Makluman
  1. UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA PENGARAH BAHARU DARUL QURAN JAKIM
  2. KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH
  3. KUNJUNGAN HORMAT TAJ INTERNATIONAL COLLEGE KE YAYASAN ADDIN
  4. 2 CAWANGAN MTQ ADDIN TERPILIH JALANI AUDIT STANDARD PENGIKTIRAFAN TAHFIZ MALAYSIA (SPTM)
  5. SELAMAT HARI IBU DARIPADA YAYASAN ADDIN
  6. SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
  7. SELAMAT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
  8. TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA PELAJAR SPM 2025
  9. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
  10. ENAM BUAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN TELAH BERJAYA MENERIMA PENTAULIAHAN SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PPB)
  11. SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN
  12. KELULUSAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PPB) BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB)
  13. LAWATAN TAPAK PANEL SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB) DARUL QURAN KE PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PPB)
  14. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
  15. MAJLIS KONVOKESYEN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN KALI KE - 13
  16. SALAM ISRAK DAN MIKRAJ
  17. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026
  18. SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB
  19. HARI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2026 KALI KE-2
  20. UCAPAN TAKZIAH DAN SIMPATI KEPADA SEMUA MANGSA YANG SEDANG DIUJI DENGAN MUSIBAH BANJIR
  21. KARNIVAL MYTAHFIZ SKILLS MICRO CREDENTIAL STAN ALONE PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025
  22. 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
  23. KARNIVAL MARA AUTOMOTIVE ECOSYSTEM 2025 (MATEC)
  24. DIRGAHAYU TUANKU
  25. PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025
  26. PEPERIKSAAN SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB) SIRI 2 TAHUN 2025
  27. KUNJUNGAN HORMAT PASTI BESTARI GONG BADAK TERENGGANU KE YAYASAN ADDIN
  28. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU 2026
  29. SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
  30. SALAM MAULIDUR RASUL
  31. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-68
  32. SELAMAT HARI PAHLAWAN
  33. HARI ASYURA
  34. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM
  35. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
  36. CUTI PENGGAL 1 DAN CUTI HARI RAYA AIDILADHA
  37. SELAMAT HARI GURU
  38. SELAMAT HARI PEKERJA
  39. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
  40. SALAM NUZUL AL-QURAN
  41. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN MUBARAK
  42. HARI MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
  43. UJIAN SARINGAN MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025
  44. UJI BAKAT MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025
  45. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2025
  46. PERTANDINGAN MY TAHFIZ SKILLS
  47. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK TAHUN 2024
  48. DIRGAHAYU TUANKU
  49. SELAMAT HARI MALAYSIA
  50. SALAM MAULIDUR RASUL
  51. SELAMAT HARI MERDEKA
  52. PROGRAM KULIAH PENGABDIAN MASYARAKAT
  53. PROGRAM SMARTPHONE PHOTOGRAPHY
  54. SELAMAT HARI PAHLAWAN
  55. JELAJAH KEMBARA MAHABBAH ILMU
  56. PROJEK PENYELENGGARAAN SERTA BAIK PULIH TANDAS
  57. SELAMAT MENYAMBUT MUHARRAM
  58. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
  59. SEMINAR TVET TAHFIZ
  60. HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG
  61. KEJOHANAN SMAS TAEC FENAS KE 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
  62. MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
  63. IHTIFAL HUFFAZ 2024
  64. SELAMAT HARI GURU
