https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_048_1710140407.jpg

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 𝐀𝐋-πŒπ”ππ€π‘π€πŠ πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KETABAHAN KEPADA KITA DALAM MENJALANKAN IBADAH PUASA. SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.

DOA AGAR DI BULAN RAMADAN MENDAPAT KEBERKATAN

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ£ΩŽΩ‡Ω’Ω„ΩΩ‡Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽΨ§ Ψ¨ΩΨ§Ω„Ω’ΩŠΩΩ…Ω’Ω†Ω وَ Ψ§Ω„Ω’Ψ₯ΩΩŠΩ’Ω…ΩŽΨ§Ω†Ω وَ Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω وَ Ψ§Ω„Ω’Ψ₯ΩΨ³Ω’Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„ΨͺΩŽΩ‘ΩˆΩ’ΩΩΩŠΩ‚Ω Ω„ΩΩ…ΩŽΨ§ Ψͺُحِبُّ
وَ Ψ§Ψ±Ω’ΨΆΩŽΩ‰ Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ΩŠ وَ Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ΩƒΩŽ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω

MAKSUDNYA: “YA ALLAH HADIRKANLAH KEPADA KAMI BULAN (RAMADHAN) INI DENGAN KEBERKATAN DAN KEIMANAN DAN DENGAN DAMAI DAN ISLAM, SERTA BIMBINGAN DAN KEBERHASILAN MELAKUKAN APA YANG ENGKAU SENANGI. TUHANKU DAN TUHANMU (WAHAI BULAN) ADALAH ALLAH.” (HR TIRMIDZI)

SEMOGA RAMADAN KALI INI MEMBAWA KEBERKATAN, KEDAMAIAN, DAN KEBAHAGIAAN KEPADA KITA SEMUA. SAMBUTLAH BULAN PENUH AMPUNAN INI DENGAN HATI YANG IKHLAS, PERBANYAKLAH AMAL IBADAH, DAN BERBAGI KASIH SAYANG. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMAL IBADAH KITA DAN MEMBERIKAN KEBERKATAN PADA SETIAP LANGKAH KITA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1709870219jpeg

PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN

7 MAC 2024 BERSAMAAN 26 SYAABAN 1445H, BERTEMPAT DI CASUARINA CONVENTION CENTRE. HOTEL CASUARINA @ MERU. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG BAGI MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN KALI INI AKAN DIRASMIKAN OLEH SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN SHAH.

TAHNIAH BUAT KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN YAYASAN ADDIN IAITU AF USTAZ MOHD KAMARUZAMAN BIN DAUD ATAS KEJAYAAN MENDAPAT TEMPAT KEDUA TILAWAH AL-QURAN DENGAN MARKAH 90.00%.

#SATUKELUARGASEORANGHUFFAZ

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1709797257jpeg

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN ADDIN PERAK SESI 2024-2027

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2024-2027

LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ) ADDIN PERAK MEMPELAWA CALON-CALON YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ) ADDIN PERAK. PROGRAM INI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) (MQA/FA7510).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN :

1. BERAGAMA ISLAM
2. WARGANEGARA MALAYSIA
3. BERUMUR TIDAK MELEBIHI 21 TAHUN KETIKA MENDAFTAR
4. TIDAK BERKAHWIN
5. LULUS
- SPM (CALON YANG TELAH MEMILIKI KEPUTUSAN SPM SAHAJA) ATAU
- PERCUBAAN SPM (CALON SPM 2023); ATAU
- KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TING.5 (CALON SPM 2023)
*MENDAPAT PENGESAHAN PIHAK SEKOLAH
DENGAN SYARAT MINIMUM GRED C DALAM MATA PELAJARAN BERIKUT:

A) BAHASA MELAYU
B) BAHASA ARAB / AL-ADAB WA AL-BALAGHAH / AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH / TURATH BAHASA ARAB;
C) PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH / PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH / PENDIDIKAN ISLAM / TASAWWUR ISLAM / USULUDDIN / TURATH AL-QURAN DAN SUNNAH / AL-SYARIAH / MANAHIJ AL-ULUM AL-ISLAMIAH / TURATH DIRASAT ISLAMIAH / MAHARAT AL-QURAN / MANAHIJ ULUM AL-ISLAMIYAH DAN;
D) LULUS BAHASA INGGERIS
E) LULUS UJIAN BERTULIS (BAHASA ARAB DAN TAJWID)
F) LULUS TEMUDUGA
G) MEMPUNYAI TAHAP KESIHATAN YANG BAIK.

6. KELAYAKAN KHAS YANG DIBERIKAN KEPADA GRADUAN PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DI DARUL QURAN JAKIM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
A) LULUS MATAPELAJARAN BAHASA ARAB DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SEBELUM TAMAT PENGAJIAN DIPLOMA / GRADUASI; DAN
B) LULUS DENGAN MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA PANGKAT MAQBUL DALAM PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM.

PERMOHONAN KE LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ) ADDIN PERAK BOLEH DIISI SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) BERMULA 05 MAC 2024 MENERUSI LAMAN SESAWANG

TEKAN DI SINI :

HTTPS://MYDQ.ISLAM.GOV.MY/LOGIN_PEMOHON

πŸ—“οΈJADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU

HTTPS://BIT.LY/JADUALPERGERAKAN

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :

🌏 LINK WEBSITE DIPLOMA

FB: HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MTQADDINTAPAH/

☎️
01112517008 USTAZ RAJA ZULFADLI
0134055203 USTAZ TAUFIQ
0195749612 PUAN ADILAH

πŸ“†TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2024

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1709723374jpeg

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN

5 - 7 MAC 2024 BERSAMAAN 24 - 26 SYAABAN 1445H, BERTEMPAT DI CASUARINA CONVENTION CENTRE. HOTEL CASUARINA @ MERU. PARA PESERTA YANG MEMASUKI MAJLIS TERSEBUT ADALAH MEREKA YANG TELAH DITAPIS DENGAN BEBERAPA UJIAN SEBELUM KE PERINGKAT INI.

SALAH SEORANG PESERTA YANG MENYERTAI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PADA TAHUN INI ADALAH KAKITANGAN YAYASAN ADDIN. DIMANA, BELIAU ADALAH KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN YAYASAN ADDIN IAITU AF USTAZ MOHD KAMARUZAMAN BIN DAUD. YAYASAN ADDIN BERASA BERTUAH KERANA KEJAYAAN USTAZ KAMARUZAMAN BIN DAUD KE PERINGKAT INI, PENYERTAAN KE MAJLIS INI TELAH MENGHARUMKAN NAMA YAYASAN ADDIN.

SEMOGA PARA PESERTA DAPAT MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN SEMOGA AF USTAZ MOHD KAMARUZAMAN BIN DAUD BEROLEH KEJAYAAN. BUAT MAKLUMAN SEMUA, BELIAU ADALAH PESERTA PERTAMA PADA MALAM INI. SEKIRANYA ADA KESEMPATAN, MARILAH BERSAMA KITA KE CASUARINA MERU UNTUK MENYAKSIKAN PROGRAM INI. BULAN RAMADAHAN SEMAKIN HAMPIR, MAKA MARILAH KITA MEMARTABATKAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP  DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG BAGI MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN KALI INI AKAN DIRASMIKAN OLEH SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN SHAH. PEMENANG UTAMA AKAN MEWAKILI NEGERI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN. 

#SATUKELUARGASEORANGHUFFAZ

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_001_1709714910jpeg

TAKWIM PERSEKOLAHAN SRTA DAN MTQ ADDIN 2024 2025

BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN (BPYA) HARI INI MENGUMUMKAN BAHAWA TAKWIM PERSEKOLAHAN 2024/2025 AKAN BERMULA PADA 11 MAC 2024 HINGGA 30 JANUARI 2025 BAGI SEKOLAH - SEKOLAH DALAM KUMPULAN A, DENGAN SEKOLAH - SEKOLAH DALAM KUMPULAN B PULA AKAN DIUMUMKAN SEDIKIT MASA LAGI.

SEKOLAH KUMPULAN A ADALAH SEKOLAH RENDAH TAHFIZ ADDIN, MTQ ADDIN MENENGAH RENDAH DAN MENENGAH ATAS DAN MTQ ADDIN VOKASIONAL PENGKALAN HULU.

MANAKALA SEKOLAH KUMPULAN B PULA ADALAH LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN ADDIN TAPAH YANG MENAWARKAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT DENGAN KERJASAMA DARUL QURAN JAKIM.

SELAIN ITU, PIHAK BPYA JUGA AKAN MENGUMUMKAN KALENDAR AKADEMIK BAGI MTQ ADDIN VOKASIONAL SETELAH MENDAPAT JADUAL KHAS DARI PIHAK GIATMARA DAN KOLEJ KOMUNITI.

