https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1720579621jpeg

PERLAWANAN BOWLING MAHABBAH YAYASAN ADDIN

5 JULAI 2024 HARI JUMAAT BERSAMAAN 28 ZULHIJJAH 1445H, ALHAMDULILLAH TELAH BERLANGSUNG PERLAWANAN BOWLING MAHABBAH PERINGKAT KAKITANGAN IBU PEJABAT YAYASAN ADDIN YANG DIADAKAN DI IPOH BOWL AEON KINTA CITY. PROGRAM INI DIANJURKAN BAGI MENGERATKAN UKHUWAH DAN MEMBINA SUASANA KERJA YANG HARMONI.

PENYERTAAN PERLAWANAN BOWLING INI ADALAH DIKALANGAN KAKITANGAN IBU PEJABAT YAYASAN ADDIN SERTA GURU DARI MTQ ADDIN 07 TAMBUN, MTQ ADDIN 03 KAMPUNG KETIOR DAN MTQ ADDIN VOKASIONAL 19 LEKIR, SELAIN ITU YAYASAN ADDIN JUGA MENJEMPUT KAKITANGAN DARI AKADEMIK TAHFIZ ASHABUL YAMIN (AKRAMIN) DAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MIFTAHUL JANNAH BAGI MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM.

PERLAWANAN BOWLING INI BERMULA PADA JAM 3.00 PETANG DIAKHIRI DENGAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH YANG DIRASMIKAN OLEH AF TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN , KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN PADA JAM 5.00 PETANG.

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG , SEMOGA DENGAN ADANYA PROGRAM SEPERTI INI DAPAT MENGERATKAN DAN MENGUKUHKAN LAGI UKHUWAH SILATURAHIM.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1719994249.png

SELAMAT MENYAMBUT MUHARRAM

PADA TAHUN 1446 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN TAHUN 2024 MASIHI, SAMBUTAN AWAL MUHARRAM ATAU MAAL HIJRAH AKAN JATUH PADA 7 JULAI 2024

AWAL MUHARRAM ATAU MAAL HIJRAH MERUPAKAN SUATU HARI YANG PENTING BAGI UMAT ISLAM KERANA HARI TERSEBUT MENANDAKAN PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU DALAM SEJARAH ISLAM IAITU MEMPERINGATI PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W DARI KOTA MAKKAH KE MADINAH PADA TAHUN 622 MASIHI.

KALENDER HIJRAH SECARA RASMI BELUM BERMULA KETIKA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. KALENDAR INI HANYA BERMULA PADA ZAMAN KHALIFAH ARRASYIDIN KEDUA IAITU SAIDINA UMAR AL-FARUQ R.A. TERDAPAT BEBERAPA CADANGAN DARIPADA PARA SAHABAT UNTUK PENETAPAN TARIKH BAGI MADINAH KETIKA ITU, ADA YANG MENCADANGKAN TAHUN ISLAM BERMULA KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W, ADA YANG MENCADANGKAN PERMULAAN TARIKH ISLAM DITETAPKAN PADA HARI RASULULLAH S.A.W DIBANGKITKAN SEBAGAI NABI DAN RASUL TETAPI PANDANGAN YANG MENCADANGKAN PERMULAAN TARIKH ISLAM PADA TARIKH HIJRAH NABI S.A.W.

PENETAPAN INI IALAH UNTUK MENGENANGKAN BETAPA PENTINGNYA TARIKH HIJRAH YANG MENJADI ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEJARAH AGAMA ISLAM YANG MANA PERTAMA KALI DALAM SEJARAH ISLAM SEORANG NABI DAN RASUL MEMBENTUK KERAJAAN DENGAN SEGALA KESUKARAN DAN BERJAYA MEMBUAT HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN BEBERAPA NEGARA SERTA MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAM SECARA GLOBAL SEHINGGA ISLAM TERSEBAR KE MERATA DUNIA.


YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN MUHARRAM DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRI 1446 KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA KITA DAPAT MEMBUKA LEMBARAN BARU KE ARAH PENGHIJRAHAN YANG LEBIH BAIK DAN SENTIASA DIRAHMATI DALAM KEREDAAN ALLAH S.W.T.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1719473884jpeg

KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAN BOLA KERANJANG MSSD BATANG PADANG 2024

 

26 JUN 2024 BERSAMAAN 19 ZULHIJJAH 1445H TELAH BERLANSUNGNYA KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG 2024 BERTEMPAT DI GRAND KAMPAR SPORT CENTRE.

SYABAS DIUCAPKAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 4 TAPAH KERANA TELAH MENGHANTAR WAKIL PELAJAR LELAKI UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG 2024. TAHNIAH KEPADA JURULATIH DAN PASUKAN BOLA TAMPAR KERANA BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN ITU.

TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA KERANJANG PEREMPUAN WAKIL DARIPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 4 TAPAH YANG BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE-3 DALAM PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA KERANJANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG 2024 BERTEMPAT DI SJK (C) CHOONG HUA 2 BIDOR PADA 6 JUN 2024 YANG LALU. 3 ORANG PEMAIN TELAH TERPILIH UNTUK MEWAKILI PERINGKAT DAERAH.

MOGA DENGAN KEJAYAAN YANG DICAPAI INI, AKAN MENJADI CONTOH KEPADA TAHFIZ YANG LAIN DAN AKAN MENAIKKAN SEMANGAT PELAJAR UNTUK TERUS BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI.




#

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1719389019.jpg

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN

10 JUN 2024 BERSAMAAN 3 ZULHIJJAH 1445H TELAH HADIR KAKITANGAN KLINIK PERGIGIAN BATU GAJAH DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 16 BATU GAJAH, UNTUK PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 16 BATU GAJAH.