  65. SELAMAT HARI IBU
  66. KURSUS JURULATIH UTAMA FEQAH 1.0
  67. KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
  68. SIARAN AKHBAR MENGENAI PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI)
  69. HIJAUKAN BUMI, SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG.
  70. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
  71. 10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADAN
  72. SALAM NUZUL QURAN
  73. TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT SELURUH CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN
  74. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MTQ ADDIN VOKASIONAL 20
  75. DAULAT TUANKU
  76. PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ DAN ILP ULUL ALBAB IKDAR
  77. SEKALUNG TAHNIAH BUAT TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN
  78. FESTIVAL SUKAN & KESENIAN ISLAM 2023 YAYASAN ADDIN
  79. MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SARE ANTARA YAYASAN ADDIN DAN YAYASAN WIBA PRIMA
  80. MAJLIS KONVOKESYEN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL PERINGKAT NEGERI PERAK
  81. YANG DIPERTUA BAHARU PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
  82. MY TAHFIZ SKILLS 2023
  83. PEMENANG TAHFIZ SKILLS 2023
  84. LAWATAN AKADEMI BINAAN MALAYSIA
  85. MALAYSIA QURAN HOUR
  86. KEM MOTIVASI BERSAMA STAND UP TRAINING & COSULTANCY
  87. PERTANDINGAN MENULIS AL-QURAN 30 JUZUK
  88. PROGRAM ORIENTASI GIATMARA LUMUT 2023
  89. PROGRAM KESELAMATAN DAN SURVIVAL TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  90. PROGRAM CSR KEMBARA INSANIAH BERSAMA TVA DAN MTQ ADDIN 24
  91. KUNJUNGAN HORMAT KE KOLEJ KEDA
  92. MESYUARAT PENGETUA TVA KALI KE 3
  93. LAWATAN KERJA KE MTQAV 05 PENGKALAN HULU
  94. LAWATAN KERJA TVA KE IKM SIK KEDAH
  95. LAWATAN KERJA TVA KE LADANG KOGAHAD
  96. LAWATAN KERJA TVA BERSAMA KOGAHAD ( KOPERASI GABUNGAN USAHA TANI KUALA KANGSAR BERHAD )
  97. PROGRAM IHYA RAMADHAN SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT ORANG ASLI (SRAROA) NURUL HIKMAH BERSAMA TAHFIZ ADDIN VOKASIONAL
  98. KOLABORATIF YAYASAN ADDIN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
  99. SAMBUTAN NUZUL QURAN 1443 H PERINGKAT TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  100. LAWATAN MESRA KETUA PENYELARAS KE MTQAV 20 BAGAN DATUK
  101. LAWATAN MESRA KETUA PENYELARAS KE MTQAV 18 BATU KURAU
  102. PELAJAR KHATAM 30 JUZUD MTQAV 18 BATU KURAU
  103. CAWANGAN MTQAV TERBAIK DALAM MELAHIRKAN PELAJAR LULUS PRA SYAHADAH 2021
  104. PERJALANAN PELAJAR PRAKTIKAL DI ADDIN AUTO PARTS
  105. PELAJAR KHTAM 30 JUZUD MTQAV 18 BATU KURAU
  106. PENYERAHAN MIFTAHUL MELAYU KEPADA MTQAV 18 BATU KURAU
  107. PELAJAR PRAKTIKAL MTQAV 19 LEKIR
  108. PROJEK PEMBANGUNAN MTQAV 20 BAGAN DATUK
  109. KEMASUKKAN PELAJAR BARU MTQAV 19 LEKIR
  110. PELAJAR KHATAM MTQAV 19 LEKIR
  111. TARIKH KEMASUKKAN PELAJAR MTQAV TAHUN 2022
  112. PEMBINAAN MTQAV LEKIR 95% SIAP
  113. KELAS PERDANA PRAKTIKAL KIMPALAN
  114. KELAS PERDANA SUBJEK DRAWING ( IKM LUMUT )
  115. PELAJAR TVET-TAHFIZ (IKM LUMUT) BERKHUTBAH JUMAAT 19/11/2021
  116. KURSUS MELAKSANAKAN KHIDMAT PELANGGAN
  117. KELAS TUISYEN SPM MTQAV 20 BAGAN DATUK
  118. BERITA TERKINI PENAZIRAN AL QURAN
  119. BERITA TERKINI PENAZIRAN AL QURAN
  120. PELAJAR TVET-TAHFIZ (IKM LUMUT) BERKHUTBAH JUMAAT
  121. TARIKH KEMASUKKAN PELAJAR TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  122. PROGRAM TAHFIZ TVET IKM
  123. TEMUDUGA CTRM
  124. SALAM MAULIDUR RASUL
  125. LALUAN PELAJAR TAHFIZ KE PENGAJIAN TEKNIKAL
  126. KEJAYAAN BEKAS PELAJAR MTQ ADDIN VOKASIONAL
  127. TVET-TAHFIZ VOKASIONAL
  128. SESI TAKLIMAT PELAJAR IKM LUMUT
  129. KEMASUKAN PELAJAR MTQAV 19 LEKIR
  130. TAWARAN KEMASUKKAN KE PROGRAM KEMAHIRAN TEKNOLOGI KOMPENTESI KIMPALAN
  131. PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2022 LEKIR
