BIOGRAFI PENGERUSI YAYASAN ADDIN
Pengerusi Yayasan ADDIN, Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor D.P.M.P., A.M.P. merupakan anak kelahiran Kg. Sungai Keli, Hutan Melintang, Perak. Beliau memulakan kerjaya sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perak pada tahun 1981. Pada tahun 1987, beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit Kariah, Jabatan Agama Islam Perak. Beliau kemudian telah dilantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid pada tahun 1990 sehingga 2004 dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah pada tahun 2005. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menggantikan Dato Jamry bin Sury.
Setelah tamat kontrak sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor telah dilantik sebagai Pegawai Agama MAIPk pada 16 September 2011. Beliau merupakan orang pertama dilantik ke jawatan yang baru diwujudkan di MAIPk. Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak sebagai Yang Dipertua MAIPk.
Selain terlibat sebagai pengerusi Yayasan ADDIN, beliau juga mempunyai penglibatan yang luas di dalam masyarakat. Antaranya ialah menjadi Pengerusi Lujnah Tashih al Quran Kementerian Dalam Negeri, Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, hakim Tilawah Al-Quran di peringkat negeri dan kebangsaan, jemputan khas di dalam rancangan-rancangan televisyen dan Radio 3 Perak, panel Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak dan Pengasas merangkap Pengerusi Lembaga Koperasi Masjid Perak KOMAS Berhad. Beliau juga merupakan Mantan Pengerusi dan Penasihat AJK Masjid Cina pada tahun 2013 hingga 2015.
Sekitar tahun 2014, bertarikh 4 Ogos 2014 , beliau telah diserang penyakit strok. Walau bagaimanapun , dalam keadaan yang agak lemah , beliau masih lagi memberi komitmen yang baik terhadap tanggungjawab yang di berikan.
Dato’ Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Keli , Hutan Melintang , Perak Darul Ridzuan pada tahun 1957 sehingga 1962. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Maahad Salahuddin , Sabak Bernam , Selangor Darul Ehsan yang kini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sekitar tahun 1970, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dato’ Sheikh telah ditawarkan menyambung pengajian peringkat dalam bidang hafazan Quran di Masjid Negara dengan tajaan penuh dari kerajaan negeri Perak. Pada tahun 1980, beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons) Shoubra Al Azhar , Kaherah , Mesir. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dato’ Sheikh telah memulakan perkhidmatannya sebagai Imam Besar (gred s41) di Masjid Idris Shah II .
BIODATA
Maklumat Diri
Nama : Sahibul Fadhilah Dato’ Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor Al-Hafiz DPMP.AMP
Tarikh Lahir : 10 Januari 1950
Tempat Lahir : Kampung Sungai Keli , Hutan Melintang , Perak
Pendidikan / Kelulusan
Darjah Kebesaran
Pengalaman
Penulisan
Dato' Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor merupakan antara ahli lujnah tashih al quran KDN 2008-2010
Sumbangan Beliau Dalam Pendidikan Tahfiz di Malaysia