MENURUT KENYATAAN MEDIA BPYA, PIHAK MEREKA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENANGGUHKAN TARIKH PEMBUKAAN ASAL KEPADA TARIKH LEBIH LEWAT BAGI MEMASTIKAN PENGOPERASIAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023 DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN LEBIH BAIK.

PERUBAHAN TAKWIM ITU WALAUBAGAIMANAPUN MASIH MENGIKUT PERATURAN KERANA IANYA MEMENUHI PERATURAN - PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998 (PINDAAN) 2021.

IBU BAPA WARGA ADDIN BOLEH MUAT TURUN TAKWIM BERKENAAN MELALUI PAUTAN DI BAWAH.

 

TAKWIM PERSEKOLAHAN KUMPULAN A

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1708995839.jpg

SIRU ALA BARAKATILLAH

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATO' WAN MOHAMAD BIN SHEIKH ABDUL AZIZ, YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA (PUM) ATAS PELANTIKAN SEBAGAI ANGGOTA JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR SESI 2024/2026.

SEMOGA ILMU DAN PENGALAMAN YANG ADA DAPAT DIMANAFAATKAN UNTUK MEMBANTU JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR.

 

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_026_1708909368.png

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MTQ ADDIN VOKASIONAL 20

21 FEBRUARI 2024 HARI RABU- DELEGASI DARI IBU PEJABAT YAYASAN ADDIN YANG DIKETUAI OLEH KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH, TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN USTAZ MEGAT FIRDAUS BIN MEGAT BASRI DAN PEGAWAI PENAZIRAN MADAH USTAZ DANIAL TELAH HADIR KE MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 BAGAN DATO UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN PARA TETAMU. PARA TETAMU YANG DATANG MELAWAT ADALAH 16 PELAJAR DARI UNIVERSITI KWANSEI GAKUAN (UKG), UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UTAR) DAN 2 ORANG PENSYARAH. PIHAK GIATMARA DIWAKILI OLEH ENCIK RAAD HAMUDI DAN KOLEJ KOMUNITI DIWAKILI OLEH ENCIK AZREEN BIN ZAINI TURUT TURUN MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT.

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK MENYATAKAN LAWATAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU BELIA MEMBENTUK PEMBANGUNAN MENTAL, FIZIKAL, MORAL DAN PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) BUAT BELIA UTAR DAN UKG. BERIKUT ADALAH LANJUTAN DARIPADA MAKLUMBALAS SANGAT POSITIF SEMASA LAWATAN PELAJAR UKG KE MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN MALIM NAWAR. PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PARA PELAJAR LUAR NEGARA MENGENAI SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA MERANGKUMI BUDAYA, EKONOMI, AGAMA, POLITIK DAN KESIHATAN. 

OBJEKTIF PROGRAM TERDIRI KEPADA 3 IAITU MEMBERI PENDEDAHAN INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA SERTA FUNGSINYA DI DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG BERILMU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN SECARA FORMAL. KEDUA, MEMAHAMI KURIKULUM YANG DI GUNAKAN DI MAAHAD TAHFIZ BAGI MENGETAHUI AJARAN-AJARAN ISLAM YANG DITERAPKAN KEPADA GOLONGAN MUDA. KETIGA, MEMBERI GAMBARAN TEPAT MENGENAI AGAMA ISLAM KEPADA MASYARAKAT ANTARABANGSA DAN BUKANLAH SEPERTI LAPORAN MEDIA MASSA YANG TIDAK TEPAT. PENJELASAN INI TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH DAN USTAZ ISMAIL.

SEUSAI ITU, SESI TEMUBUAL PARA TETAMU DENGAN YAYASAN ADDIN DAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN VOKASIONAL 20 DIADAKAN. KEMUDIAN, PELAJAR UKG DAN UTAR BERSOAL JAWAB DENGAN PARA PELAJAR MTQAV 20, ANTARA YANG DISOALKAN ADALAH BAGAIMANA PENGAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ ADDIN. AKHIR SEKALI, SEBELUM PARA TETAMU BERANGKAT PULANG, USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH TELAH MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENSYARAH UKG, ENCIK RAAD HAMUDI DAN ENCIK AZREEN BIN ZAINI.

TERIMA KASIH PARA TETAMU ATAS LAWATAN INI. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG.


#SATUKELUARGASEORANGHAFIZ
#MTQAV20

LAGI