  132. PENGAMBILAN PELAJAR TAHUN 2022 PENGKALAN HULU
  133. KEJAYAAN PELAJAR MTQ ADDIN VOKASIONAL
  134. UJIAN PRA SYAHADAH 6 JUZUK
  135. SEMBANG SANTAI BERSAMA USTAZ ISMAIL BIN ZAINAL ABIDIN
  136. PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2022 MTQAV 18 BATU KURAU
  137. PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2022 MTQAV 20 TANJUNG BAYAN
  138. TAWARAN PELAJAR TAHFIZ KE IKM LUMUT
  139. TEMUDUGA KE PROGRAM DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN
  140. SPM 2020 TANJUNG BAYAN BAGAN DATUK
  141. SUMBANGAN PENGURUSAN TAHFIZ VOKASIONAL
  142. JOM BERWAQAF
  143. DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA SESI MEI 2021
  144. SUMBANGAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  145. CSR KHIDMAT MASYARAKAT MTQV 19 LEKIR
  146. MENDISIPLINKAN DAN MEMBUDAYAKAN PELAJAR MTQV 19 LEKIR DENGAN SILAT
  147. MAKLUMAT PELAJAR KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN FEBRUARI 2020
  148. TAKLIMAT PISH 2020 BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
  149. PROGRAM MEMBERSIHKAN MUZIUM SIPUT TELUK BATIK PERAK.
  150. KURSUS TEKNOLOGI KOMPUTER
  151. RAKAMAN PENGHARGAAN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI SU POLITIK MENTERI DI JPM
  152. ANDALAH WIRA KAMI
  153. MAKLUMAT PELAJAR KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN MAC 2020
  154. MAKLUMAT PELAJAR KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN APRIL 2020
  155. PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA
  156. PENGUMUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN
  157. PELAJAR KHATAM BULAN JULAI 2020
  158. KORBAN TANJUNG BAYAN 2020
  159. TAHNIAH...ALHAMDULILLAH PELAJAR KHATAM 30 JUZ ALQURAN
  160. WARNA BARU TANJUNG BAYAN
  161. TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN 2020
  162. MAJLIS SERAHAN ZAKAT YAYASAN ADDIN 2020
  163. SALAM MAAL HIJRAH 1442
  164. TAHNIAH SEORANG LAGI PELAJAR KHATAM 30JUZ AL QURAN
  165. PERSEMBAHAN SILAT DARIPADA VOKASIONAL LEKIR
  166. TAHNIAH YBHG. TAN SRI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
  167. PERBINCANGAN LANJUT MENGENAI HARLEY DAVIDSON
  168. SUKAN DALAMAN VOKASIONAL LEKIR
  169. BAKAL USAHAWAN YAYASAN ADDIN
  170. ADDIN AUTO PARTS
  171. KHATAM 30 JUZ VOKASIONAL ADDIN LEKIR
  172. KURSUS- KURSUS TEKNOLOGI VOKASIONAL ADDIN LEKIR
  173. TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN 2021
  174. HARI PENDAFTARAN VOKASIONAL ADDIN LEKIR 2021
  175. IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TVET KPD LEPASAN TAHFIZ
  176. AKTIVITI MASA LAPANG DI MTQV18 ANAK KURAU
  177. MAKLUMAT KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN JANUARI 2020
  178. TAHSINUL QURAN PERINGKAT MTQADV 20 TANJUNG BAYAN
  179. TAKLIMAT PISH 2020 MTQADV20 TANJUNG BAYAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
  180. GOTONG-ROYONG MTQADV20
  181. HARI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2020
  182. MINGGU ORENTASI MTQADV20 TANJUNG BAYAN
  183. HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2020
  184. ANUGERAH USAHAWAN POPULAR 2019
  185. MAJLIS PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2019 PERSATUAN KEMBARA INSANIAH MTQ ADDIN
  186. TEMUDUGA SESI TAHUN 2020
  187. TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR 2020
  188. IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2020
  189. TEMUDUGA TERBUKA TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  190. KURSUS KECANTIKAN WAJAH BERSAMA MARY KAY
  191. KONVOKESYEN KALI KE-11 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN
  192. LAWATAN KERJA KE IKM ALOR SETAR DAN IKM SIK KEDAH
  193. ZIARAH DAN UNDANGAN KOMUNITI SETEMPAT
  194. JOM BERSEDEKAH & PERBANYAKKAN SELAWAT
  195. PROGRAM CSR DI SITIAWAN
  196. TAHNIAH DIATAS PERLANTIKAN CEO MAIPK YANG BARU
Image Banner

