https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1737003737.png

UJIAN SARINGAN MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025

13 DAN 14 JANUARI 2025 BERSAMAAN 13 DAN 14 REJAB 1446H, TELAH BERLANSUNG PERINGKAT UJIAN SARINGAN UNTUK MENYERTAI MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025 BERTEMPAT DI INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM) DAN BILIK KULIAH IBNU KATHIR MASJID SULTAN AZLAN SHAH.

SERAMAI 8 ORANG PESERTA DARIPADA 6 BUAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN YANG LAYAK KE PERINGKAT UJIAN SARINGAN INI, MTQ ADDIN YANG TERLIBAT ADALAH ;
1) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 04 TAPAH : 3 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
2) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 06 PADANG RENGAS : 1 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
3) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 11 SERUAN ISLAM : 1 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
4) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 15 KAMPUNG KLAN : 1 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
5) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 07 TAMBUN : 1 PESERTA (1 - 20 JUZUK)
6) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU : 1 PESERTA (1 - 20 JUZUK)

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA 8 ORANG PESERTA DARIPADA MTQ ADDIN YANG DITERIMA UNTUK KE PERINGKAT UJIAN SARINGAN DAN MENDOAKAN MOGA SEMUA PELAJAR DARI MTQ ADDIN LAYAK UNTUK KE PERINGKAT SETERUNYA.

PERINGKAT SETERUSNYA ADALAH, PERINGKAT NEGERI YANG AKAN BERLANSUNG PADA 18 HINGGA 20 FEBRUARI 2025 IAITU HARI SELASA HINGGA KHAMIS BERTEMPAT DI CASUARINA MERU IPOH PERAK.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA DAN MEMBERI KEJAYAAN DI DALAM UJIAN SARINGAN INI. TERUSKANLAH BERDOA DAN BERTAWAKAL, SERTA INGATLAH BAHAWA SETIAP LANGKAH YANG ANDA SEMUA AMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKAN DIRI DAN MASYARAKAT. SEMOGA ANDA SEMUA TERUS BERJAYA DAN MENJADI INSPIRASI KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

"SATU KELUARGA SEORANG HUFFAZ"

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1737003062.png

HARI MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

27 JANUARI 2025 BERSAMAAN 27 REJAB 1446H.

PADA HARI YANG PENUH KEBERKATAN INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK DAN MIKRAJ. PERISTIWA INI BUKAN SAHAJA MENUNJUKKAN KEAGUNGAN ALLAH SWT, TETAPI JUGA MENJADI SUMBER INSPIRASI BAGI KITA SEMUA UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MEMPERBAIKI DIRI.

KISAH PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW DARI MASJIDIL HARAM KE MASJIDIL AQSA, DAN SETERUSNYA KE SIDRATUL MUNTAHA ADALAH SATU PENGAJARAN PENTING TENTANG KEIMANAN DAN KEPATUHAN KEPADA ALLAH. DALAM PERJALANAN INI, NABI MUHAMMAD SAW TELAH MENERIMA PERINTAH SOLAT, YANG MENJADI TIANG AGAMA KITA.

YAYASAN ADDIN MENYERU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM MARILAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA INI DENGAN MEMPERKUKUHKAN IBADAH SOLAT DAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENINGKATKAN AMALAN IBADAH KITA DAN MENGUATKAN IMAN DALAM DIRI. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA SEMUA DENGAN HIDAYAH DAN PETUNJUK-NYA. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENCONTOHI KETABAHAN DAN KEIKHLASAN BAGINDA DALAM MENYEBARKAN SYIAR ISLAM.

SELAMAT MEMPERINGATI ISRAK DAN MIKRAJ.

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA SEMUA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1736481685.png

UJI BAKAT MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025

4 DAN 5 JANUARI 2025 BERSAMAAN 4 DAN 5 REJAB 1446H, TELAH BERLANSUNG UJI BAKAT UNTUK MENYERTAI MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025 BERTEMPAT DI BILIK KULIAH INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM).

SEBANYAK 8 BUAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN YANG TERLIBAT MENGHANTAR PELAJAR SEBAGAI PESERTA DALAM UJI BAKAT INI, MTQ ADDIN YANG TERLIBAT ADALAH ;
1) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 01 SUNGAI KELI : 1 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
2) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 04 TAPAH : 6 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
3) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 06 PADANG RENGAS : 3 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
4) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 10 SUNGAI KATI : 3 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
5) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 11 SERUAN ISLAM : 2 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
6) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 13 KAMPUNG BUAIA : 1 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
7) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 15 KAMPUNG KLAN : 1 PESERTA (1 - 10 JUZUK)
8) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 07 TAMBUN : 1 PESERTA (1 - 20 JUZUK)

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA MTQ ADDIN YANG TELAH MENGHANTAR PELAJAR UNTUK UJI BAKAT DAN MENDOAKAN MOGA SEMUA PELAJAR DARI MTQ ADDIN LAYAK UNTUK KE PERINGKAT SETERUNYA.

PERINGKAT SETERUSNYA ADALAH, PERINGKAT SARINGAN YANG AKAN BERLANSUNG PADA 13 DAN 14 JANUARI 2025 BERTEMPAT DI INTIM DAN BILIK KULIAH IBNU KATHIR MASJID SULTAN AZLAN SHAH.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA DAN MEMBERI KEJAYAAN DI DALAM UJI BAKAT INI. TERUSKANLAH BERDOA DAN BERTAWAKAL, SERTA INGATLAH BAHAWA SETIAP LANGKAH YANG ANDA SEMUA AMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKAN DIRI DAN MASYARAKAT. SEMOGA ANDA SEMUA TERUS BERJAYA DAN MENJADI INSPIRASI KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1735869834.png

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2025

DENGAN PENUH RASA SYUKUR DAN HARAPAN, YAYASAN ADDIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2025 KEPADA SEMUA.

