Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 02 adalah sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta yang berasaskan kebajikan. Bidang hafaz Al Quran merupakan subjek teras disamping subjek-subjek pengajian Islam seperti Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadis dan lain-lain lagi. Subjek-subjek Akademik asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup turut disediakan. Maahad ini ditubuhkan pada 2001 seramai lebih kurang 25 orang dan 4 orang tenaga pengajar di atas tapak tanah yang dibeli oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Parit sebagai asrama dan menumpang di surau (merah) sebagai kelas pengajian.
Pada Awal Januari 2004, Maahad ini berpindah ke bangunan baru di alamat Batu 7 Jalan Siputeh 32800 Parit Perak. Maahad ini merupakan cawangan ke-2 kepada Maahad Tahfiz ADDIN Kg Tualang Sekah. Maahad ini berjaya didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak, Nombor pendaftarannya ialah : JAIPk/LP/PT.67/08
Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Parit :
- Pelajar lelaki sahaja
- Dari umur 13 tahun
- Tempoh pengajian : 3 tahun – Tahun ke-4 akan melanjutkan pengajian di Malim Nawar atau Tapah jika mencapai target 15 juzuk
Alamat :
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN
No.25,Jalan Siputeh
32800 Parit Perak
No Tel : 05-3775900 / 3775440
Maklumat Akaun Sekolah :
Facebook : Link Facebook
No Akaun bank : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin 2
Bank Islam Malaysia Berhad : 08-013-010-03907-5
SENARAI PENGETUA MENGIKUT TAHUN
Bil | Nama | Tahun Berkhidmat |
1 | Ustaz Mohd Nasir Bin Hassan | 2001-2010 |
2 | Ustaz Ku Noorazman Bin Ku Mansor | 2010-2014 |
3 | Ustaz Mior Imran Bin Mior Burhanuddin | 2014-2017 |
4 | Mohd Alwi Bin Isa | 2017-Kini |