18 November 2024 bersamaan 16 Jamadil Awwal 1446H, telah berlangsung Program Merentas Desa dan Sukaneka bertempat di RISDA. Program ini dianjurkan dengan gabungan bersama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 06, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 11 dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 13 untuk meraikan Hari Sukan Negara dengan semangat yang membara dan penuh kegembiraan.
Hari Sukan Negara bukan sahaja merupakan platform untuk pelajar menunjukkan bakat dan kemampuan dalam sukan, tetapi juga satu peluang untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan pelajar. Dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang, pelajar akan dapat merasai keseronokan dan keceriaan dalam bersukan.
Merentas Desa dan Sukaneka ini bukan hanya tentang menang atau kalah, tetapi tentang kerjasama, persahabatan, dan membina kenangan indah bersama. Pelajar perlu bersatu padu, memberi sokongan kepada rakan-rakan, dan menjadikan hari ini sebagai satu detik berharga dalam perjalanan sebagai pelajar.
Program yang berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga 1.30 petang ini dirasmikan oleh Af Ustaz Megat Firdaus Bin Megat Basri, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN.
Yayasan ADDIN mengucapkan tahniah kepada yang telah meraih kejayaan dan kepada semua yang telah menyertai, setiap pengalaman adalah pelajaran berharga dan teruskan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan serta dalam pelajaran.
Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak penyertaan dan kejayaan.