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN INI DILAKUKAN DALAM DEWAN AL FATEH DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 16 BATU GAJAH. PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG DILAKUKAN ADALAH ;
   1) PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN SEMUA PELAJAR.
   2) MEMBERI RAWATAN MUDAH.
   3) AKTIVITI PENCEGAHAN PERGIGIAN MENGIKUT KESESUAIAN DAN SOP YANG DISARANKAN.

SELAIN ITU, PELAJAR JUGA DIBERI CERAMAH KHAS YANG DISAMPAIKAN OLEH DOKTOR PERGIGIAN BERTAJUK PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN PELAJAR SEKOLAH.

MOGA DENGAN ADANYA PROGRAM SEPERTI INI, PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENAMBAH ILMU PENJAGAAN GIGI DAN AKAN MENJAGA KESIHATAN GIGI DENGAN BAIK.

SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KLINIK PERGIGIAN BATU GAJAH ATAS PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG DIBERIKAN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1719371024jpeg

TAKZIAH ALUMNI MTQ 11 SERUAN ISLAM

22 JUN 2024 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1445H DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BEKAS PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 11 SERUAN ISLAM, NUR A'ISYAH BINTI YOUZAINI TELAH MENGALAMI KEMALANGAN BERSAMA SUAMI BELIAU.

BELIAU MENGALAMI PATAH TULANG MATA, TULANG HIDUNG DAN TULANG PEHA. SEKARANG BELIAU BERADA DI HOSPITAL TEMERLOH DAN MEMERLUKAN DANA UNTUK MENAMPUNG KOS PEMBEDAHAN.

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN TAKZIAH ATAS MUSIBAH YANG MENIMPA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIBERIKAN KESEMBUHAN SEPERTI SEDIAKALA.

INSYAALLAH, AMIIN...

SEGALA SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN DI BAWAH :

NO. AKAUN     : 158163344310
NAMA BANK   : MAYBANK
NAMA AKAUN : NUR AISYAH
NO. TEL          : 0136577956

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1719203236jpeg

PERTANDINGAN MEMANAH, PESTA JUALAN DAN MALAM BERSELAWAT

29 JUN 2024 BERSAMAAN 22 ZULHIJJAH 1445H AKAN BERLANSUNGNYA PERTANDINGAN MEMANAH, PESTA JUALAN DAN MALAM BERSELAWAT ANJURAN BERSAMA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 03 KAMPUNG KETIOR, KELAB MEMANAH AL-HIDAYAH, SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA) DAN AMANAH IKHTIYAR BERTEMPAT DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 03 KAMPUNG KETIOR, KUALA KANGSAR, PERAK.

PERTANDINGAN MEMANAH DAN PESTA JUALAN AKAN BERMULA SEAWAL 7.00 PAGI, PERTANDINGAN MEMANAH YANG DISERTAI SERAMAI 130 ORANG PESERTA AKAN BERAKHIR JAM 1.00 PETANG IAITU PENYAMPAIAN HADIAH DAN PESTA JUALAN PULA AKAN BERAKHIR JAM 11.00 MALAM SETELAH SELESAI SEMUA AKTIVITI. PERTANDINGAN MEMANAH ADA 4 KETOGERI ;
     1) REMAJA LELAKI          - 28 ORANG PESERTA
     2) REMAJA PEREMPUAN  - 13 ORANG PESERTA
     3) TERBUKA LELAKI         - 63 ORANG PESERTA
     4) TERBUKA PEREMPUAN - 23 ORANG PESERTA

AKTIVITI SETERUSNYA BERMULA JAM 3.00 SEHINGGA 5.00 PETANG PULA BERLANSUNG PERTANDINGAN MEWARNA BAGI PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA). SETERUSNYA PADA JAM 7.45 SEHINGGA 8.30 MALAM, BERLANSUNG MAJLIS ILMU YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH DRS. HAJI TENGKU MUDAWALI AL-SYI. AKTIVITI YANG TERAKHIR PULA ADALAH SELAWAT DAN QASIDAH, BERMULA DARIPADA JAM 9.00 SEHINGGA JAM 11.00 MALAM.

MOGA DENGAN ADANYA AKTIVITI SEPERTI INI, DAPAT MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN DAN DAPAT MENGERATKAN UKHWAH ANTARA KITA SEMUA. 

LAGI
https://addin.awfatech.com/yayasanaddin/content/news/newsf1_036_1719195158jpeg

PERBINCANGAN YAYASAN ADDIN BERSAMA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

21 JUN 2024 BERSAMAAN 14 ZULHIJJAH 1445H, PERBINCANGAN YAYASAN ADDIN BERSAMA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) DI PEJABAT INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH.

YAYASAN ADDIN YANG DI KETUAI OLEH AF USTAZ MOHD SABRI BIN NORDIN IAITU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN BERSAMA AF USTAZ MOHAMAD TAUFIQ BIN SHAMSUMIAH IAITU KETUA PEGAWAI OPERASI BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN AF USTAZ MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN IAITU PEGAWAI PENAZIRAN.

BERBINCANG MENGENAI PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA 25 JUN 2024 SERTA PENGAMBILAN PELAJAR LEPASAN TAHFIZ UNTUK MASUK KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH BERSAMA WAKIL DARIPADA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH TS. NOOR AMIZAN BIN ABD RAHMAN IAITU PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT SOKONGAN PEKERJAAN & KOMUNITI DAN MOHD RIZZUAN BIN YUSOF IAITU PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL.

MOGA DENGAN PERBINCANGAN INI, PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PELAJAR LEPASAN TAHFIZ JUGA MUDAH UNTUK MASUK KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH.

LAGI

Page 1 of 60