https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1717487220jpeg

HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG

3 JUN 2024 BERSAMAAN 25 ZULKAEDAH 1445H ADALAH HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG BAGI TAHUN 2024 DAN IA MERUPAKAN HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA, IAITU

1) WILAYAH PERSEKUTUAN
2) JOHOR
3) KEDAH
4) KELANTAN
5) MELAKA
6) NEGERI SEMBILAN
7) PAHANG
8) PERAK
9) PERLIS
10) PULAU PINANG
11) SABAH
12) SARAWAK
13) SELANGOR
14) TERENGGANU

YANG DI-PERTUAN AGONG JUGA DIKENALI SEBAGAI KETUA TERTINGGI PERSEKUTUAN, RAJA TERTINGGI ATAU RINGKASNYA AGONG DAN JUGA SECARA TIDAK RASMI SEBAGAI RAJA MALAYSIA, IALAH RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN KETUA NEGARA MALAYSIA.

YANG DI-PERTUAN AGONG DIPILIH OLEH MAJLIS RAJA-RAJA, YANG TERDIRI DARIPADA SEMBILAN (9) ORANG RAJA NEGERI-NEGERI MELAYU, DENGAN JAWATAN DE FACTO DIGILIRKAN DI ANTARA MEREKA, MENJADIKAN MALAYSIA SALAH SATU DARIPADA BEBERAPA RAJA PILIHAN DI DUNIA.

BAGAIMANAPUN, TARIKH KELAHIRAN YANG DI-PERTUAN AGONG BERUBAH MENGIKUT PEMERINTAHAN SEMASA.

BERMULA 31 JANUARI 2024, YANG DI-PERTUAN AGONG TERBAHARU IALAH SULTAN JOHOR. JADI, TARIKH LAHIR INI BERKEMUNGKINAN AKAN BERUBAH.

YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17 DAN SEKARANG IALAH IBRAHIM ISKANDAR DARI JOHOR.

BAGINDA TELAH DIPILIH PADA 26 OKTOBER 2023 PADA MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA-RAJA DAN BAGINDA MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DI ISTANA NEGARA PADA 31 JANUARI 2024.

PERMAISURI YANG DI-PERTUAN AGONG DIKENALI SEBAGAI RAJA PERMAISURI AGONG, KINI RAJA ZARITH SOFIAH.

 

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1716877679jpeg

KEJOHANAN SMAS TAEC FENAS KE 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

25 HINGGA 27 MEI 2024 BERSAMAAN 16 HINGGA 18 ZULKAEDAH 1445H, BERTEMPAT DI SMKA PUTRAJAYA.

YAYASAN ADDIN TELAH MENGHANTAR WAKIL PELAJAR DARIPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 7 TAMBUN SERAMAI 6 ORANG DAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 19 LEKIR SEORANG KE PROGRAM KEJOHANAN SMAS TAEC FENAS KE 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN.

ALHAMDULILLAH WAKIL DARIPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 7 TAMBUN IAITU KHAIRUL AKMAL BIN MOHAMMAD SAFAR MENDAPAT PINGAT PERAK DALAM ACARA INDIVIDUAL PATERN DAN PINGAT EMAS DALAM ACARA INDIVIDUAL SPARRING. MUHAMMAD ABQORI ZAIDAN BIN MOHAMMAD MASRI MENDAPAT PINGAT GANGSA DALAM ACARA INDIVIDUAL SPARRING. MUHAMAD DANISH ASYRAF BIN ROSLAN MENDAPAT PINGAT GANGSA DALAM ACARA INDIVIDUAL SPARRING. MUHAMMAD MUJAHID BIN MOHD ZAMRI MENDAPAT PINGAT GANGSA DALAM ACARA INDIVIDUAL SPARRING. MUHAMMAD AMEER LUQMAN BIN NOOR LIZA MENDAPAT PINGAT GANGSA DALAM ACARA INDIVIDUAL SPARRING. MANAKALA WAKIL DARIPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 19 LEKIR IAITU NUR ALIFF AIMAN BIN MOHD AZRUL NIZAM PULA TELAH MENDAPAT PINGAT EMAS DALAM ACARA INDIVIDUAL SPARRING.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENYERTAI. TAHNIAH JUGA KEPADA KHAIRUL AKMAL BIN MOHAMMAD SAFAR, MUHAMMAD ABQORI ZAIDAN BIN MOHAMMAD MASRI, MUHAMAD DANISH ASYRAF BIN ROSLAN, MUHAMMAD MUJAHID BIN MOHD ZAMRI, MUHAMMAD AMEER LUQMAN BIN NOOR LIZA DAN NUR ALIFF AIMAN BIN MOHD AZRUL NIZAM ATAS KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI.

MOGA DENGAN KEJAYAAN INI DAPAT MEMBERI MOTIVASI KEPADA MASYARAKAT BAHAWA BIDANG TAHFIZ BUKAN HANYA MENGHAFAL AL-QURAN SAHAJA, TETAPI PELBAGAI BIDANG JUGA KITA MAMPU LAKUKAN. MOGA DENGAN KEJAYAAN INI JUGA DAPAT MEMBANGKIT SEMANGAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN.

#SATUKELUARGASEORANGHUFFAZ

#

#

#

#

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1716435547.png

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1445H/2024M BERLANSUNG PADA 23 HINGGA 28 MEI 2024 BERSAMAAN 14 HINGGA 19 ZULKAEDAH 1445HIJRAH BERTEMPAT DI AUDITORIUM DARUL MAKMUR, KOMPLEKS PENYIARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN, PAHANG.

