Nama Maahad |
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 06 |
Tarikh Penubuhan |
Januari 2007 |
Nama Pewakaf Tanah / Bangunan |
Dato’ Ibrahim dan Datin Fatimah |
Sejarah Wakaf
|
Hasrat untuk mewakafkan rumah di Batu 17, Padang Rengas sebagai Sekolah Tahfiz telah dibuat seawal pembelian tanah dari pemilik asalnya iaitu Haji Shahiduddin B Kassim pada tahun 1972. Begitulah besarnya harapan Hajjah Fatimah dan atas harapan itulah maka Haji Shahiduddin sanggup menjualkan tanah itu walaupun rasa amat keberatan kerana tanak itu terletak di jalan besar dan beliau mempunyai rancangannya tersendiri. Haji Ibrahim dan Hajjah Fatimah telah membina sebuah rumah di atas tanah ini dan tinggal dengan anak-anak. Sekitar tahun 1998, setelah anak-anak mendirikan rumah tangga masing-masing dan tidak lagi tinggal di sini dan mereka sering berkunjung ke rumah anak-anak, Hajjah Fatimah telah berusaha untuk menjadikan sebahagian rumahnya untuk Maahad Tahfiz. Tetapi ustaz menasihatinya bahawa tidak sesuai untuk hanya sebahagian dijadikan tahfiz dan sebahagian untuk mereka tinggal. Apabila Dato’ Ibrahim dan Datin Fatimah telah kembali ke rahmatullah, anak-anak mereka telah menghubungi Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohamah Nor Mansor Al Hafiz untuk menjadikan rumah -rumah tersebut sebagai Maahad Tahfiz. Apabila pihak MTQ ADDIN berusaha untuk menyiapkan rumah tersebut untuk digunakan sebagai Maahad Tahfiz. Maka dengan izin ALLAH dan berkat usaha berbagai pihak, pada Januari 2007 bermulalah operasi Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Padang Rengas (Ibrahim & Fatimah). Sambil berusaha untuk menyiapkan rumah untuk operasi Maahad Tahfiz, anak-anak cuba mendapatkan tanah tambahan supaya Maahad Tahfiz boleh berkembang dan pelajar-pelajar dapat menikmati pembelajaran dalam keadaan lebih selesa. Perundingan telah diadakan dengan Haji Shahiduddin untuk mendapatkan baki tanahnya supaya Maahad Tahfiz boleh dapat kawasan lebih luas. Kebetulan juga, seorang menantu Dato’ Ibrahim iaitu Abd Latif B Ishak, mempunyai sebidang tanah di kawasan berhampiran yang telah diberi kepadanya oleh ibu-bapanya Haji Ishak dan Hajjah Aishah iaitu besan kepada Dato’ Ibrahim dan Datin Fatimah tersebut atas nama beliau dan abangnya Abdul Manaf B Ishak. Mereka telah berunding dengan Haji Sahiduddin yang bersetuju untuk mengambil tanah yang berhampiran sebagai ganti supaya tanah belakang Maahad Tahfiz dapat diwakafkan untuk rancangan mengembangkan Maahad Tahfiz hingga mendapat tanah 1 ekar. |
Alamat Penuh
|
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 06 Batu 17 Jalan Taiping Padang Asam 33700 Padang Rengas Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan |
Tarikh Berdaftar Dengan JAIPk |
1 Julai 2007 |
Nombor Pendaftaran Di Bawah JAIPk |
jaipk/tahfiz/kk.108/08 |
Bilangan Pelajar |
26 Orang |
Pejabat Pentadbiran dan Bilangan Kakitangan
|
8 Orang Guru 1 Orang kerani 1 Pembantu Am 1 Orang Tukang Masak 1 Orang Tukang Kebun |
Aktiviti Pelajar |
- |
Bilangan Bilik Darjah Dan Kapasiti |
2 Bilik Darjah, 1 Bilik Darjah 20 Orang Pelajar |
Bilangan Bilik Asrama Dan Kapasiti |
4 Bilik Asrama, 1 Bilik Asrama 25 Orang Pelajar |
No Telefon Pejabat |
05-7583879 |
No Telefon Pengetua |
017-9057949 |
|
mtqpadangrengas06@gmail.com |
Maklumat Akaun
|
Nama Bank : Cimb Bank No Akaun : 8004905174 Nama Akaun : Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN - 06
|
Facebook : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 06
Organisasi Pentadbiran Maahad
Bil | Jawatan | Nama |
1 |
Pengetua |
Syaffawi bin Zainun |
2 | Penolong Kanan 1 | Raudhatul hasanah bt Abd latib |
3 | Guru Al-Quran | Umi Hidayah bt Baharudin |
4 | Guru Madah | Nurul Afifah bt Othman |
5 | Guru Madah | Siti nur shuhadah bt Sahidan |
6 | Guru | Aminah bt Redzuan |
7 | Guru | Noor syuhada bt Sharir |
8 | Kerani | Asmawati bt Abdul Halim |
9 | Pembantu Am | Yuhana Iza bt Abdullah |
Senarai Pengetua Mengikut Tahun
Bil | Nama | Tahun Berkhidmat |
1 | Ustazah Fadhilah Binti Husin | 2007 - 2010 |
2 | Ustazah Nurool Farhana Binti Mohd Sabri | 2011 - 2013 |
3 | Ustaz Abdul Zali Bin Shafie | 2014 - 2022 |
4 | Ustaz Syaffawi bin Zainun | 2022 - Kini |
Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Padang Rengas