program Syahadah Al-Quran Yayasan ADDIN diilhamkan oleh sekumpulan guru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ) ADDIN dengan aspirasi untuk membina generasi pelajar yang unggul dalam hafazan Al-Quran melalui pendekatan yang lebih teratur dan berkesan. Setelah perbincangan terperinci mengenai metodologi pelaksanaannya, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 07 Tambun telah dipilih sebagai lokasi projek perintis bagi merealisasikan inisiatif ini. Menyedari potensi dan impak positif program ini, Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN bersama-sama semua pengetua Maahad Tahfiz ADDIN telah mencapai kata sepakat untuk menyepadukannya ke dalam Kurikulum Tahfiz ADDIN. Setelah melalui proses penambahbaikan kaedah dan pelaksanaan, program ini secara rasminya diperkenalkan ke dalam Kurikulum Tahfiz ADDIN pada tahun 2018. Kini, sukacita dimaklumkan bahawa seramai 271 pelajar telah berjaya lulus Ujian Pra Syahadah Al-Quran Yayasan ADDIN.
Maklumat lanjut berkaitan Program Syahadah Al-Quran Yayasan ADDIN boleh dirujuk di bawah
TAJUK |
1.PENGENALAN PROGRAM SYAHADAH ALQURAN YAYASAN ADDIN |
2.SYARAT & BORANG SYAHADAH ALQURAN YAYASAN ADDIN |
3.BAGI MAKLUMAT LANJUT BOLEH KLIK DI LINK |