https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1591578242.jpg

DAULAT TUANKU

YAYASAN ADDIN MEWAKILI SELURUH WARGA KAKITANGAN ADDIN MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG, AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH. YAYASAN ADDIN JUGA MENDOAKAN SEMOGA TUANKU AKAN DIBERI KEKUATAN DAN KEBERKATAN UNTUK TERUS KEKAL QARAR BERSEMAYAM DI ATAS SINGGAHSANA TAKHTA PEMERINTAHAN DENGAN PENUH KEBESARAN, KEDAULATAN DAN KESEJAHTERAAN JUA DISAMPING MENDOAKAN KE HADRAT ALLAH SWT MUDAH-MUDAHAN TUANKU DAN RAJA PERMAISURI AGONG SERTA PUTERA-PUTERA, PUTERI-PUTERI DAN SELURUH KERABAT SENTIASA BERADA DALAM LINDUNGAN DAN RAHMAT-NYA, DILANJUTKAN USIA DAN SENTIASA BERADA DALAM SIHAT WALAFIAT SELAMA-LAMANYA. “DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU


LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1590628342.jpg

KELEBIHAN PUASA 6 DALAM SYAWAL

KELEBIHAN PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ حَدَّثَهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
".

DARIPADA ABU AYUB AL-ANSARI R.A MENCERITAKAN SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW BERSABDA :

“BARANGSIAPA BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN LALU DIIRINGINYA DENGAN PUASA ENAM HARI BULAN SYAWAL, SESUNGGUHNYA IA TELAH BERPUASA SETAHUN PENUH.”

SAHIH MUSLIM (1164)

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1589785749.jpg

TERIMA KASIH KPJ IPOH ATAS SUMBANGAN

ALHAMDULILLAH KAMI DIDATANGI WAKIL DARI CEO KPJ IPOH PUAN MAZIATUL ERMA ABDUL MAJEED BAGI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA YAYASAN ADDIN.

DI KESEMPATAN ITU CEO YAYASAN ADDIN TN HJ USTAZ MOHD SABRI BIN NORDIN MENGAMBIL SEDIKIT MASA MEMBENTANGKAN PERJALANAN PENDIDIKAN DI YAYASAN ADDIN.

ALHAMDULILLAH PENERANGAN SERTA SESI PERBINCANGAN YANG RINGKAS & PADAT DAPAT DIFAHAMI DENGAN JELAS OLEH PUAN MAZIATUL ERMA ABDUL MAJEED TENTANG PERJALANAN PENDIDIKAN DI YAYASAN ADDIN.

KAMI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA CEO & WAKIL CEO KPJ IPOH ATAS SUMBANGAN CSR RAMADHAN KEPADA YAYASAN ADDIN. KAMI MENDOAKAN SEMOGA DILIPATGANDAKAN PAHALA & DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN WARGA HOSPITAL KPJ IPOH.. AMIIN YA RABBAL ALAMIIN..🌹🌹🌹

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_025_1589617078.jpg

SELAMAT HARI MURABBI

UCAPAN SEMPENA HARI GURU 16 MEI 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1- أخرج الطبراني من حديث جابر، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "معلم الناس الخير يستغفر له كل شيء حتى الحيتان في البحر".
MAFHUM SABDAAN BAGINDA: SELURUH MAKHLUK DI BUMI TERMASUK IKAN DI LAUTAN MEMOHON AGAR ALLAH MENGAMPUNI GURU YG MENGAJAR KEBAIKAN.

2- وورد الاستغفار أيضًا لطالب العلم؛ ففي "مسند الإمام أحمد" عن قبيصة بن المخارق قال: "أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: ما جاء بك؟ قلت: كبر سني، ورق عظمي، وأتيتك لتعلمني ما ينفعني الله به". قال: "يا قبيصة، ما مررت بحجر ولا شجر ولا مدر إلا استغفر لك".
RUMUSAN KISAH QUBAISOH DALAM RIWAYAT DI ATAS IALAH, MAKHLUK DI BUMI UMPAMA BATU, POKOK MEMOHON AGAR ALLAH MENGAMPUNI DOSA PENUNTUT ILMU.

3- SAMBUTAN HARI GURU TAHUN INI TETAP BERMAKNA WALAUPUN TANPA ANAK-ANAK PELAJAR DI SISI. INI KERANA MEREKA TETAP DI HATI KAMI WALAU JAUH DARI PANDANGAN MATA. KAMI MENJADI GURU KERANA ADANYA MEREKA.

4- MOHON IBU AYAH SAMPAIKAN SALAM KAMI GURU-GURU KEPADA MEREKA PARA PELAJAR. BERITAHU MEREKA KAMI AMAT RINDU DAN SAYANGKAN MEREKA. BERITAHU JUGA, MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG SANGAT BERUNTUNG KERANA MENJADI PENUNTUT ILMU. PARA MALAIKAT SENTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN BUAT MEREKA DAN MENGHAMPARKAN SAYAP-SAYAP MEREKA DEMI MENJAGA KESEJAHTERAAN PARA PENUNTUT ILMU ALLAH.

5- BERBAHAGIALAH WAHAI IBU -IBU AYAH-AYAH SEKELIAN KERANA MEMILIKI ANAK-ANAK YANG MENGHAFAL AL QURAN DAN MEMBACANYA DENGAN BAIK. SEMOGA SYURGA MILIK KITA SEMUA.
SELAMAT HARI GURU

"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"

"KE ARAH MENCETAK GENERASI RABBANI"

UCAPAN TERPILIH DARI PENGETUA CAWANGAN MTQ 08 & 26 A.F USTAZ ABD MUHAIMIN BIN MALEK

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589345340.jpg

SALAM NUZUL AL QURAN

SAMBUT NUZUL AL QURAN DENGAN MENYAKINI ISI KANDUNGAN KESELURUHANNYA.

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185]

“BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN, YANG MENJADI PETUNJUK BAGI SEKALIAN MANUSIA, MENJADI KETERANGAN-KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK DAN MENJELASKAN PERBEZAAN ANTARA YANG BENAR DENGAN YANG SALAH.” [AL-BAQARAH: 185]

PERBANYAKKAN MEMBACA DAN MENTADABBUR AL QURAN, SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DI BAWAH NAUNGANNYA. BACALAH, FAHAMILAH, YAKINLAH, LAKSANAKANLAH APA-APA SAHAJA YANG DIARAHKAN ALLAH.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_Root_1589345260.gif

MOHON IBU BAPA KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI PELAJAR

MOHON KERJASAMA IBU BAPA UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI PELAJAR (BARU DAN LAMA) TERUTAMA ALAMAT RUMAH, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI, EMAIL DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI YANG LAIN SEPERTIMANA TERTERA DALAM BORANG PENDAFTARAN PELAJAR ONLINE.


IBU BAPA BOLEH TERUS MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN PELAJAR DI LINK HTTP://MAAHADTAHFIZADDIN.EDU.MY/IBU-BAPA-ONLINE/ DENGAN MEMBUAT PILIHAN CAWANGAN PELAJAR YANG BETUL.


SETERUSNYA, IBU BAPA PERLU KLIK “ACCESS (PARENT)” DAN AKAN TERPAPAR SEPERTI BERIKUT :