Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat ADDIN telah menepati kehendak arus pendidikan perdana dalam membina sahsiah dan kemenjadian pelajar-pelajar berkualiti umumnya dan kepada pelajar Hafiz & Hafizah.
Kemenjadian pelajar ADDIN bermaksud pelajar yang dididik secara holistik dalam pengurusan maahad tahfiz yang cekap, berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan al-quran dan hafalan , kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Setelah meneliti dan memantau pelajar ADDIN lepasan SPM / DIPLOMA , Kebolehpasaran pelajar ADDIN telah melepasi tahap dan layak diterima oleh institut pengajian tinggi awam atau swasta. Oleh itu , peluang manyambung pengajian atau bekerja selepas tamat belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN sangat luas dan berkebolehan untuk menyertai pelbagai bidang yang telah disyorkan pelbagai jenis Institut Pengajian Tinggi.
Berikut ini , Statistik Kebolehpasaran dan Kemenjadian Lepasan SPM & DIPLOMA MTQ ADDIN 2021: