https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1725014132.png

SELAMAT HARI MERDEKA

31 OGOS ADALAH HARI KERAMAT BAGI RAKYAT MALAYSIA, MALAYSIA SUDAH MENGHARUNGI 67 TAHUN SEBAGAI NEGARA MERDEKA. SUNGGUHPUN BEGITU, RAMAI DI ANTARA KITA ATAUPUN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA ITU SENDIRI YANG TIDAK BENAR-BENAR FAHAM DAN MENGHAYATI MAKSUD SEBENAR ERTI KEMERDEKAAN.

OLEH ITU, SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-67 BAGI TAHUN 2024 INI, KITA SEHARUSNYA MENGAMBIL PELUANG DAN RUANG BERSAMA-SAMA BAGI MENGHAYATI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN KERANA IA AKAN MENAIKKAN LAGI SEMANGAT PATRIOTISME CINTAKAN TANAH AIR DALAM DIRI MASING-MASING.

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, KITA PERLU MENGAMBIL PELUANG MENGHAYATI MAKNA SEBENAR KEMERDEKAAN KERANA SEBUAH KEMERDEKAAN ITU BUKAN HANYA SEKADAR RETORIK PENGKISAHAN SEJARAH SEMATA-MATA. GENERASI MUDA PASTI MENGANGGAP MERDEKA ITU ADALAH BEBAS DARIPADA CENGKAMAN PENJAJAHAN DAN MENGHAYATINYA DENGAN SEKADAR MELAUNGKAN SLOGAN MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.

ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR PADA GENERASI KINI ADALAH MEMBABITKAN KEMERDEKAAN JIWA DAN MINDA DIPUPUK MENERUSI PEMBINAAN JATI DIRI YANG DIBENTUK MELALUI EMPAT ASPEK UTAMA, IAITU AGAMA, AKHLAK, PENDIDIKAN DAN BAHASA KERANA GENERASI MUDA BERHADAPAN ANCAMAN PENJAJAHAN DARI SEGI BENTUK BAHARU, TERUTAMA PEMIKIRAN DAN BUDAYA SEIRING DENGAN KEPESATAN TEKNOLOGI MASA KINI.

SEMOGA HARI KEBANGSAAN DISAMBUT PADA TAHUN INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEBAIKAN LEBIH BAIK, TERUTAMANYA DALAM ASPEK MEMELIHARA PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG PELBAGAI KAUM.

JALUR GEMILANG BENDERA MALAYSIA,
MEGAH BERKIBAR SETIAP HARI,
SELALULAH KITA BERDOA PADANYA,
SUPAYA MALAYSIA TERUS AMAN HARMONI.

" SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-67 "

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1723624776.jpg

BELASUNGKAWA

BERITA PEMERGIAN BEKAS MUFTI NEGERI SEMBILAN, SAHIBUS SA'ADAH DATO' HAJI MOHD YUSOF BIN HAJI AHMAD, PASTINYA MENGEJUTKAN DAN MENDUKACITAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA, TERUTAMANYA PENDUDUK NEGERI SEMBILAN. SEBAGAI SEORANG TOKOH AGAMA YANG DIHORMATI DAN DISEGANI, ALLAHYARHAM TELAH MENYUMBANGKAN BANYAK ILMU DAN BIMBINGAN SEPANJANG HAYATNYA.

ALLAHYARHAM TELAH MENINGGAL DUNIA DI KEDIAMANNYA DI TAMAN MARIDA, SENAWANG, PADA USIA 79 TAHUN. BELIAU MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI MUFTI NEGERI SEMBILAN SEJAK 1 APRIL 2009 HINGGA 2023 DAN MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PADA 13 OGOS 2024 SEKITAR JAM 7.43 MALAM.

PEMERGIAN BELIAU ADALAH KEHILANGAN BESAR BUAT UMMAH. SUMBANGAN BELIAU DALAM DUNIA ILMU DAN PANDUAN AGAMA TIDAK TERNILAI HARGANYA. WALAUPUN BELIAU TELAH KEMBALI KEPADA SANG PENCIPTA, ILMU DAN AMALAN YANG DITINGGALKANNYA AKAN TERUS HIDUP DAN MENJADI PANDUAN KEPADA KITA SEMUA.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG-NYA KE ATAS ROH ARWAH, MENGANGKAT DARJATNYA DI SISI PARA SOLIHIN, DAN MENGURNIAKAN KETABAHAN KEPADA KELUARGA SERTA SEMUA YANG MENGENALI DAN MENYAYANGINYA. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMAL KEBAJIKANNYA DAN MENEMPATKAN BELIAU DI KALANGAN HAMBA-HAMBA-NYA YANG BERIMAN.

AMIIN...
AL-FATIHAH...

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1723606761.png

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

7 OGOS 2024 BERSAMAAN 2 SAFAR 1446H TELAH BERLANGSUNG PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 00 MALIM NAWAR DARIPADA PELAJAR UNIVERSITI KWANSEI GAKUIN DAN MEREKA HADIR DI SINI MELALUI PROGRAM BERSAMA UNIVERSITI TENGKU ABDUL RAHMAN (UTAR) KAMPAR PERAK.

UNIVERSITI KWANSEI GAKUIN TELAH MEMILIH MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR UNTUK KALI KEDUANYA DAN KALI PERTAMA ADALAH PADA 2 OGOS 2023. PELAJAR UNIVERSITI YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM INI ADALAH SERAMAI 16 ORANG LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA SEORANG PENSYARAH IAITU PROFESSOR JUN SAKUMA DAN 4 ORANG PELAJAR WAKIL DARIPADA UTAR BERSAMA SEORANG PEGAWAI IRINGAN YANG BERNAMA ENCIK IZAD ISMAT BIN MOHD SAID.

MEREKA TIBA DI MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR PADA JAM 2.30 PETANG. PROGRAM BERMULA DENGAN UCAPAN DARIPADA AF USTAZ MUHAMMADBAZLI AMINMOKHSIN BIN AMINUDDIN IAITU KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PEMBANGUNAN EKONOMI YAYASAN ADDIN, BELIAU JUGA MENJADI PANEL UNTUK MEMBENTANGKAN PENERANGAN RINGKAS MENGENAI MTQ ADDIN DAN SESI SOAL JAWAB.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR INI BERTUJUAN PENGENALAN INSTITUSI BERASASKAN KEAGAMAAN DI MALAYSIA DAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PESERTA MENGENAI SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA MERANGKUMI BUDAYA, EKONOMI, POLITIK, KESIHATAN, PENDIDIKAN, AGAMA DAN ALAM SEKITAR. SELAIN ITU, KUNJUNGAN INI JUGA BERTUJUAN MENDAPATKAN KELAYAKAN KEPADA PARA PELAJAR UNTUK BERKHIDMAT DENGAN UNITED NATION (PBB) DALAM PROGRAM-PROGRAM KEMANUSIAAN. UNIVERSITI KWANSEI GAKUIN MERUPAKAN SALAH SATU UNIVERSITI TERKEMUKA DI OSAKA, JEPUN.

SEMOGA DENGAN ADANYA PROGRAM SEPERTI INI, DAPAT MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MASYARAKAT MENGENAI PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT YANG BERILMU SERTA MEMPUNYAI PERIBADI YANG BAIK. SELAIN ITU, MOGA DAPAT MEMBERI GAMBARAN YANG TEPAT MENGENAI ISLAM KEPADA MASYARAKAT BUKAN BERAGAMA ISLAM YANG SERING MENDAPAT MAKLUMAT TIDAK TEPAT MELALUI LAPORAN MEDIA MASSA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1723436137jpeg

MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ PERMATA AL-QURAN NUSANTARA KALI KE-9

4 OGOS 2024 BERSAMAAN 29 MUHARRAM 1446H TELAH BERLANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ PERMATA AL-QURAN NUSANTARA KALI KE-9 BERTEMPAT DI DEWAN MILLENIUM KAPALA BATAS, PULAU PINANG YANG BERTEMAKAN " HUFFAZ TUNGGAK PEMBANGUNAN INSAN NEGARA ".

MAJLIS INI DIANJURKAN OLEH PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA (PERMATA AL-QURAN) DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) YANG DIHADIRI SERAMAI 870 HUFFAZ PENERIMA SIJIL DARI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA.

MAJLIS BERMULA SEAWAL 7.30 PAGI DAN BERAKHIR PADA JAM 5.00 PETANG DIRASMIKAN OLEH YB. TIMBALAN KETUA MENTERI 1, PULAU PINANG MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG.

SEBANYAK 3 BUAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN YANG DIKELOLAKAN OLEH YAYASAN ADDIN TELAH MENGHANTAR PELAJAR KE MAJLIS INI, MTQ ADDIN YANG TERLIBAT IALAH ;
1) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 00 MALIM NAWAR
     - FADHLI DZIL IZZAT BIN MOHD ROSDI
    - MUHAMMAD AQIL IZZUDDIN BIN ZULKHAIRI
    - MUHAMMAD MUIZUDDIN BIN SUHAIMI
    - MUHAMMAD NUR IFHAMI BIN ISMAIL
    - MUHAMMAD UWAIS BIN BADRULHAFIZ

2) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 04 TAPAH
     - ADAM SYAHMI BIN RADZIT
    - ASYRAFUDDIN BIN HOSNI
    - MOHAMMAD ZARUL ADHA BIN ZEMTU
    - MUHAMMAD HAKIMI BIN AHMAD WAJDILHAKIM
    - AHMAD AFLAH HAKIMI BIN AHMAD AZLI
    - AHMAD AFZAL BIN AYOB
    - MOHAMMAD ADIL NOR AZIM BIN KASIM
    - MUHAMMAD AMEEN AFIQ BIN MOHD KHAIRI

3) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN VOKASIONAL 20 BAGAN DATUK
   
- MUHAMMAD ALI IMRAN BIN AZWAR
    - MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN MUHAMAD KHAIRUL
    - MUHAMMAD AIMAN BIN NAZRI
    - MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN KAMARUL ARIFIN
    - MUHAMMAD UBAIDULLAH BIN NAZRI

MOGA DENGAN ADANYA MAJLIS SEPERTI INI, PELAJAR TAHFIZ SELURUH MALAYSIA AKAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENGHABISKAN HAFALAN 30 JUZUK DAN AKAN MENJADI SEORANG HUFFAZ YANG BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1723427972.jpg

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

10 OGOS 2024 BERSAMAAN 5 SAFAR 1446H TELAH BERLANGSUNG MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK (MIISMAP) TAHUN 2024 BERTEMPAT DI SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN (SMTDR) TAMBUN, CHEMOR.

SYABAS DIUCAPKAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 00 MALIM NAWAR KERANA TELAH MENGHANTAR WAKIL SEORANG PELAJAR UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN HAFAZAN. TAHNIAH KEPADA HAFIZUL FAHMI BIN NAIROHIZAN KERANA BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN ITU DAN TAHNIAH JUGA KEPADA GURU KELAS IAITU USTAZ NAUFAL BIN MD NAZAN KERANA BERJAYA MENDIDIK PELAJAR SEHINGGA BERJAYA.

PESERTA YANG BERJAYA AKAN MEWAKIL NEGERI PERAK KE MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PADA 13 - 15 SEPTEMBER 2024 DI JOHOR DARUL TAKZIM. TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG MENYERTAI DAN KEPADA SEMUA YANG BERJAYA, MOGA TERUS BERJAYA DI PERINGKAT KEBANGSAAN NANTI.

MOGA DENGAN KEJAYAAN YANG DICAPAI INI, AKAN MENAIKKAN SEMANGAT PELAJAR TAHFIZ UNTUK TERUS MENJAGA HAFALAN DAN MENJADI SEORANG HUFFAZ YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1722930114.jpg

PROGRAM SMARTPHONE PHOTOGRAPHY

PADA 22 HINGGA 26 JULAI 2024, PROGRAM SMARTPHONE PHOTOGRAPHY TELAH DIADAKAN DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) SERI ISKANDAR. PROGRAM INI MELIBATKAN 7 PELAJAR DARI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ADDIN VOKASIONAL 19 AR-RAHMANIAH, DENGAN DIBIMBING OLEH 2 ORANG GURU DAN DIBANTU OLEH 2 PELAJAR DARI IKBN SERI ISKANDAR.

PROGRAM INI MERANGKUMI PEMBELAJARAN TEORI DAN PRAKTIKAL TENTANG TEKNIK PENGAMBILAN GAMBAR DENGAN CARA YANG BETUL SERTA CARA MENYUNTING GAMBAR BAGI MENDAPATKAN HASIL YANG TERBAIK. SEPANJANG LIMA HARI PROGRAM INI, PESERTA DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN, DISEDIAKAN PENGINAPAN SERTA MAKAN MINUM SECARA PERCUMA YANG DITAJA SEPENUHNYA OLEH PIHAK IKBN SERI ISKANDAR.

PROGRAM YANG DIJALANKAN DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG INI BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF, ANTARANYA:
1. MELATIH PELAJAR TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR DALAM PELBAGAI SITUASI DENGAN BETUL.
2. MEMBANTU PELAJAR MEMBEZAKAN GAMBAR YANG DISUNTING MENGIKUT KESESUAIAN.
3. MEMBERI SESI PRAKTIKAL UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR JELAS DAN FAHAM DENGAN APA YANG DIPELAJARI.

SEMOGA DENGAN ADANYA PROGRAM SEPERTI INI, PARA PELAJAR DI MTQ ADDIN DAPAT MENGAMALKAN ILMU YANG DIPELAJARI DAN MENGADAPTASIKANNYA DALAM KEHIDUPAN BERSAMA MASYARAKAT DI LUAR SANA.

 

 

 

 

#

 

 

 

 

 

#

 

 

 

 

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1722844378.jpg

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

PROGRAM BENGKEL PENGUCAPAN AWAM DI PUSAT ISLAM AL-SHATIBI

27 JULAI 2024 - PROGRAM BENGKEL PENGUCAPAN AWAM TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DI PUSAT ISLAM AL-SHATIBI, MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN - 4 TAPAH. PROGRAM INI DIADAKAN PADA HARI SABTU BERSAMAAN 21 MUHARRAM 1446H, DENGAN PENGLIBATAN SERAMAI 122 PELAJAR DARI PROGRAM SMART TRACK DAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT.

PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR LTDQ ADDIN - 4 TAPAH DENGAN TAJAAN SEPENUHNYA OLEH SYARIKAT ANNA LEGACY SDN BHD. TENAGA PENGAJAR UTAMA BAGI PROGRAM INI ADALAH PU AKRAM IKRAMI, EKSEKUTIF LATIHAN DAN ACARA DARI AGAMI GROUP SDN BHD.

PROGRAM YANG BERLANGSUNG DARI JAM 2.30 PETANG HINGGA 6.00 PETANG INI BERTUJUAN UNTUK MELATIH PELAJAR DALAM TEKNIK PENGUCAPAN AWAM YANG BETUL DAN BERADAB KETIKA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN DAKWAH. PELAJAR JUGA DIAJAR CARA MEMBEZAKAN PENYAMPAIAN RASMI DAN TIDAK RASMI MENGIKUT KESESUAIAN PROGRAM ATAU AKTIVITI. SELAIN SESI TEORI, PELAJAR DIBERI PELUANG UNTUK MEMPRAKTIKKAN APA YANG DIPELAJARI MELALUI SESI AMALI, DI MANA MEREKA BERUCAP DI HADAPAN KHALAYAK DAN MENERIMA MAKLUM BALAS LANGSUNG DARI TENAGA PENGAJAR.

PROGRAM INI MEMBERIKAN PLATFORM KEPADA PELAJAR UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM MEREKA. MELALUI LATIHAN DAN AMALI YANG DIJALANKAN, PELAJAR DAPAT MEMAHAMI DENGAN LEBIH JELAS DAN MENGAPLIKASIKAN TEKNIK YANG BETUL DALAM SITUASI SEBENAR..

DIHARAPKAN DENGAN ADANYA PROGRAM SEPERTI INI, PARA PELAJAR DI MTQ ADDIN DAN LTDQ ADDIN DAPAT MENGAMALKAN ILMU YANG DIPEROLEH DAN MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SERTA DALAM MASYARAKAT.

LAGI