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA PENGARAH BAHARU DARUL QURAN JAKIM

Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Puan Mastuyah Binti Sahari atas pelantikan beliau sebagai Pengarah baharu Darul Quran JAKIM.

Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dalam meneruskan kecemerlangan institusi pendidikan Al-Quran yang telah lama menjadi tonggak penting dalam melahirkan para huffaz, ilmuwan serta pendakwah yang berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan dedikasi yang dimiliki, beliau mampu membawa Darul Quran JAKIM ke arah pencapaian yang lebih gemilang dan terus menjadi institusi rujukan pendidikan tahfiz di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Yayasan ADDIN amat menghargai segala usaha dan komitmen pihak Darul Quran JAKIM dalam memperkasakan pendidikan Al-Quran serta pembangunan modal insan berteraskan nilai Islam. Hubungan dan kerjasama yang terjalin sebelum ini diharap akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama, khususnya dalam usaha melahirkan generasi pelajar tahfiz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah mempunyai sahsiah, kepimpinan dan ilmu yang seimbang.

Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama strategik antara Yayasan ADDIN dan Darul Quran JAKIM akan terus berkembang melalui pelbagai program pendidikan, pembangunan akademik, latihan serta perkongsian kepakaran pada masa akan datang.

Akhir kata, kami mendoakan agar Puan Mastuyah Binti Sahari sentiasa diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memikul amanah yang besar ini serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin Darul Quran JAKIM ke arah kecemerlangan yang berterusan.

 

BKPYA

DR004

LAGI

SELAMAT HARI IBU DARIPADA YAYASAN ADDIN

Selamat Hari Ibu

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat kasih sayang dan pengorbanan insan yang bergelar ibu. Sempena sambutan Hari Ibu yang bertepatan dengan tarikh 10 Mei 2026, pihak Yayasan ADDIN ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ibu yang menjadi madrasah pertama dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan bertaqwa.

Ibu merupakan insan yang mengandung, melahirkan, mendidik serta membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan yang tidak ternilai. Dalam kesibukan dan keletihan, seorang ibu tetap kuat demi memastikan anak-anak mendapat kehidupan dan pendidikan yang terbaik.

Islam meletakkan kedudukan ibu pada martabat yang sangat tinggi. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
— Surah Al-Isra’, ayat 23

Sabda Rasulullah SAW ketika seorang sahabat bertanya siapakah insan yang paling berhak mendapat layanan baik :

“Ibumu.”
Kemudian baginda ditanya lagi, “Siapa selepas itu?”
Baginda menjawab, “Ibumu.”
Ditanya lagi, “Siapa selepas itu?”
Baginda menjawab, “Ibumu.”
Kemudian baginda bersabda, “Kemudian ayahmu.”

(Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Ayat dan hadis ini jelas menunjukkan betapa besarnya kedudukan seorang ibu di sisi Islam sehingga ketaatan dan penghormatan kepada ibu menjadi antara amalan yang sangat dituntut.

Pihak Yayasan ADDIN mendoakan agar seluruh ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, ketenangan, keberkatan umur serta ganjaran pahala atas segala pengorbanan yang dicurahkan. Semoga Allah SWT menjadikan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk hati buat para ibu di dunia dan akhirat.

“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.”

Selamat Hari Ibu buat seluruh insan bergelar ibu.
Jasamu dikenang, pengorbananmu tidak ternilai.

 

BKPYA

DR004

LAGI

2 CAWANGAN MTQ ADDIN TERPILIH JALANI AUDIT STANDARD PENGIKTIRAFAN TAHFIZ MALAYSIA (SPTM)

IPOH – Yayasan ADDIN melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila dua cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ) ADDIN terpilih sebagai antara tiga institusi tahfiz di negeri Perak yang disenarai pendek untuk menjalani proses audit bagi pengiktirafan dan penarafan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM).

Pemilihan tersebut dibuat daripada puluhan institusi tahfiz berdaftar di negeri ini dan dilihat sebagai satu pengiktirafan besar terhadap komitmen Yayasan ADDIN dalam memperkasakan sistem pendidikan tahfiz yang berkualiti dan berdaya saing.

Untuk rekod, SPTM merupakan satu bentuk pengiktirafan di peringkat kebangsaan yang melibatkan institusi tahfiz seluruh Malaysia. Pemilihan dua cawangan MTQ ADDIN ini sekali gus meletakkan institusi di bawah naungan Yayasan ADDIN dalam kelompok tahfiz yang dinilai berdasarkan piawaian nasional yang telah ditetapkan.

Proses audit yang dijalankan melibatkan beberapa aspek penting termasuk audit kewangan, ketelusan pengurusan, silibus pembelajaran, disiplin pelajar, kebajikan serta pembangunan sahsiah pelajar.

Penilaian kewangan memberi fokus kepada pengurusan yang amanah, telus dan berintegriti, manakala semakan silibus memastikan sistem hafazan, sukatan pelajaran serta kaedah pengajaran sentiasa tersusun, relevan dan berkesan dalam melahirkan huffaz yang berkualiti.

Selain itu, aspek disiplin pelajar, suasana pembelajaran serta pembangunan sahsiah turut diberi perhatian bagi memastikan pembentukan pelajar yang seimbang dari sudut ilmu, hafazan dan akhlak dapat direalisasikan.

Menurut pihak pengurusan Yayasan ADDIN, proses audit tersebut bukan sekadar penilaian semata-mata, bahkan menjadi ruang penambahbaikan berterusan demi memperkukuh sistem pentadbiran dan pendidikan agar sentiasa selari dengan kehendak standard kebangsaan yang digariskan.

Dalam pada itu, Yayasan ADDIN turut merakamkan penghargaan kepada pihak auditor atas kesudian hadir menjalankan penilaian serta berkongsi pandangan yang membina sepanjang proses audit berlangsung.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada seluruh warga MTQ ADDIN, para asatizah, kakitangan dan pelajar atas komitmen serta kerjasama yang telah diberikan.

Yayasan ADDIN berharap agar semua cawangan tahfiz di bawah naungannya terus berjaya memenuhi piawaian Standard Tahfiz Malaysia yang ditetapkan oleh pihak JAKIM, sekali gus melahirkan generasi huffaz yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

 

BKPYA

DR004

LAGI

KUNJUNGAN HORMAT TAJ INTERNATIONAL COLLEGE KE YAYASAN ADDIN

IPOH, 6 Mei 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H – Yayasan ADDIN terus melangkah proaktif dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tahfiz apabila menerima kunjungan hormat daripada delegasi International College (TIC) dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN, pagi tadi.

Pertemuan yang bermula pada jam 10.00 pagi itu bertujuan untuk meneroka ruang kerjasama baharu yang lebih holistik, menggabungkan elemen akademik, kemahiran teknikal, dan pemantapan sahsiah buat para pelajar di kedua-dua institusi.

Tiga Fokus Utama Kerjasama

Hasil perbincangan tersebut telah menggariskan tiga hala tuju utama yang bakal memberi impak signifikan kepada komuniti pendidikan:

  1. Peluang Bidang Kemahiran: Membuka ruang latihan kemahiran di cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) ADDIN terpilih bagi melahirkan huffaz yang mempunyai nilai tambah teknikal.

  2. Penubuhan Taska: Cadangan mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak (Taska) di cawangan MTQ ADDIN bagi menyantuni keperluan komuniti setempat.

  3. Pensijilan Hafazan JAKIM: Membuka peluang kepada pelajar TIC untuk memperoleh sijil hafazan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus memperkukuh identiti pelajar yang seimbang dunia dan akhirat.

