https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1715165681jpeg

KURSUS JURULATIH UTAMA FEQAH 1.0

ALHAMDULILLAH . 7 MEI 2024 HARI SELASA , TELAH BERLANGSUNG KURSUS JURULATIH UTAMA 1.0 MATA PELAJARAN FEQAH YANG DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT YAYASAN ADDIN.

KURSUS INI DIADAKAN BERSIRI BAGI MEMANTAPKAN LAGI ILMU PENGETAHUAN GURU-GURU BERKAITAN CABANG ILMU FEQAH YANG DISAMPAIKAN KHAS DARIPADA PANEL UNDANGAN USTAZ MOHD SOFIAN BIN HAJI REJAB (PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN MALIM NAWAR KG TUALANG SEKAH).

KURSUS JURULATIH UTAMA SIRI 1 INI TELAH MEMBINCANGKAN LEBIH TERPERINCI BERKENAAN BAB BERSUCI. GURU-GURU JUGA DI BERI RUANG UNTUK BERSOAL JAWAB DENGAN PANEL UNDANGAN BERKENAAN PERMASALAHAN YANG TELAH DI BINCANGKAN DALAM KURSUS TERSEBUT.

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN DAN USAHA GURU-GURU KERANA DAPAT HADIR BAGI MEMANTAPKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN.

#

#

#

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1715161139jpeg

KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN YAYASAN ADDIN DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN TELAH MENGADAKAN KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) AL-QURAN DAN MADAH PADA 29 APRIL 2024 ( ISNIN ).

TUJUAN KURSUS INI IALAH MENAMBAH BAIK PENGGUNAAN SISTEM PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN SISTEM SEKOLAH. SELAIN ITU, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP) MENGINGATKAN KEPADA GURU-GURU BERKENAAN DISIPLIN KEHADIRAN GURU-GURU DAN KETERAMPILAN GURU-GURU DALAM MENDIDIK.

PEMANTAUAN JUGA DIBUAT SECARA BERKALA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MELALUI SISTEM ASIS BAGI MEMASTIKAN SETIAP GURU MENGGUNAKAN SISTEM YANG TELAH DI TETAPKAN OLEH YAYASAN ADDIN.

SEMOGA DENGAN PEMANTAUAN INI DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN.

#

#

#

#

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1714621764.jpg

SIARAN AKHBAR MENGENAI PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI)

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-265 TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MELANTIK DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZUDDIN SHAH SEBAGAI PENGERUSI MKI, BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN BERKUATKUASA 9 MAC 2024 DAN BERAKHIR 8 MAC 2026.

PERLANTIKAN BAGINDA ADALAH UNTUK MENGGANTIKAN DYMM SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH YANG TELAH TAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PENGERUSI MKI SELAMA DUA TAHUN. WALAUPUN TERDAPAT TITAH GESAAN DARIPADA DYMM RAJA-RAJA AGAR BAGINDA MENYAMBUNG KHIDMAT YANG MULIA DAN CEMERLANG SELAMA DUA TAHUN LAGI, BAGINDA BERTEGAS UNTUK MENGUNDUR DIRI, SUPAYA TUGAS DAN PERANAN PENTING SEBAGAI PENGERUSI MKI DIPERTANGGUNGKAN KEPADA SEORANG RAJA LAIN, DENGAN MENGHUJAHKAN BAHWA TUGAS SERTA AMANAH YANG BESAR ITU DIPERTANGGUNGKAN SECARA BERGILIR-GILIR YANG MELAMBANGKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN TANGGUNGJAWAB DALAM KALANGAN RAJA-RAJA SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING UNTUK MENJAGA DAN MEMELIHARA AGAMA ISLAM MENURUT YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.

DYMM RAJA-RAJA MENGHARGAI KEHENDAK DAN ASBAB BAGINDA UNTUK TIDAK BERKENAN DILANTIK SEMULA.

SETERUSNYA DYMM RAJA-RAJA TELAH MEMPERKENANKAN AGAR DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZUDDIN SHAH, MENJADI PENGERUSI MKI. BAGINDA MENYAMBUT KEPUTUSAN DYMM RAJA-RAJA UNTUK MENERUSKAN KHIDMAT BAKTI CEMERLANG DYMM SULTAN SELANGOR DENGAN HARAPAN AKAN DAPAT NASIHAT DAN BIMBINGAN BERTERUSAN DARIPADA DYMM RAJA-RAJA DISAMPING MEMOHON MENDAPAT PETUNJUK LLAHI UNTUK MENYEMPURNAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN SEBAGAI PENGERUSI MKI.

(SYED DANIAL)

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA,

30 APRIL 2024 / 21 SYAWAL 1445

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1714450810jpeg

HIJAUKAN BUMI, SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG.

21 APRIL 2024 TELAH BERLANGSUNG PROGRAM TINDAKAN IKLIM ANJURAN BERSAMA PERSATUAN KEMBARA INSANIAH, LIONS CLUB OF PERAK SILVER STATE, HOSPITAL PANTAI IPOH, LOYAL ACADEMY, KOHIJAU, IPOH CITY WATCH DAN PERSATUAN KESELAMATAN PENDUDUK BUKIT MERAH.

PROGRAM TELAH DIRASMIKAN OLEH YDH TOH SERI BIJAYA LT KOL (B) DATO SERIBIJAYA SHAHARUDIN, ORANG BESAR JAJAHAN MANJUNG. IA TURUT DISERTAI LEBIH DARIPADA 60 ORANG PESERTA DARI LIONS CLUB OF IPOH CENTENNIAL, LIONS CLUB OF BUKIT MERTAJAM HORIZON, SK JLN PANGLIMA BUKIT GANTANG, MAAHAD TAHFIZ TAMBUN SERTA PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK DAN SAHABAT ALAM MALAYSIA.

SEBANYAK 16 POHON POKOK FICUS ELASTICA, BUCIDA, EUGENIA DAN TECOMA TELAH BERJAYA DITANAM DI KAWASAN LAPANG PERSIARAN KLEDANG PERMAI, IPOH, PERAK SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA YANG AKAN DISAMBUT DI SELURUH DUNIA.

SELEPAS PENANAMAN POKOK, PARA PESERTA TELAH DIBERI TAKLIMAT TENTANG PERUBAHAN IKLIM DAN PERANAN KITA DALAM MEMBANTU MENJAGA ALAM SEKITAR DI DEWAN LOYAL ACADEMY YANG BERHAMPIRAN OLEH PEMENANG ANUGERAH JCIM 2018 DAN 2022, BEST IN CLIMATE ACTION, DR. RICHARD NG, SELAKU PENGERUSI JK PENGANJUR.

MOGA PROGRAM SEPERTI INI DAPAT DITERUSKAN UNTUK MENYEDARKAN MASYARAKAT TENTANG PENTINGNYA POKOK-POKOK UNTUK MENGHIJAUKAN BUMI.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1712638930jpeg

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

" KEMENANGAN YANG SEBENARNYA ADALAH APABILA KITA DAPAT MENGATASI EGOSENTRISME DAN PERBEZAAN.

SEMOGA HARI RAYA AIDIL FITRI INI MENJADI TITIK PERMULAAN UNTUK PERPADUAN DAN HARMONI. "

 

' DALAM MENYAMBUT MERIAHNYA RAYA,
JANGAN LUPAKAN SAUDARA KITA DI GAZA,
SERBA SEDERHANA TETAP BERMAKNA,
SEMOGA SEMUA AMALAN KITA DITERIMA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1711853750.jpg

10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADAN

LAILATUL QADAR BERLAKU PADA 10 AKHIR DARIPADA MALAM GANJIL DI BULAN RAMADAN.

RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD :

" CARILAH LAILATULQADAR PADA SEPULUH AKHIR BULAN RAMADAN DALAM MALAM GANJIL. ”

LAGI

Page 5 of 26