ALHAMDULILLA, TERDAPAT 2 ORANG PESERTA YANG MENYERTAI HAFAZAN AL-QURAN PADA TAHUN INI ADALAH OMAR BIN ABDUL AZIZ 1-30 JUZUK DAN MUHAMMAD ARIFF BIN SUDIMAN 1-20 JUZUK. DIMANA, MEREKA ADALAH ALUMNI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 15 KG KELAN SLIM RIVER. OMAR BIN ABDUL AZIZ MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 00 KG TUALANG SEKAH MALIM NAWAR, MANAKALA MUHAMMAD ARIFF BIN SUDIMAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 04 JALAN KACHU TAPAH.

OMAR BIN ABDUL AZIZ TELAH TAMAT MENGHAFAL 30 JUZUK AL-QURAN KETIKA BERUMUR 15 TAHUN DI BAWAH BIMBINGAN AF USTAZ WAHYUDI BIN AHMAD BASRI. BELIAU JUGA ADALAH PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN SUBJEK AL-QURAN DAN AKADEMIK PADA TAHUN 2018 DAN BELIAU PERNAH MENDAPAT TEMPAT KE-2 PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK DI BAWAH BIMBINGAN AF USTAZ ABDUL AZIZ BIN MOHAMMED.

MUHAMMAD ARIFF BIN SUDIMAN PULA TAMAT MENGHAFAL 30 JUZUK AL-QURAN KETIKA BERUMUR 14 TAHUN DI BAWAH BIMBINGAN AF USTAZ MUHAMMAD IKRAM BIN ALI. BELIAU PERNAH MENDAPAT ANUGERAH TUNAS HARAPAN PADA UMUR 13 TAHUN KERANA BERJAYA MENGHAFAL 13 JUZUK AL-QURAN PADA TAHUN PERTAMA BELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 15 KG KELAN SLIM RIVER.

SEMOGA PARA PESERTA DAPAT MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN SEMOGA OMAR BIN ABDUL AZIZ BERSAMA MUHAMMAD ARIFF BIN SUDIMAN BEROLEH KEJAYAAN. BUAT MAKLUMAN SEMUA, PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN 1-20 JUZUK AKAN BERMULA PADA JAM 9.00 PAGI HARI JUMAAT DAN 1-30 JUZUK PULA AKAN BERMULA JAM 9.00 PAGI PADA HARI ISNIN. SEKIRANYA ADA KESEMPATAN, MARILAH BERSAMA KITA KE AUDITORIUM DARUL MAKMUR, KOMPLEKS PENYIARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN, PAHANG.

AL-QURAN DIHAYATI, NEGARA DIBERKATI

#SATUKELUARGASEORANGHUFFAZ

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1715914163.png

IHTIFAL HUFFAZ 2024

ALHAMDULILLAH YAYASAN ADDIN TELAH DIJEMPUT MENYERTAI PROGRAM IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-9 BERMULA TARIKH 17 MEI 2024 SEHINGGA 21 MEI 2024 DI KOMPLEK SUKAN LADA, LANGKAWI, KEDAH.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU DAN MENDOAKAN, TERUTAMA SEKALI IBUBAPA DAN PARA PENDERMA YANG ISTIQAMAH MEMBANTU PIHAK MAAHAD TAHFIZ ADDIN. ALHAMDULILLAH WALAUPUN DALAM TEMPOH YANG MENCABAR, LTDQ ADDIN TAPAH PERAK TETAP TERUS BERUSAHA BERLATIH BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MEMBAWA PULANG KEJAYAAN.

SEMOGA SELURUH WARGA LTDQ ADDIN TAPAH PERAK TERUS DIPERMUDAHKAN DAN DIBANTU ALLAH DALAM APA SAHAJA BIDANG YANG DICEBURI.

#

#

#

#

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1715846747.png

SELAMAT HARI GURU

ALHAMDULILLAH, SETIAP TAHUN PADA 16 MEI KITA AKAN MENYAMBUT HARI GURU. 

MOGA DENGAN MEMPERINGATI HARI GURU SETIAP TAHUN, KITA AKAN SENTIASA MENGHARGAI JASA DAN ILMU YANG GURU CURAHKAN KEPADA KITA.

DARIPADA ABU UMAMAH AL BAHILI IA BERKATA;

"DUA ORANG DISEBUTKAN DI SISI RASULULLAH SAW, SALAH SEORANG ADALAH AHLI IBADAH DAN SEORANG YANG BERILMU, KEMUDIAN RASULULLAH SAW BERSABDA:"KEUTAMAAN SEORANG ALIM DARI SEORANG ABID SEPERTI KEUTAMAANKU DARI ORANG YANG PALING RENDAH DI ANTARA KALIAN, " KEMUDIAN BAGINDA MELANJUTKAN SABDANYA: "SESUNGGUHNYA ALLAH, MALAIKATNYA SERTA PENDUDUK LANGIT DAN BUMI BAHKAN SEMUT YANG ADA DI DALAM SARANGNYA SAMPAI IKAN PAUS DILAUTAN, AKAN MENDOAKAN UNTUK ORANG YANG MENGAJARKAN KEBAIKAN KEPADA MANUSIA."

(HR TIRMIZI NO: 2609) STATUS: HADIS HASAN

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1715654775jpeg

SELAMAT HARI IBU

SERAI SERUMPUN SIRIH SEJUNJUNG,
DILETAK ORANG DI TENGAH LAMAN,
KASIH IBU TIADA PENGHUJUNG,
MENJADI SANJUNGAN KE AKHIR ZAMAN. 

' TERIMA KASIH IBU '

LAGI

Page 4 of 26