SEMOGA TAHUN 2025 MEMBAWA KEBAHAGIAAN, KEJAYAAN, KEBERKATAN, DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA SEMUA.

MARI KITA BERSAMA-SAMA MELANGKAH KE HADAPAN DENGAN SEMANGAT YANG POSITIF DAN AZAM YANG BAHARU SERTA JADIKAN TAHUN 2025 INI SEBAGAI PELUANG UNTUK MENCAPAI IMPIAN DAN HARAPAN BARU.

BERSAMA-SAMA, KITA TERUS MELANGKAH KE HADAPAN, MEMBINA MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG DAN TERBILANG.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU, TAHUN 2025!

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1735805249.jpg

PERTANDINGAN MY TAHFIZ SKILLS

29 OKTOBER 2024M BERSAMAAN 26 RABIUL AKHIR 1446H, TELAH BERLANGSUNG PERTANDINGAN MY TAHFIZ SKILLS PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024 BERTEMPAT DI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH. PERTANDINGAN INI DIANJUR OLEH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK (JAIPK), JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK.

ALHAMDULILLAH, YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 02 PARIT KERANA BERJAYA MEMENANGI 3 DARIPADA 6 PERTANDINGAN YANG DIPERTANDINGKAN. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH JUGA KEPADA KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK (KKPS) KERANA TELAH MEMBERI TUNJUK AJAR DAN MEMBIMBING PELAJAR MTQ ADDIN 02 PARIT SEHINGGA BERJAYA MERAIH 3 KEMENANGAN, 3 KEMENANGAN YANG DICAPAI ITU ADALAH ;
1)🥇SIMULASI JUALAN (JOHAN)
   - MOHAMMAD AIMAN AMNI BIN ZULKIFLI
   - MUHAMMAD KHALAF BIN JAZARUDDIN
   - MUHAMMAD FAYYADH RAMADHAN BIN ABD MALIK
   - MOHAMAD AIMAN SYAKIRI BIN SANUSI

2)🥉PEMBUATAN PIZZA (KETIGA)
   - MUHAMMAD MUHAIMIN AMANI BIN MOHD ADIB
   - AKMAL AZRI BIN ANWA

3)🥉TEKA SILANG KATA ONLINE (KETIGA)
   - MOHAMAD AIMAN SYAKIRI BIN SANUSI

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGANJUR PERTANDINGAN INI KERANA MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MTQ ADDIN UNTUK MENUNJUKKAN BAKAT DAN KEMAHIRAN. PERTANDINGAN INI BUKAN SAHAJA MENCABAR TETAPI JUGA MEMBERI PENGALAMAN BERHARGA YANG TIDAK TERNILAI.

SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN MEMBERI INSPIRASI KEPADA SEMUA TERUTAMA PELAJAR DI MTQ ADDIN UNTUK TERUS BERUSAHA DAN TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA.

LAGI
https://addin.awfatech.com/addin3/content/news/newsf1_036_1730687191.jpg

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK TAHUN 2024

26 OKTOBER 2024M BERSAMAAN 23 RABIUL AKHIR 1446H TELAH BERLANGSUNG MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK TAHUN 2024 BERTEMPAT DI INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM).

YAYASAN ADDIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SAUDARA HAFIZUL FAHMI BIN NAIROHIZAN DAN MUHAMMAD MUAZ BIN SHAVIRA KERANA TELAH MENERIMA ANUGERAH TAHFIZ MUDA YANG DISAMPAIKAN OLEH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK TAHUN 2024.

SAUDARA HAFIZUL FAHMI BIN NAIROHIZAN MERUPAKAN PELAJAR DARIPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN MALIM NAWAR, BELIAU JUGA ADALAH ALUMNI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN TAMBUN. SELAMA BELIAU DI MTQ ADDIN, BELIAU TELAH KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN SALAH SEORANG GRADUAN SYAHADAH AL-QURAN YAYASAN ADDIN 6 & 10 JUZUK SERTA NAIB JOHAN MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK (MIISMAP) TAHUN 2024. SAUDARA MUHAMMAD MUAZ BIN SHAVIRA PULA MERUPAKAN PELAJAR DARIPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN TAPAH, BELIAU TELAH KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN SALAH SEORANG GRADUAN SYAHADAH AL-QURAN YAYASAN ADDIN 6 & 10 JUZUK.

PENCAPAIAN INI MERUPAKAN SATU KEBANGGAAN YANG BESAR BAGI SELURUH WARGA YAYASAN ADDIN, MEREKA BERDUA TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA DENGAN TEKAD, DISIPLIN, DAN BIMBINGAN YANG BERTERUSAN. KEJAYAAN DALAM BIDANG HAFAZAN AL-QURAN DAPAT DICAPAI, KAMI DI YAYASAN ADDIN SENTIASA MENDOAKAN AGAR MEREKA BERDUA TERUS BERJAYA DALAM MENJAGA HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN MENJADI SEORANG HUFFAZ YANG CEMERLANG DALAM ILMU DAN AKHLAK.

SEMOGA MEREKA BERDUA TERUS DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJADI PEMIMPIN UMMAH YANG BERPEGANG TEGUH PADA AJARAN AL-QURAN DAN TERUS CEMERLANG DALAM MENJAGA HAFALANNYA SERTA MENJADI SEORANG HUFFAZ YANG BERJAYA DI MASA HADAPAN. USAHA INI TURUT MENCERMINKAN SLOGAN YANG INGIN DITERAPKAN OLEH YAYASAN ADDIN IAITU 'SATU KELUARGA SEORANG HUFFAZ'.

LAGI

Page 1 of 26