:
SEKOLAH RENDAH TAHFIZ ADDIN AL-ITTIHADIAH
Share:


                                                                 DANA WAKAF PENDIDIKAN

 

Bermula pada Tahun 2021Yayasan ADDIN meneruskan usaha memartabat Institusi Tahfiz, dengan pembukaan Sekolah Rendah Tahfiz ADDIN Al-Ittihadiah. Sekolah ini merupakan usaha sulung Yayasan ADDIN yang memfokuskan Pendidikan Tahfiz bagi peringkat Sekolah Rendah (darjah satu hingga enam), yang bertujuan bagi memastikan tunas-tunas Permata Agama ini disemai sejak daripada umur kanak-kanak lagi. Bertempat di Kampung Tengku Hussein Manjoi, Ipoh Perak, sekolah rendah ini menjalankan silibus pengajian seperti berikut:
 
          1) Hafazan Al-Quran :
               I) Syafawi   II) Tahriri
          2) Subjek Agama :
               I) Akidah   II) Ibadah   III) Bahasa Arab   IV) Sirah    V) Akhlaq   VI) Jawi dan Khat
          3) Subjek Akademik :
               I) Bahasa Melayu    II) Bahasa Inggeris   III) Sains   IV) Matematik   V) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

 

Bagi memastikan keselesaan para pelajar sewaktu pengajian, Yayasan ADDIN melancarkan inisiatif Wakaf Pendidikan ini dengan membuka ruang kepada para Dermawan di luar sana untuk berkongsi rezeki yang ada. Dengan izin Allah, diharapkan segala pelan pembangunan, akademik, infrastruktur, dan kemenjadian modal insan yang dirancang oleh Yayasan ADDIN akan berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Antara tujuan inisiatif ini diusahakan adalah untuk:
 
          1) Penyelenggaraan infrastruktur sekolah :
           - Ini termasuklah  memastikan  suasana kelas yang kondusif, persekitaran  sekolah yang  mendamaikan, baik  pulih surau  lama untuk  aktiviti                      keagamaan pelajar  dan  guru, dan baik pulih bangunan lama untuk dijadikan sebagai bilik guru.
          2) Penyediaan alat bantu mengajar yang optimum :
           - Sebagai contoh, projektor, komputer riba untuk guru, dan printer untuk bahan aktiviti pelajar.
          3) Keperluan pelajar secara percuma :
           - Ini termasuklah kos skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar, dan penyediaan serta penyelenggaraan mesin penapis air.
          4) Pembiayaan sebahagian kos pengurusan :
           - Antaranya bil utiliti dan gaji para guru
 
Andai kata anda hanya mampu menyumbang RM10.00, maka hulurkanlah. Wang yang diinfaqkan tadi antaranya akan digunakan untuk penyediaan buku teks Percuma kepada para pelajar. Sudah semestinya sekurang-kurangnya seorang pelajar Tahfiz akan menggunakan buku tersebut, yang insyaAllah akan mendorongnya menjadi Ilmuwan yang beramal sehingga ke akhir hayatnya. Malahan jika dia pula menjadi seorang guru suatu hari nanti, ilmu di dadanya bakal menginspirasi generasi akan datang. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui nilai ganjaran yang selayaknya buat penyumbang tadi, yang mungkin merasakan infaq RM10.00 itu tidak begitu bernilai.
 
Firman Allah subhanahu wata'ala :
 

"Kamu tidak akan sekali-kali dapat mencapai hakikat kebajikan (yang sempurna),

sehinggalah kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.

Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya".

 (Surah Ali 'Imran: 92)
 
 
 Nama Bank   : Bank Kerjasama Rakyat
 No Akaun      : 1101798354
 Nama Akaun : Sekolah Rendah Tahfiz ADDIN Al-Ittihadiah
                         (Reference: SRTA)

  

                                        ATAU

INFAQ MELALUI PLATFORM TOYYIBPAY :

 

 


 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Mohd Sabri Nordin       : 019-5752956 (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN)

Ustaz Abu Bakar Shaharom   : 016-2242708 (Guru Besar SRTA)