09 NOVEMBER 2019. MTQ ADDIN VOKASIONAL 19 AR RAHMANIAH LEKIR SERING MENERIMA UNDANGAN ATAU JEMPUTAN. SAMADA UNDANGAN KE MAJLIS KESYUKURAN MAHUPUN DOA SELAMAT SENTIASA DIPENUHI BAGI MENYAMPAIKAN HAJAT TUAN RUMAH SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI BERSAMA WARGA TEMPATAN.
BEGITU JUGA ZIARAH DAN MENYANTUNI PESAKIT DI HOSPITAL SERI MANJUNG YANG DEKAT DI HATI KAMI KERANA DENGAN ZIARAH INI MENGERATKAN SILATURRAHIM DAN MENDIDIK HATI UNTUK LEBIH BERSIMPATI SELAIN DAPAT MENYAMPAI HAJAT MELALUI DOA DAN KATA-KATA YANG BAIK SEBAGAI MOTIVASI KEPADA PARA PESAKIT.
GAMBAR, UNDANGAN KE MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SERTA ZIARAH MENYANTUNI PESAKIT DI HOSPITAL SERI MANJUNG PADA 02 NOVEMBER YANG LALU..
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KECIL KAMI INI, SEMOGA KAMI MENGIKUTI JEJAK LANGKAH JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD MENERUSI TINGKAH LAKU DAN URUSAN DUNIAWI..
SELAWAT DAN SALAM KEATAS MU YA RASULULLAH.. SALAM MAULIDUR RASUL 1441 HIJRAH