https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1596614844.jpg

TERIMA KASIH KEPADA PEWAKAF

KELEBIHAN BERWAKAF

WAKAF ADALAH SATU IBADAH MENYERAHKAN HARTA YANG KITA MILIKI UNTUK KEGUNAAN UMAT ISLAM DENGAN NIAT SEBAGAI IBADAH UNTUK MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
PARA FUQAHAH (AHLI FIQH DAN ULAMA’) BERPENDAPAT AMALAN WAKAF MERUPAKAN IBADAH YANG BERBENTUK SEDEKAH JARIAH YANG MENJANJIKAN GANJARAN PAHALA YANG BERKEKALAN DAN MENGALIR TERUS KEPADA PEWAKAF BUAT SELAMA-LAMANYA DAN SANGAT DITUNTUT DALAM AGAMA ISLAM.


IA MERUPAKAN SUATU AMAL SOLEH YANG MANA PAHALANYA AKAN DIBERIKAN SECARA BERTERUSAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TAALA KEPADA PEWAKAF SELAGI MANA HARTA ATAU AIN YANG DIWAKAFKAN ITU KEKAL DAN DIMANFAATKAN OLEH ORANG RAMAI.
KEDUDUKAN HARTA WAKAF ADALAH KEKAL SEBAGAI HAK ALLAH TAALA, DENGAN DEMIKIAN KEDUDUKAN HARTA WAQAF TIDAK BOLEH DIMILIKI, DIJUAL, DIHIBAH ( DIBERI ) , DIWARISI DAN DIPUSAKAI.

RASULULLAH S.A.W SENDIRI AMAT MENGGALAKKAN UMATNYA SUPAYA MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH JARIAH SEBAGAIMANA HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH ABU HURAIRAH R.A YANG BERMAKSUD :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

MAKSUDNYA :-

“ APABILA MATINYA SESEORANG ANAK ADAM ITU MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH JARIAH , ILMU YANG DIMANFAATKANNYA DAN ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

( HADIS RIWAYAT MUSLIM )

 

TERIMA KASIH DIUCAPKAN BUAT PUAN HAZIZAH ATAS SUMBANGAN PENAPIS AIR COWAY DI PEJABAT KAMI. SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA JASA BAIK PUAN SEISI KELUARGA, DIKURNIAKAN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT. AMEN

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN PENAPIS AIR ATAU PRODUK COWAY YANG LAIN BOLEH SEGERA HUBUNGI SAUDARA ASYRAF (0125933976) UNTUK URUSAN LANJUT.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1596613038.jpg

BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

PROGRAM MENGIBAR JALUR GEMILANG.. 
2 OGOS 2020. PROGRAM INI ANJURAN GABUNGAN NGO PRIHATIN PERAK, MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN RUKUN TETANGGA KINTA HEIGHTS BERTEMPAT DI PERKARANGAN PANGSAPURI KINTA HEIGHTS IPOH PERAK. 
YAYASAN ADDIN JUGA TIDAK KETINGGALAN DALAM MENANAMKAN SEMANGAT PATRIOTIK DI KALANGAN WARGANYA DENGAN MENGHANTAR WAKIL DALAM SETIAP PROGRAM SEBEGINI.
 
LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1596502288.jpg

TAHNIAH ANAK ADDIN

ALHAMDULILLAH. DENGAN KEBERKATAN SABAR DAN ISTIQAMAH DALAM TEMPOH PKP/B/P INI, SEORANG ANAK MURID KAMI TELAH TAMAT HAFAZAN. SEDIKIT MAKLUMAT BERKAITAN ANAK MURID KAMI.

🔰AWATIF BINTI ABD AZIZ
🔰15 TAHUN
🔰HALAQAH UMMU SA'AD (USTAZAH LIYANA)
🔰MULA MENGHAFAL PADA 31 JANUARI 2018 DAN TAMAT MENGHAFAL PADA 30 JULAI 2020.

TAHNIAH DARIPADA KAMI 🎉

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1596126366.jpg

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1441 H

BELI TEPUNG GANDUM DI KEDAI ISABELLA,
BUAT KUIH BENGKANG DI RUMAH CIK LEHA,
PATUT LA LEMBU NGAN KERBAU CUAK GILA,
RUPANYA HARI INI DAH RAYA AIDIL ADHA

PERGI KE MASJID BERSAMA BAPA,
DIAJAK BERSAMA RAKAN DAN TAULAN,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA,
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA,
BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA,
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT