:
Share:

25-Jun-2025

SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP DARUL QURAN DENGAN KERJASAMA YAYASAN ADDIN

Mesyuarat Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-57 bertarikh 5 Oktober 2022 telah bersetuju Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan sijil tahfiz secara berperingkat mengikut juzuk sebagai pengiktirafan kepada para penghafaz al-Quran pelbagai peringkat di Malaysia.

Inisiatif Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) adalah selaras dengan agenda wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN2050) mensasarkan 125,000 Huffaz Profesional menjelang tahun 2050 yang berkeupayaan menghafaz al-Quran dan menguasai pelbagai disiplin ilmu serta cabang kemahiran yang bermanfaat untuk memacu negara menjadi negara cemerlang beracuan Quranik.

SPHB ini adalah laluan untuk memperoleh Sijil Tahfiz Malaysia (STM) dalam mengiktiraf para huffaz di negara ini.
Kami bersyukur permohonan Yayasan ADDIN untuk menetapkan beberapa cawangan sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah telah diluluskan. Pada masa ini, Yayasan ADDIN telah memilih tiga cawangan untuk tujuan ini yaitu :


1.Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 04 Tapah

2.Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 13 KG.Buaia

3.Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 16 Batu Gajah

Maklumat lanjut berkaitan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap boleh dirujuk di bawah

TAJUK

1.PENGENALAN PROGRAM SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP YAYASAN ADDIN

2.TAWARAN PENYERTAAN PROGRAM SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP DARUL QURAN DI MAAHAD TAHFIZ ALQURAN WAL QIRAAT ADDIN ( bukan warga ADDIN )

3.SYARAT DAN KAEDAH PENYERTAAN ( bagi pelajar ADDIN )

4.GAMBAR & PENYERTAAN PERTAMA CALON MTQ ADDIN DI DARUL QURAN :
    - FB
    - WEB ADDIN
 
5.BAGI MAKLUMAT LANJUT BOLEH KLIK DI LINK