https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1730685969.png

DIRGAHAYU TUANKU

DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH. SULTAN, YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN TAHUN 2024.

YA ALLAH! YA MUIZ! YA ADZHIIM! YA KABIIR! KURNIAKAN TAUFIK, HIDAYAH SERTA KEKUATAN KE ATAS DULI YANG MAHA MULIA SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH, AGAR DAPAT MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN DALAM SEBUAH NEGERI YANG AMAN LAGI SENTOSA, SERTA RAKYATNYA HIDUP DALAM SUASANA DAMAI LAGI HARMONI. KURNIAI BAGINDA KEBIJAKSANAAN PEMERINTAHAN SEPERTI YANG PERNAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA NABI YUSUF AS, NABI DAUD AS DAN NABI SULAIMAN AS. KURNIAKAN TAUFIK DAN HIDAYAH MU KEPADA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN, TUANKU ZARA SALIM SERTA KERABAT DIRAJA DAN SELURUH RAKYAT JELATA.

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK.

DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1726197499.png

SALAM MAULIDUR RASUL

16 SEPTEMBER 2024 BERSAMAAN 12 RABIUL AWWAL MERUPAKAN TARIKH YANG PALING BERMAKNA BUAT UMAT ISLAM KERANA KALAHIRAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. DI MALAYSIA, SETIAP 12 RABIUL AWWAL YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI MAULIDUR RASUL MERUPAKAN CUTI UMUM BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.

BERSEMPENA DENGAN BULAN MAULID PENUH BARAKAH INI, MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN UCAPAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW.

SABDA NABI ;

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ )

SESIAPA YANG MENGUCAPKAN SELAWAT KEPADAKU SATU KALI MAKA ALLAH AKAN BERSELAWAT BAGINYA SEPULUH KALI, DAN DIGUGURKAN SEPULUH KESALAHAN (DOSA)NYA, SERTA DITINGGIKAN BAGINYA SEPULUH DARJAT / TINGKATAN (DI SYURGA KELAK).”

(AN-NASA’I NO. 1297, AHMAD, SAHIH)

FIRMAN ALLAH S.W.T ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا )

SESUNGGUHNYA ALLAH DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT KE ATAS NABI (MUHAMMAD S.A.W). WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSELAWATLAH KAMU KE ATASNYA SERTA UCAPKANLAH SALAM DENGAN PENGHORMATAN.”

(AL-AHZAB : 56)

SEMOGA KITA SENTIASA MEMANTAPKAN KEYAKINANMENINGKATKAN KECINTAANMENCONTOHI PERLAKUAN DAN MENGHAYATI AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW. MOGA DENGAN SURI TAULADAN YANG DITONJOLKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW MENJADI PEDOMAN BUAT KITA SEMUA DAN SEMOGA KITA MEMPEROLEH SYAFAAT AGUNG BAGINDA DI AKHIRAT KELAK. INSYA-ALLAH, AMIIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1725424634.png

SELAMAT HARI MALAYSIA

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1725037860.jpg

SELAMAT HARI MERDEKA

31 OGOS ADALAH HARI KERAMAT BAGI RAKYAT MALAYSIAMALAYSIA SUDAH MENGHARUNGI 67 TAHUN SEBAGAI NEGARA MERDEKA. SUNGGUHPUN BEGITU, RAMAI DI ANTARA KITA ATAUPUN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA ITU SENDIRI YANG TIDAK BENAR-BENAR FAHAM DAN MENGHAYATI MAKSUD SEBENAR ERTI KEMERDEKAAN.

OLEH ITU, SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-67 BAGI TAHUN 2024 INI, KITA SEHARUSNYA MENGAMBIL PELUANG DAN RUANG BERSAMA-SAMA BAGI MENGHAYATI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN KERANA IA AKAN MENAIKKAN LAGI SEMANGAT PATRIOTISME CINTAKAN TANAH AIR DALAM DIRI MASING-MASING.

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, KITA PERLU MENGAMBIL PELUANG MENGHAYATI MAKNA SEBENAR KEMERDEKAAN KERANA SEBUAH KEMERDEKAAN ITU BUKAN HANYA SEKADAR RETORIK PENGKISAHAN SEJARAH SEMATA-MATA. GENERASI MUDA PASTI MENGANGGAP MERDEKA ITU ADALAH BEBAS DARIPADA CENGKAMAN PENJAJAHAN DAN MENGHAYATINYA DENGAN SEKADAR MELAUNGKAN SLOGAN MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.

ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR PADA GENERASI KINI ADALAH MEMBABITKAN KEMERDEKAAN JIWA DAN MINDA DIPUPUK MENERUSI PEMBINAAN JATI DIRI YANG DIBENTUK MELALUI EMPAT ASPEK UTAMA, IAITU AGAMAAKHLAKPENDIDIKAN DAN BAHASA KERANA GENERASI MUDA BERHADAPAN ANCAMAN PENJAJAHAN DARI SEGI BENTUK BAHARU, TERUTAMA PEMIKIRAN DAN BUDAYA SEIRING DENGAN KEPESATAN TEKNOLOGI MASA KINI.

SEMOGA HARI KEBANGSAAN DISAMBUT PADA TAHUN INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEBAIKAN LEBIH BAIK, TERUTAMANYA DALAM ASPEK MEMELIHARA PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG PELBAGAI KAUM.

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN,
WARNA MERAH INDAH MENAWAN,
31 OGOS HARI KEMERDEKAAN,
MALAYSIA BEBAS DARIPADA PENJAJAH.

" SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-67 "

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1722997402.jpg

PROGRAM SMARTPHONE PHOTOGRAPHY

PADA 22 HINGGA 26 JULAI 2024, PROGRAM SMARTPHONE PHOTOGRAPHY TELAH DIADAKAN DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) SERI ISKANDAR. PROGRAM INI MELIBATKAN 7 PELAJAR DARI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ADDIN VOKASIONAL 19 AR-RAHMANIAH, DENGAN DIBIMBING OLEH 2 ORANG GURU DAN DIBANTU OLEH 2 PELAJAR DARI IKBN SERI ISKANDAR.

PROGRAM INI MERANGKUMI PEMBELAJARAN TEORI DAN PRAKTIKAL TENTANG TEKNIK PENGAMBILAN GAMBAR DENGAN CARA YANG BETUL SERTA CARA MENYUNTING GAMBAR BAGI MENDAPATKAN HASIL YANG TERBAIK. SEPANJANG LIMA HARI PROGRAM INI, PESERTA DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN, DISEDIAKAN PENGINAPAN SERTA MAKAN MINUM SECARA PERCUMA YANG DITAJA SEPENUHNYA OLEH PIHAK IKBN SERI ISKANDAR.

PROGRAM YANG DIJALANKAN DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG INI BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF, ANTARANYA:
1. MELATIH PELAJAR TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR DALAM PELBAGAI SITUASI DENGAN BETUL.
2. MEMBANTU PELAJAR MEMBEZAKAN GAMBAR YANG DISUNTING MENGIKUT KESESUAIAN.
3. MEMBERI SESI PRAKTIKAL UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR JELAS DAN FAHAM DENGAN APA YANG DIPELAJARI.

SEMOGA DENGAN ADANYA PROGRAM SEPERTI INI, PARA PELAJAR DI MTQ ADDIN DAPAT MENGAMALKAN ILMU YANG DIPELAJARI DAN MENGADAPTASIKANNYA DALAM KEHIDUPAN BERSAMA MASYARAKAT DI LUAR SANA.

 

 

 

 

#

 

 

 

 

 

#

 

 

 

 

 

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1722568967.jpg

PROGRAM KULIAH PENGABDIAN MASYARAKAT

27 & 28 JULAI 2024 TELAH BERLANGSUNG PROGRAM KULIAH PENGABDIAN MASYARAKAT (KPM) DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU DARIPADA PELAJAR UNIVERSITAS IAIN AR-RANIRY PONOROGO INDONESIA.

UNIVERSITAS IAIN AR-RANIRY PONOROGO INDONESIA TELAH MEMILIH MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU MENJADI TEMPAT PRAKTIKAL KPM SELAMA 2 HARI, PELAJAR UNIVERSITAS IAIN AR-RANIRY PONOROGO INDONESIA TERSEBUT TELAH TIBA DI MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU PADA 27 JULAI 2024 JAM 9.45 PAGI HARI SABTU DAN BERAKHIR PADA 28 JULAI 2024.

PROGRAM DIMULAI DENGAN UCAPAN DARI AF USTAZ FADZIL BIN ALIAS IAITU KETUA YADIM PULAU PINANG SEKALIGUS MERASMIKAN PROGRAM, KEMUDIAN USTAZAH JANNAH BINTI YAHYA IAITU GURU AL-QURAN MERANGKAP WARDEN DI MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU MEMBERI UCAPAN DAN TAKLIMAT MENGENAI PENGURUSAN DAN AKTIVITI.

PADA SEBELAH MALAMNYA PULA, AF USTAZ MUHAMMAD ZAKI BIN KASSIM IAITU PENGETUA MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU MENYAMPAIKAN KISAH YANG BERTAJUK CERITA ORANG KAMPUNG BERKAITAN SUSUR GALUR ASAL KETURUNAN, SUMBER PENDAPATAN, MAKANAN TRADISI DAN ADAT-ADAT MASYARAKAT SETEMPAT. SETERUSNYA AF USTAZ MUHAMMAD ZAKI BIN KASSIM MEMBENTANGKAN SILIBUS PENDIDIKAN DAN PROGRAM YANG SUDAH DIRANCANG.

AKTIVITI PADA 28 JULAI 2024 PULA BERMULA SEAWAL 5.30 PAGI DAN BERAKHIR PADA JAM 3.00 PETANG DENGAN UCAPAN PENUTUP DARIPADA AF USTAZ FADZIL BIN ALIAS DAN BERAKHIR DENGAN SESI FOTOGRAFI. AKTIVITI YANG SUDAH DISUSUN IALAH ;
1) MALAYSIA - INDONESIA CERGAS = BERSENAM DAN BERJOGING PUSING KAMPUNG.
2) LESTARI ALAM = MENANAM POKOK DURIAN DAN CEMPEDAK DI SEKOLAH ALAM UTHMANIAH.
3) DAPUR ORANG KAMPUNG = GOTONG ROYONG MEMASAK UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAHARI.

MOGA DENGAN PROGRAM SEPERTI INI, ORANG RAMAI LEBIH MENGENALI MTQ ADDIN DAN AKAN TERUS MENYOKONG SERTA MEMBANTU MTQ ADDIN UNTUK MELAHIRKAN HUFFAZ YANG BERKEJAYA DALAM PELBAGAI BIDANG, BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

 

 

 

 

#

 

 

 

 

#

LAGI

Page 2 of 26