31 JULAI 2024 BERSAMAAN 25 MUHARRAM 1446H BERLANGSUNGNYA HARI PAHLAWAN BAGI NEGARA MALAYSIA. HARI PAHLAWAN DISAMBUT PADA 31 JULAI SETIAP TAHUN, MENGAMBIL SEMPENA TARIKH PENGISYTIHARAN TAMATNYA DARURAT PADA 31 JULAI 1960
SAMBUTAN HARI PAHLAWAN DIPERKENALKAN, BERTUJUAN MENGHARGAI JASA DAN BAKTI PARA PAHLAWAN YANG TERDIRI DARIPADA ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN YANG TERKORBAN SEMASA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB FARDU KIFAYAH MEMELIHARA KEAMANAN, MENGEKALKAN KETENTERAMAN DAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.
FIRMAN ALLAH DALAM AL-QURAN ;
 لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ دَرَجَةࣰۚ وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ أَجۡرًا عَظِیمࣰا 
 
BERMAKSUD: TIDAKLAH SAMA KEADAAN ORANG BERIMAN YANG DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG) DARIPADA KALANGAN ORANG YANG BERIMAN SELAIN DARIPADA ORANG-ORANG YANG ADA KEUZURAN - DENGAN ORANG-ORANG YANG BERJIHAD (BERJUANG) DI JALAN ALLAH (UNTUK MEMBELA ISLAM) DENGAN HARTA DAN JIWANYA. ALLAH MELEBIHKAN DARJAT ORANG-ORANG YANG BERJUANG DENGAN HARTA DAN JIWA MEREKA BERBANDING ORANG-ORANG YANG DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG TANPA KEUZURAN) DENGAN KELEBIHAN SATU DARJAT. DAN, TIAP-TIAP SATU (DARIPADA DUA GOLONGAN ITU), ALLAH MENJANJIKAN BALASAN YANG BAIK (SYURGA), DAN ALLAH MELEBIHKAN ORANG-ORANG YANG BERJUANG BERBANDING ORANG-ORANG YANG TINGGAL DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG DAN TIADA SEBARANG KEUZURAN) DENGAN PAHALA YANG AMAT BESAR.
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KETABAHAN, KECEKALAN DAN KEYAKINAN SERTA PERLINDUNGAN KEPADA ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS. SERTA DILIMPAHI KE ATAS MEREKA, BEGITU JUGA KE ATAS KELUARGA MEREKA YANG SAMA-SAMA BERKORBAN, KEBERKATAN HIDUP DAN GANJARAN YANG BESAR DI AKHIRAT.