Kepimpinan Dua Hala

Delegasi Yayasan ADDIN diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin, bersama barisan kepimpinan kanan termasuk Ustaz Mohamad Taufiq Bin Shamsumiah (Ketua Pegawai Operasi Bhg Pendidikan), Ustaz Mohamad Kamaruzaman Bin Daud (Ketua Bahagian Operasi Khidmat Pengurusan), Ustaz Muhammadbazli Aminmokhsin Bin Aminuddin (Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Ekonomi), dan Megat Firdaus Bin Megat Basri (Timbalan Pegawai Operasi Bhg Pendidikan.

Manakala pihak TAJ International College pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Tina Binti Tajuddin, diiringi oleh Dr. Mohd Rizal Bin Abd Karim, Nur Atiqa Bt Abdul Aziz, serta barisan pengurusan dari Sekolah Integrasi Ar-Rahman.

Membina Generasi Rabbani

Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, malah menjadi titik permulaan kepada usaha memperkasa institusi tahfiz dan pengajian tinggi. Kerjasama ini diharapkan mampu melahirkan modal insan yang kompeten berpaksikan kepada nilai-nilai Al-Quran.

Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi pemangkin kepada pembangunan generasi masa depan yang berkemahiran tinggi serta memiliki jati diri Islam yang utuh.

 

BKPYA

DR004

LAGI

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah salah satu daripada empat bulan haram (suci) yang dimuliakan Allah SWT, di mana amalan soleh digandakan pahala dan maksiat dilarang keras. Ia merupakan waktu yang tenang untuk refleksi diri, persiapan haji, dan digalakkan memperbanyakkan puasa sunat serta amal ibadah. Berikut adalah kelebihan bulan Zulkaedah :

Termasuk Bulan Haram :
Merupakan salah satu daripada bulan yang dihormati (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Larangan melakukan kezaliman/dosa adalah lebih ketat, dan ganjaran pahala bagi amalan soleh dilipatgandakan.

Waktu Utama Umrah :
Rasulullah SAW melaksanakan kesemua umrah baginda pada bulan Zulkaedah, menjadikannya waktu yang sangat afdhal untuk menunaikan umrah.

Bulan Persediaan Haji :
Zulkaedah adalah bulan sebelum Zulhijjah, bertindak sebagai masa persediaan mental dan fizikal untuk ibadah haji.

Bulan Ketenangan :
Dari segi bahasa, ia bermaksud "duduk" atau berhenti, yang memberi isyarat untuk berehat daripada konflik/perang dan menenangkan diri.

Digalakkan Puasa Sunat :
Antara amalan yang ditekankan oleh generasi salaf adalah berpuasa sunat pada bulan-bulan haram termasuk Zulkaedah.
 

Sebagai bulan yang suci, umat Islam digalakkan memperbanyakkan istighfar, membaca Al-Quran, dan menjaga diri daripada melakukan maksiat.

BKPYA
DR004

LAGI

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Yayasan ADDIN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja di seluruh negara, khususnya kepada barisan tenaga kerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan ummah dan negara serta semua warga pendidik di semua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN.

Hari Pekerja adalah satu penghargaan yang amat bermakna buat semua yang telah berkorban tenagamasa dan usaha dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab masing-masing. Setiap peranan, sama ada besar mahupun kecil, adalah sangat bernilai dalam memastikan kelangsungan organisasi dan kesejahteraan masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda :-
   "Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang (Itqan)."

Yayasan ADDIN amat menghargai komitmen dan dedikasi seluruh kakitangan, pendidiksukarelawan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan misi dakwah dan pendidikan. Sesungguhnya, keikhlasan dalam bekerja adalah kunci keberkatan dan kejayaan yang sebenar.

Semoga Hari Pekerja ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih, meningkatkan profesionalisme serta memperkukuhkan nilai integriti dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil."

(Surah al-Nisa' - Ayat 58)

Pencak Silat Sembah Diraja,
Sakit Di Kaki Hingga Belikat,
Dalam Penat Kita Bekerja,
Biarlah Rezeki Halal Dan Berkat.

"Satu Keluarga Seorang Hafiz"

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image Banner