:
WAKAF KENDERAAN
Share:


Pendahuluan

Pengangkutan merupakan nadi kehidupan bandar dan luar bandar yang berfungsi untuk menghubungkan masyarakat dengan destinasi harian mereka. Dalam era globalisasi yang semakin berkembang, pengangkutan memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja dalam menjamin mobiliti, tetapi juga dalam mempengaruhi aspek sosial, ekonomi, dan kesihatan masyarakat.

Bagi menguruskan aktiviti Yayasan ADDIN, pengangkutan sangat penting dalam meningkatkan tahap ketersampaian mobiliti bagi seluruh cawangan MTQ ADDIN. Mobiliti yang cekap bermaksud kebebasan untuk bergerak dan mengakses pelbagai destinasi dengan mudah. Dengan adanya pengangkutan yang cekap, pergerakan kakitangan Yayasan ADDIN terutamanya pegawai penaziran dan program pelajar tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ini bukan sahaja memudahkan perjalanan harian. Tetapi juga meningkatkan kualiti hidup dengan mengurangkan tekanan dan masa yang dihabiskan di jalan raya. Tahap ketersampaian mobiliti yang tinggi juga penting untuk pembangunan ekonomi kerana ia memudahkan pergerakan tenaga kerja, barang, dan perkhidmatan. Dengan kata lain, pengangkutan adalah tulang belakang kepada mobiliti yang lebih baik dan pembangunan yang lebih mapan.

Wakaf Kenderaan 2025

Justeru itu, Yayasan ADDIN membuka peluang kepada masyarakat untuk turut serta menyediakan kemudahan pengangkutan melalui program wakaf kenderaan bagi tahun 2025 ini yang berhasrat seperti berikut :

1. Membeli dan mendapatkan 10 (sepuluh) unit kenderaan van untuk diserahkan kepada 10 cawangan MTQ ADDIN terpilih bagi kegunaan pengangkutan aktiviti pelajar, solat jumaat dan memenuhi undangan masyarakat.

2. Membeli dan mendapatkan 1 (satu) unit Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) untuk Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN bagi kegunaan aktiviti penaziran 26 buah cawangan MTQ ADDIN.

3. Membeli dan mendapatkan 1 (satu) unit Kenderaan Bas bagi tujuan pengangkutan aktiviti Pelajar MTQ ADDIN, Program Yayasan ADDIN dan Program Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak.

 

Bentuk Wakaf / Sumbangan

1. Wakaf / Sumbangan boleh dibuat melalui wakaf / sumbangan tunai melalui akaun bank berikut:

Nama Akaun    : JPM ADDIN KG TUALANG SEKAH

Nombor Akaun : 5080 4760 1456

Nama Bank      : Maybank Berhad

 

2. Kami juga menerima wakaf / sumbangan dalam bentuk Kenderaan Baru atau Kenderaan Terpakai yang boleh digunakan.

 

3. Sila hubungi kami di talian 05-5060223 waktu pejabat untuk maklumat lanjut.

 

KLIK butang berikut untuk terus ke halaman ...

INFAQPAY TABUNG PEMBANGUNAN TABUNG PENDIDIKAN MUKA DEPAN
JOM ZAKAT WAKAF AL QURAN TABUNG PENGURUSAN DANA HARTA KEKAL